1 Jun 2013

Ikan Bakar Di Tanjung Lumpur





Sebelah malam kami keluar lagi untuk makan malam walaupun perut masih lagi kekenyangan. Seperti yang dicadangkan oleh seorang sahabat dalam komen di blog saya berkenaan ikan bakar di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, maka gerai ini lah yang menjadi pilihan kami. Kebiasaannya, saya agak cerewet makan ikan bakar terutama di gerai orang Melayu yang tidak berapa menjadi masakannya. Namun kini, saya harus lebih bersikap memilih, makan hanya di restoran orang Melayu. Kebetulan Juita memang sangat menggemari petai, jadi hati tertanya kenapa nama gerai ini diletakkan nama petai sekali. Mesti lauk istimewanya berasaskan petai, teka saya di dalam hati. Selepas maghrib, kami bertolak dari hotel ke Tanjung Lumpur yang hanya dipisahkan oleh sungai sahaja. Lagi pulak hubby nak balik cepat untuk tengok perlawanan bola antara Johor dengan Pahang di Stadium Bukit Jalil. 

Sesampai di sana, di dapati orang begitu ramai yang sedang makan makan. Memang ramai terutamanya sekarang ini musim cuti sekolah. Kami memesan lauk Ikan Aji aji dan Ikan Pari Bakar, Udang sweet sour, Sotong celup tepung, Sayur Kailan ikan masin dan Telur Dadar. Sotong celup tepung dan udang yang dihantar dulu. Memang sedap sangat sotong celup tepung ini. Selain rangup, tepungnya bersalut dengan sotong. Bukan macam setengah sotong celup tepung yang bak cekodok sotong jer. Saya memang tak suka sangat dengan sotong yang digoreng macam ni. 






Ikan bakarnya pulak sangat besar dan ianya dibakar bersama sama dengan sambal petai. Itulah gerai ini dinamakan Ikan Bakar Petai. Ikannya memang fresh dan terasa manisnya isi ikan Aji Aji ni. 





Sewaktu hampir sampai di hotel, kami berdoa supaya mudah mendapat parking kerana sekarang terdapat kumpulan berbasikal menginap di hotel ini. Jadi parking pun memang penuh. Alhamdulillah, berkat doa, kami telah mendapat parking dengan mudah. Naik ke bilik terus update blog sementara hubby menonton perlawanan bola. Aduhaai kenyang sangat sangat walaupun saya hanya makan beberapa sudu nasi jer dan selebihnya meratah lauk pauk. Inilah masalah yang sukar ditangani setiap kali bercuti, iaitu masalah kenaikan berat badan ler.






OK lah esok dah nak balik ke KL, bolehlah kembali dengan diet buah buahan saya. Hmmm sekarang ni memang tengah berazam untuk mengurangkan sedikit berat badan supaya lebih cergas. Selamat malam semoga kita berjumpa lagi esok dengan entri hari terakhir percutian makan makan kami di Kuantan...  


10 ulasan

hai.. salam kenal.. =)
688

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

aduh...tergoda sungguh tgk ikan bakar petai & my favourite sotong celup tepung!

Wah KakAzie..
Ana IBP Petai nie memang best.
Lapar terus Yong tengok makanan atas tu ;-)

Terima kasih atas cadangan gerai tu

Salam Kak Azie..trliurnya tgk ikan bakar petai tu..tak pernah jumpa lagi menu camni :)

cantik kak azzie pakai baju rimau rimau tuh.. i loikeee !!

Terima kasih. Baju dr Zara

Kak..kami selalu makan di cawangan Bangi..sotong tepung dia mmg the best la..siakap stim limau pun bole tahan jugak..

Nampak sedap betul, boleh cuba nanti bila pi kuantan


EmoticonEmoticon