11 Jun 2013

Buat Seorang Anonymous Yang Berkenaan




Ada seorang Anonymous menulis komen mengatakan saya seorang yang riak dan menunjukkan menayang perkara keduniaan. Saya mengambil teguran ini secara positif. Tetapi dalam masa yang sama, saya ingin memberi komen saya pada anda supaya tidak mudah berburuk sangka dan berprejudis kerana anda tidak mengenali saya. Apa apa pun, saya bukan seorang yang hipokrit. Siapa pun saya, biarlah Allah yang menilainya. Sebagai manusia, pasti kita tidak mampu menilai manusia lain dengan begitu mudah.

Saya juga boleh mengatakan yang anda juga mempunyai penuh perasaan hasad dan kedengkian. Tentu sakit, jika saya mengatakan begitu pada anda, bukan? Jadi jalan yang terbaik adalah saya mengambil maklum tentang apa yang ditegur dan akan memperbaiki kekurangan diri dan ada baiknya juga anda tidak membaca apa yang saya tulis, atau dengan kata lain jangan singgah di sini. Kelak hati anda akan lebih sakit. Lagi pulak, kalau ikhlas, tentunya anda boleh memperkenalkan siapa diri anda dan cuba mengenali saya. 

Itu yang saya buat, apabila saya tidak menyenangi dengan apa yang dikongsikan di mana mana blog yang saya singgah. Jauh sekali ingin menyakiti mereka dengan meninggalkan komen sebegini kerana saya tidak mampu membuat permohonan maaf atas kesalahan saya yang telah menyakiti hati orang lain. Islam tidak menghalang umatnya memcari kekayaan. Malah sekiranya ke masjid, kita digalakkan memakai perhiasan dan membawa kereta besar dan mewah. Bukan untuk berbangga sesama manusia tetapi ingin menunjukkan kepada orang bukan Islam akan kejayaan umat Islam. Islam penuh dengan kecantikan dan kekayaan.


40 ulasan

assalam...
sabar ajer lah,manusia ni mcm2 perangai sbb tu kt blog sy block untk anoy ni.
Dulu ada buka untk semua,tp sdp mulut jer komen,maklumlah tak kuar nama n kite xleh detect siapa dia..

Terima kasih Lina kr memahami. Orang yg betul betul baik dan beriman tidak berkata begitu kepada orang lain. Jika saya, pasti saya tidak tergamak utk menyakiti orang lain. Mungkin saya juga akan block spt yg dibuat.

Salam...mcm tu lah perangai orang kita. Che mat pun pernah kena, siap buat fitnah kata che mat guna bahan2 mentah tak halal untuk masakan....hmmmm....Apa2 pun banyak2 bersabar yea puan...

Terima kasih kerana Che Mat sudi singgah. Rasanya ini first time Che Mat menulis komen di blog saya. Rasa sangat bangga dg persinggahan Che Mat

Assalamualaikum kak..

Lama betul tak singgah komen blog akak.Sihat ke? Terkezuttt baca entry akak ni haaa.Ada jugak manusia yang dengki. Jangan amik hati tau, manusia ni ada je yang jenis camtu. Sabar tau..Take care.Semoga akak terus berjaya dan sentiasa dimurahkan rezeki :)

Anywayyy, tahniah kak sebab deko2 rumah masuk paper. Cantik sangat deko tu semua.Kreatif betul ;)

salam Azie, kak noor pun lama tak singgah sini, sikap manusia mmg begitu tak suka tengok orang lain senang, dan suka berhasad dengki,daripada memikirkan orang yg kita tak tau entah siapa tu baik buat je rutin harian kita pedulikan je...

LP,
Alhamdulillah sihat sahaja cuma kebelakangan ini agak sibuk sedikit. Itulah kadang kadang tak faham dg org sebegini yang sebegitu mudah membuat penghakiman pada orang lain

Wslm Kak Noor,
Saya pun dah block Anonymous dari membuat komen. Kalau ikhlas, tunjukkan diri.

Aslmkum sis
sabar ya...org ni mcm2. ada suka dan ada yg jenis tak senang dg apa yg org lain ada. niat kita nak berkongsi disalah anggap. sypun dah lama block anon..

Mamasya,
Setuju sangat. Mulai hari ni, I dah block anonymous. Tak semuanya begitu, ada juga yg betul betul ikhlas ingin berkenalan dg kita.

salam...

ambik positif sis.. anggaplah dia jeles sebenarnya..
tak semua orang esnang dengan apa yang kita buat...

SALAM KAK!

NIKEE BARU BUKA BLOG TER KEJUT LAAA..SEPANJANG MEJADI BLOGGER AKAK ADALAH ANTARA YG PALING PANDAI MENULIS..NIKEE TERUJA AKAK BLA BACA TUSAN AKAK!BIARLAH APA PUN PANDANGAN ORG DI LUAR SANA TERHADAP AKAK...APA YG AKAK MILIKI ARI NI ADALAH ATAS USAHA AKAK....SEMOGA ORANG YANG MENULIS TU MUNASABAHLAH....DIRI

assalam,..kak azie jgn pikirkan sgt org mcmtue, moga dia diberi hidayah,, yg penting kita sentiasa bersangka baik dan mungkin ada hikmah disebaliknya.. maafkan saja org yg ada perasaan mcmtue.. mungkin dia xdpt rezeki mcm kak azie.. semoga kak azie dilimpahkan rahmat dan makin murah rezeki amin..a

Salam. Tak sangka lah ada org tulis mcm tu, Mama sgt suka dgn tulisan Azie1 terus menulis!

Kak. Sabar yea. Manusia ni mcm2. Nina suka ayat last akak tu. Nk copy buleh?
Islam tidak menghalang umatnya memcari kekayaan. Malah sekiranya ke masjid, kita digalakkan memakai perhiasan dan membawa kereta besar dan mewah. Bukan untuk berbangga sesama manusia tetapi ingin menunjukkan kepada orang bukan Islam akan kejayaan umat Islam. Islam penuh dengan kecantikan dan kekayaan.

Salam Azie, tak tau pula kakpb ada anon yg menulis begitu kat Azie. Apa yg dia dengki sgt tu? Biarkan je Azie, mungkin budak muda kot yg tak cukup akal.

Apa2 pun Azie buat utk kebaikan keluarga dan org lain, tak perlulah bersedih dgn segelintir yg dengki ni.

Hi Kak,

Sounds really bad. Saya rasa "anonymous" tu jealous sangat dengan kejayaan akak. Saya kagum tengok rumah akak yg besar dan dibina sendiri. Selalu saya tunjuk gambar2 di blog akak pada hubby saya dan saya akan kata, rumah akak besar dan cantik, tapi akak masih humble & polite, bukan sahaja share recipe dgn readers, tetapi balas semua pertanyaan & komen readers di blog. Saya selalu juga cakap dgn hubby, harap satu hari nanti, kami pun boleh bina rumah sendiri. I think you are an inspiration to us. For those anonymous, perhaps you can trace their IP address if they wrote bad comments in your blog. I can't stand these kind of people who like to disturb others.They should mind their own business and stop reading other people's blog if they don't like.

Regards,
Sally

Salam, Kak Azie. Mereka yang begitu sepatutnya mengambil teladan dari apa yang mereka baca. Bagaimana hendak menjadi kaya & yang penting berjaya. Sy sangat kagum dgn Kak Azie krn walaupun Kak Azie golongan berada namun Kak Azie sentiasa mengingatkan kehidupan Kak Azie semasa di kampung dulu. Kak Azie bukannya berasal dari golongan senang, apa yang Kak Azie miliki hari ini adalah dari usaha dan kerja keras Kak Azie dan suami. Jadi sepatutnya kita kena belajar dari situ. Terus terang, bagi sy menunjuk2 tentang keduniaan, apa yg kita miliki, yg kita capai, yg kita dapat adalah sifat normal kita sebagai hambanya yang lemah. Asalkan jangan menunjuk2 tentang ibadah yang kita lakukan, itu yg sebaiknya. Saya sayang blog kak Azie kerana banyak timba ilmu di sini. pedulikan mereka yang berhasad dengki tu, Kak Azzie.

salam kak, sblm ni saya hanya silence reader blog masak2 akak. dh dah kuar entry akak ni tercuit jugak saya nak komen. blog saya ttg family & anak2 pn ada yg tak senang ati. tu opis mate jugak tu.
saya saya buat bis dgn resepi dlm blog saya, dia pun buat bis juga guna resepi saya dan jual lebih murah dari saya yg mana saya rasa x masuk akal sbb takat lepas modal je. saya tak tau apa tujuan dia.tp alhamdulillah rezeki dari Allah, rezeki saya mencurah. suami saya bagi nasihat jgn ambil port dgn org camni, biarkan je dia.

Salam kak azie
Sabar jela kak azie,jgn dilayan org mcmtu
Biasala manusia pendengki mane boleh tengok kesenangan org lain.Bile kita senang org dengki,bila kita ssh org akan hina.ixa pon penah mengalami situasi mcm kak azie ni.ignore je org mcm tu.Semua rezeki tu dr Allah,..sabar ye kak azie...

Biarlah kak azie..mereka dengkikan akak tu.. janji kak azie tak kacau hidup dia sudah laaa.. Allah tahu niat kak azie kan? So move on kak..dont bother haters nih...

Salam Azie..
sy suka juga masuk blog Azie & baca coretan Azie.. tp jarang2 nak komen.. hehe.. seronok membaca coretan Azie lebih2 pasal diri Azie & keluarga. Walaupun gaya hidup saya jauh berbeza bagai langit & bumi berbanding gaya hidup Azie.. tp tiada sekelumit pun perasaan dengki dengan kejayaan Azie.. malah sy rasa sangat bangga kerana ada saudara sesama Islam yang hidup senang lenang spt Azie.. tumpang seronok dengan kejayaan yg Azie sekeluarga kecapi.. sambil2 tu.. jadikan Azie sebagai sumber inspirasi.. manalah tau dimasa depan dpt merasa hidup mewah spt Azie.. hehe...
harap banyak bersabar dgn kerenah manusia yang pelbagai.. mungkin mereka ada sedikit rasa iri hati atau sebagainya.. wallahualam.. apa2pun.. saya suka baca coretan Azie.. teruskan berkarya ye..

Assalammualaikum Kak Azie,
Dalam dunia nie macam macam kan...dah tahu sakit hati naper gie terjah lagi blog yang dikatakan menyakitkan hati tu. sengaja nak menyakiti hati sendiri, utk apa kan.
Kak Azie, dengan apa yg terjadi ini, janganlah membuatkan kak azie, takde semangat untuk menulis yea, cian kat kami sini yang ternanti nanti akan update kak azie yang seterusnya. Kadang pelik gak dengan orang sekang nie, nak bagi ilmu pun dikatakan sakit hati..
Saya ni dahlah tak reti memasak, selalu blog kak azie lah yang menjadi rujukan saya, harapan saya moga kak azie teruskan menulis, berkongsi jua apa pun, yang penting, kami tak sakit hati pun dengan segala penulisan kak azie.

Salam kak azie, saya ni dah lama silent reader blog akak, hari-hari mesti bukak blog akak nak tau apa resipi hari ni n coretan akak yg lain. Pada saya akak pandai menulis, bahasa pun tersusun jer, sbb tu mudah nak paham resipi2 akak, N pasal yang dengkikan akak sangat tu..biarlah mereka. Akak dah bekerja keras dengan segala keringat untuk mencapai ke tahap ni, so u deserve what you have now. Be strong, coz saya percaya ramai yang mengagumi drp yg mengeji.

Salam kak Azie, saya ni dah lama silent reader blog akak. Hari-hari mesti buka sbb suka nak nak tgk masakan-masakan akak n your family life. Admire as well sebab atas usaha akak you deserve what you have now. Saya puji akak sebab tidak hipokrit. Yang dengki tu pedulikan mereka. Bukan senang nak dengar yang benar sbb yang benar tu kan pahit..

assalammualaikum kak azie..

u knows who u are..lantak je apa yg orang nk kata..suka blog akak coz byk resepi yg sy dh ceduk utk dgunakan oleh tekak n perut sendiri n family..hehehe!! this ur blog so u can write or do anything that u can do..just ignore yg tah pape tu coz ramai lagi follower akak yg sokong akak..betul x??

Assalammualaikum kak azie..

Akak anggap je si Anonymous tu mcm lalat..blog ni blog akak so ikut akakla nk tulis apa kn..xnk baca sudah kenapa nk jadi follower kan..pape pn thank to u akak coz byk dh share resepi yg best2 yg dh sy ceduk utk kegunaan tekak, perut n family sy..we all like it so much..thank u so much for all ur resepi yg dceduk n harap perkara ni xkan buat akak putus semangat nk memblog yg lg best yg lagi megah ye...hehehehe!!

"Saya juga boleh mengatakan yang anda juga mempunyai penuh perasaan hasad dan kedengkian. Tentu sakit, jika saya mengatakan begitu pada anda, bukan? "
Saya suka kata-kata di atas tu Azie.
Saya pun merasa terluka kalau ada komen yang menyakitkan hati tapi setakat ini saya sabar sajalah, tak layan komen itu. Tapi saya tidak tinggalkan sebarang komen ke atas entri rakan2 blogger yang tak sehaluan dengan saya, hanya baca saja.

Sabar ye sis. Sy sekali sekali bc gak blog sis. Sy tak rasa sis ni menunjuk2. Islam pun tak suruh umatnya miskin...Dah betullah tu sis, org Islam pun boleh maju & berjaya kalau umatnya cemerlang. Mungkin dgn cara ini, kalau ada org susah minta tolong dgn sis...pahala jugak tu kan. Rumah sis cantik, kereta sis cantik, masakan sis menggoda...sy tak jelous pun. Kalau sy serajin sis kan bagus...

kak azie,

sabar yer..biarkan saja org tu..sememangnya dia sangat dengki dengan kejayaan kak azie sekeluarga...saya suka baca blog kak azie, satu sumber inspirasi kepada saya..

Salam Kak Azie

Moon suka je apa yg Kak Azie share kat blog infact Moon rasa bangga lagi sebab banyak kejayaan yg akak capai . Infact ai nak jadi cam akak rajin kije n berjaya didik anak anak hingga berjaya

tak pa kak ...kadang bila org tegur kita kadang utk memperbaiki lagi diri kita ..be +ve ya kak

salam kak

pd sy baca je la..kalau x suka x yah komen, nk wat apa komen menyakitkan ati org kan...itu lah manusia, rambut x sama hitam...hati??? lagi lah lain2 :)..teruskan menulis, sy suka baca..

Pedulikan...manusia bgai ragam kita trima je prbezaan org, doakn moga mrk d beri hidayah n jgn senang2 dengki khianat..sabar je byk2 azie

salam kak azie... biarlah dan pedulikan dengan apa yg org nak kata. yg penting keikhlasan kita ...mcm ayat mcm ni "ada aku kisah" biarkan aje.....

Salam Azie, sedih juga tengok Azie terpaksa menerima komen2 yang sebegini... begitulah lumrahnya kehidupan ni...

salam puan
apabila saya sekeluarga mula memasuki blog puan saya merasakan yang puan adalah seorang yang sangat bersemangat dan berjiwa kental berdasarkan apa yang puan tulis...terutama rasa cinta kepada keluarga dan sangat menjaga hubungan dengan sahabat dan jiran sekeliling...itu yang kami rasa sangat unik blog puan.. tak adapun sekelumit terbitnya rasa riak dan menunjuk-nunjuk dari setiap coretan puan... saya merasakan manusia yang menghantar komen tersebut menunjukkan kelemahan dirinya dan sakit dalam diri... penuh perasaan tidak puas hati dengan kejayaan orang lain dan hasad dengki... ketepikan semua itu... puan.. Di dalam dunia ini bukan semua apa yang kita buat, kita suka, semua orang suka... anggap ini semua sekelumit dugaan untuk puan sebagai hambanya...

Kadang-kadang kita tidak nampak kesalahan diri kita. Mungkin orang sekeliling yang melihat diri kita.Setiap daripada kita digalakkan untuk sentiasa merendah diri seperti yang dituntut dalam Islam. Iyelah kita masing-masing perlulah menegur sesama saudara seagama. I'm saying this not to offend you but to remind all of us. including myself. Also in Islam, we are advised to avoid slander. So all the bloggers and also the anonymous out there including myself, we have to REFLECT ourselves as we are not perfect and have a lot of flaws. This is my view. Sorry if offended as I have no intention at all doing that. Salaam.

Itu lah peranagi manusia yg dijadikan Allah, Allah bagi manusia pilihan, ada memilih pahala(syurga) dan ada yg memilih Dosa(neraka). Puan telah menjadi sumber inspirasi saya untuk menjalanai kehidupan ini, sehingga kini saya belum mampu mencapainya, seperti yg puan telah lalui, doa dipanjatkan kepada Ilahi agar satu masa impian tetap jadi kenyataan. Kak Aya

Azie, saya memang cemburu dgn apa yang Azie ada. Tapi kita kan boleh positif kan perasaan tu. Bagi saya, saya akan berusaha agar dapat berjaya macam Azie. So x salah perasaan tu. Yang x elok ialah hasad dengki. Sabar ya Azie

Saya baru terjumpa blog ni hari ni masa search resepi. Dari nak cari resepi terus melekat kat sini, satu-satu entri saya baca. Tapi alhamdulillah, xde pula rasa hasad sebaliknya kagum dengan kejayaan akak dalam hidup dan dalam mendidik anak-anak. Entri pasal kehidupan keluarga akak menimbulkan semangat dalam diri saya untuk mencari kesenangan dan berjaya di masa depan disamping mendidik anak agar menjadi insan yang berakhlak dan berjaya dalam hidup mereka.insyaAllah...thanks a lot sebab kisah akak menjadi inspirasi kepada saya yang baru mula membina kehidupan.


EmoticonEmoticon