Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Berakhir Percutian Di Kuantan





Pagi ini kami tidak mengambil sarapan di hotel sebaliknya mahu mencari makanan tradisional di sini sebagai hidangan sarapan. Lagi pulak terlalu ramai orang di hotel ini kerana ada kumpulan berbasikal yang menginap di sini. Hubby menjangkakan mesti ramai orang semasa bersarapan. Jadi adalah baik kalau kami makan di luar sahaja. Terus brunch gitu.

Selepas check out, kami sekali lagi ke Warong Pak Su dan Mak Su di Tanjung Lumpur untuk mencari sata Peramu dan lain lain makanan laut untuk dibawa balik. Maklumlah Nana sangat suka makan sata. Tapi nasib tak menyebelahi kami kerana sata belum lagi dibakar walaupun sudah dihantar ke situ. Kami hanya bersarapan dengan nasi dagang, laksa dan nasi minyak di samping lain lain kuih muih. Tapi terus teranglah nasi dagangnya tak berapa sedap, tak sedap seperti di Restoran Zaman. Kuih muih pulak banyak yang berintikan sambal ikan hinggakan karipap dan kuih bulat tu juga berintikan sambal ikan. Saya memang gemar sekali kuih muih yang berintikan sambal ikan. Yang sedap ialah kuih tepung pelita, memang sedap terutama bau daun pisang.








Kami bertolak balik ke KL dalam pukul 12.00 dan ketika itu, kereta masih belum banyak di jalanraya. Saya sebenarnya lebih suka melakukan perjalanan dengan menaiki Alphard sebab ketinggiannya membolehkan saya menikmati pemandangan sepanjang perjalanan dan anak anak juga lebih selesa berbanding dengan menaiki kereta. Tapi hubby telah memimjamkannya kepada kawan beliau.  Pukul 3.00 petang, kami telah tiba di Villa Nur Qaseh yang sentiasa di hati. 

Dengan ini, berakhirlah sudah percutian makan makan kami di Kuantan untuk cuti persekolahan ini. Sebenarnya asal bercuti jer pasti menyeronokkkan tak kiralah di mana sekali pun. Dalam negeri ke atau luar negara ke, pasti semuanya best. Insya Allah, jika ada rezeki kami akan merancang percutian ke luar negara untuk semua anak anak. Hmm masalahnya untuk mencari masa yang sesuai untuk semua anak anak, terutama Nana yang hanya mempunyai beberapa hari sahaja cuti tahunan dan Juita yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Berakhir Percutian Di Kuantan"

  1. Salam kak Azie..bestnya bercuti klu semua anak2 turut sertakn...

    BalasPadam
  2. salam azie..
    sy pun suka kuih muih berintikan ikan.. maklumla dibesarkan sebgai anak jati Terengganu..
    untuk pengetahuan Azie.. karipap inti ikan tu namanya temosa/tembosa.. kuih bulat berinti ikan tu pula namanya paung goreng. jika di Tganu.. ada 2 jenis satu diperbuat dari tepong pulut & satu lagi dari ubi kayu sagat.. saya suka kedua2nya..

    BalasPadam