Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Semoga Damailah Ayahanda Yang Dikasihi





Tanggal 13 Mei ini, genaplah 18 tahun ayahanda saya yang dipanggil Chek kembali ke rahmatullah. Namun peristiwa seolah baru semalam terjadi. Segalanya jelas di dalam kepala ini bagaimana saya melihat detik detik akhir pemergiannya. Masih ingat lagi sewaktu saya tiba di Hospital Besar Kota Bharu, terdapat ramai orang yang sedang berada di keliling katil Chek sedang dia dalam kesakitan. Saya yang panik terus berlari ke katil dan menangis dan persoalkan kenapa dia dibiarkan kesakitan begitu. Dari situ, baru saya tahu yang Chek mengidap masalah jantung. Beliau akan kesakitan apabila serangan jantung bermula.

Keesokannya keadaan Chek menunjukkan sedikit perubahan di mana beliau tidak lagi dalam kesakitan sebaliknya banyak tidur dengan tenang. Di kala itu, beliau sempat bertanya bila saya akan balik ke Kuala Lumpur. Oleh kerana kuatir akan mengganggu beliau, saya hanya menjawab tak tahu lagi, lama lagi. Rupa rupanya itulah perbualan terakhir saya bersama Chek. Chek juga kelihatan bersolat selepas diberitahu bonda saya keluar untuk bersolat. Malahan beliau juga masih mampu memperbetulkan bacaan yasin yang dibaca untuk beliau walaupun dalam keadaan lemah.

Teringat lagi hari di mana Chek hampir pergi, waktu sudah dekat masuk maghrib, jadi abang abang dan kakak saya beransur keluar untuk menunaikan solat maghrib di surau hospital yang terletak berdekatan. Bonda pula ingin berehat seketika sambil makan dan menunaikan solat. Tinggal saya dan suami yang menunggu di tepi katil. Saya duduk di kerusi sambil membacakan surah Yasin manakala hubby berdiri berdekatan kepala Chek bila saya mendengar hubby berkata, “Zie cepat panggil doktor”. Sebaik berdiri saya terkejut kerana melihat mata Chek telah memandang ke atas. Saya tergaman dan tidak tahu apa yang harus dilakukan sambil membaca kalimah syahadah. Suara saya tidak lagi terkeluar untuk memanggil doktor atau memanggil bonda saya yang sebenarnya duduk berdekatan dengan tingkap di kepala katil Chek. Hubby yang menjerit memanggil doktor. Doktor bertanya jika mahu dilakukan CPU ke atau apa ke tu, saya pun tak faham sangat. Saya cepat cepat menyatakan tidak kerana Chek memang tak mahu ke hospital kerana tak mahu dilakukan sebegitu jika masanya telah tiba. Saya hanya mampu melambai lambai dengan panik pada bonda tanpa sepatah kata terkeluar dari mulut. Saya terduduk di kerusi dan mula menangis dan terpaksa ditenangkan oleh orang orang sekeliling. Abang saya hanya datang sewaktu keadaan Chek sudah nazak. Abang menegur supaya jangan menangis kerana "Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali". Itulah saat yang paling getir yang pernah saya alami. Mengenangkan saat itu, membuatkan saya menitis air mata sehingga kini. Saya memegang jenazah Chek sebelum ianya ditutup. Saya mengiringi jenazah sehingga dimasukkan ke dalam van jenazah di mana adik bongsu bersama bonda menaikinya bersama. Saya dan hubby menaiki kereta dan mengekori dari belakang. Sesampai di rumah, sudah hampir tengah malam namun begitu ramai jiran dan saudara mara sudah menunggu di rumah. Saya yang ketika itu terlalu sedih, sesampai di rumah terus masuk ke bilik. Apabila keluar, saya terkejut kerana jenazah telah hampir siap dikapan. Saya sebenarnya tidak mengetahui sekiranya jenazah Chek akan dikebumikan pada malam itu juga kerana di tanah perkuburan tiada letrik. Namun ada insan yang sanggup dengan berbekalkan lampu minyak tanah untuk menggali kubur pada malam itu juga. Jenazah disembahyangkan oleh ramai pelajar pelajar sekolah agama pondok sehingga hampir memenuhi ruang tamu rumah. Semuanya selamat tepat pada pukul 2 pagi.

Sebelum balik ke KL, saya berulang alik ke kubur di mana saya bertanya kenapa menggunakan pelepah kelapa di kubur, bila abang saya memberitahu yang selagi daun kelapa itu hijau, selagi itu ia akan terus berdoa memohon syafaat pada si mati. Kalau tidak silap, hampir 2 minggu juga pelepah kelapa masih menghijau. Beberapa hari kemudian saya menemui artikel berkenaan perkara itu di dalam surat khabar di mana di zaman Rasulullah digunakan pelepah tamar.

Arwah Chek seorang bapa yang sangat baik, suka melawak terutama dengan kanak kanak. Ianya terzahir dengan melihat bagaimana Chek meninggal dan juga jenazahnya yang putih berseri, sangat tenang seolah sedang tidur sahaja. Namun begitu, beliau juga sangat garang sehingga kami adik beradik pernah dikejar dan dipukul kerana melambat lambat mengaji Al Quran atau solat. Saya mengaji dengan Chek di rumah sendiri. Namun sikap garang itu tiada lagi, apabila kami semua dewasa.

Antara kenangan yang tidak boleh dilupakan ialah bila arwah Chek bermimpi berjaya menangkap burung yang sangat besar hingga ditegur semua orang orang kampung. Rupanya Chek telah membuat solat hajat selepas mengetahui yang saya akan menghadiri temuduga kerja saya sekarang. Dia memberitahu, Insya Allah saya akan berjaya dalam temuduga. Pada masa itu, tidak ramai orang kampung yang berjaya masuk universiti terutama perempuan. Jadi Chek selalu bercerita tentang orang kampung bercakap betapa beruntungnya dia kerana mempunyai anak yang bekerja dan berjawatan tinggi. Inilah yang saya sedikit terkilan kerana ketika itu, baru bekerja dan baru mendirikan rumah tangga, saya tidak mampu untuk memberi yang terbaik kepada arwah Chek semasa dia masih hidup. Sebenarnya banyak perkara yang saya kesalkan namun apa daya perkara yang lepas tidak akan kembali lagi. Sejak dari itu, bonda berpindah dan tinggal di Pondok Pasir Tumbuh sehingga kini. Hanyalah doa dan sedekah yang saya kirimkan untuk arwah Chek setiap selepas solat, semoga rohnya tenang dan aman di sana dan diperluaskan kubur sehingga 70 hasta. Ameen...





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

18 ulasan for "Semoga Damailah Ayahanda Yang Dikasihi"

  1. Innalillah waina ilaihi rajiun...
    Semoga roh arwah chek kak azie bersama.org2 yg beriman... Ayah lisa juga baru lepas 40hr mnggal...n bru kjap ni dpt tau bekas bapa mertua kakak lisa mnggal dunia ptg tadi..semoga Allah menerima.sgala amal ibadah mereka..aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takziah juga utk Lisa. Al fatihah utk ayah Lisa, semoga rohnya dicucuri rahmat. Ameen

      Padam
  2. Salam

    Al Fatihah. Bapa kak pun dah meninggal.Hari ni pun saya cerita pasal bapa.Sapa dok rumah tu skrg?
    Pondok pasir tumbuh tu tpt org mengaji tu ke?hebatnya tua2 mengaji ilmu di situ..
    Moga kita smeua bahagia dunia akhirat. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Ju,
      Rumah itu disewa sahaja. Ya, pondok pengajian agama di Pasir Tumbuh.

      Padam
  3. inna lillah! tersentuh kak zie gmanalah rasanya saat kehilangan ayah yg kita syg,wae sy adalah tulang belakang mama sy...kalaulah tiada siapa yg jaga di pun mahu dok di pondok psir tumbuh juga@ di pondok batu 30 machang...sy suka membaca tulisan kak zie...penuh bererti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Nikee. Saya pun terasa Nikee sangat dekat di hati. Bila nampak komen Nikee, hati berbunga riang dan rindu pun berguguran.

      Padam
  4. al fatehah unt aruah ayahanda kak azie..cek ah terkedu..

    BalasPadam
  5. al-fatihah... banyak kenangan Azie, banyak yang Azie masih ingat.

    BalasPadam
  6. Al-Fatehah buat insan tersayang...semuga rohnya dicucuri rahmat...

    BalasPadam
  7. moga roh arwah ayahanda sis Azie dicucuri rahmat.
    Al fatihah..

    BalasPadam
  8. Al-Fatihah...sy juga telah kehilangan ayahanda tercinta 5 tahun yg lepas.

    BalasPadam
  9. Sy tiada d sisi arwah bapa smasa dia meninggal, dia meninggal pd hari trajedi tnh runtuh d genting h.land 1995..6ari sblm harijadi sy ke 40thn, tpi sgala d prmudahkan, wp trpksa melalui kesesakn jln akibt trajedi..sy pla ada d sintok n x sempat jumpa arwah pn..tpi Allah Maha Kaya, ianya d gntikan tatkala arwah ayah mertua tenat n meninggal krn sy brada d sisinya sehingga arwah mghembus nafas trakhir, malah sy jga stu2 yg menemani jenazah arwah semasa dlm van jenazah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh tahun yg sama lah dg arwah my father. Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat Allah

      Padam
  10. al fatihah untuk arwah ayah kak azie, semoga arwah dilindungi-Nya. Bila baca entry ni, benar2 saya membayangkan situasi akak pada masa tue, ayah saya juga telah pergi, 26 hari selepas dia mewalikan saya sebagai anak perempuan terakhir. rindu juga padanya. -ziha-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Ziha,
      Al fatihah utk semua bapa kita yg telah tiada. Memang sangat sedih, saya seolah anak kecil yang menangis teresak esak. Perasaan bercampur baur antara nak minta tolong doktor selamatkan atau membiarkan dia pergi. Bila panik, tiada suara keluar. Teringat ingat saat melihat mata dia memandang ke atas. Sedang sebelum itu, dia tidur lena. Maknanya kematian, boleh dtg bila bila masa sahaja.

      Padam