Pertemuan Tanpa Dirancang Di Pulau Pinang





Semasa bertugas luar di Pulau Pinang selama beberapa hari pada minggu ketiga bulan April yang lalu, kebetulan pulak kakak ipar bersama suami dan anak menantu ada juga bercuti di Pulau Pinang. Oleh kerana keperluan tugas yang memerlukan saya bertugas sehingga lewat malam, jadi saya hanya dapat bertemu mereka selepas balik dari pejabat. Kami hanya singgah minum di gerai sup Hameed sambil bersembang sembang. Itupun tak lama sebab saya dah kepenatan dan perlu balik berehat untuk bekerja keesokannya pula.





Hanya pada hari terakhir, kami bertemu untuk makan tengahari sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur. Selepas late check out dari hotel  kami berjanji untuk bertemu di gerai Kari Kepala Ikan di Jalan Kelawei. Seronok sebenarnya bila dapat bertemu dalam suasana bercuti walaupun hanya dapat bertemu seketika sahaja. Kebetulan mereka bercuti di Pulau Pinang sebagai meraikan harijadi Cheq. Selamat Hari Jadi dari kami. Selepas makan, terus bertolak balik ke Kuala Lumpur. 






Pertemuan Tanpa Dirancang Di Pulau Pinang Pertemuan Tanpa Dirancang Di Pulau Pinang Reviewed by Azie on May 18, 2013 Rating: 5

3 comments

  1. Salam perkenalan pn azie..sy selalu follow blog azie as a silent reader,bila trpandang pic family kakak ipar tu mcm familiar je,kalau xsilap sy diaorg tgl perak ye sbb dulu cucuny ank murid sy-nur-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Nur, betul tu. Mereka tinggal di Ipoh

      Delete
    2. Cucu mrk da tak nama hezri...masa tu sy baru posting situ @ sksp-nur-

      Delete