Pemandangan Dari Bilik Saya





Sewaktu merekabentuk rumah ini dulu, saya inginkan tempat mandi yang terbuka, tiada atap cuma diletakkan dengan jaringan kayu ala ala atap pergola. Saya suka mandi dengan berbumbungkan langit biru  ala ala zaman kanak kanak di kampung dulu. Tetapi selepas difikirkan kembali yang saya ni seorang yang penakut terutama di waktu malam, rancangan itu terpaksa dibatalkan. Saya menyediakan ruang mandian yang akan diletakkan jacuzi yang tinggi di mana sambil berendam, saya boleh melihat pemandangan dari tingkap. 

Namun hasrat itu juga terpaksa dibatalkan kerana saya sekarang bukan muda lagi, tidak sesuai untuk berendam lama lama. Jadi saya hanya membuat tempat mandian yang lebih praktikal yang bukan hanya cantik dipandang mata. Saya sediakan shower rain yang besar dan juga hand shower untuk memberi pilihan jika rasa ingin mengulangi keseronokan bermandian dengan air hujan. Haaa yang bestnya saya boleh menikmati pemandangan bukit bukau menghijau dan air tasik di hadapan bilik saya. Kalau diikutkan tasik itu akan diperelokkan lagi dan dijadikan jogging track. Buat masa sekarang, hanya cukup dengan apa yang ada. Lagi pun, cantik juga melihat tasik dalam keadaan asal. 

Namun begitu, ianya hanya boleh dinikmati di siang hari apabila saya bercuti atau pada hari minggu. Kalau malam hari pun cantik juga bila simbahan lampu jalan menyinar di permukaan tasik. Haa inilah rupanya pemandangan dari bilik saya bila dilihat di waktu malam. Hahaha gambar gate kedua jer sebab kamera tak canggih nak ambil gambar tasik tu malam malam.






Pemandangan Dari Bilik Saya Pemandangan Dari Bilik Saya Reviewed by Azie on May 28, 2013 Rating: 5

4 comments

  1. rumah banglo putih tu besar betul :)

    ReplyDelete
  2. Sy suka sgt kalau pagi2 buka tingkap tengok view menghijau....terasa nyaman.
    re; Rom antara negara yg menarik dilawati sbb byk bgn2 lama yg masih cantik, byk tempat utk dilawati, bandarpun tak sesak dan bersih.transportpun bagus & makanan halalpun mudah.

    ReplyDelete
  3. Salam Azie.

    Cantiknya...
    suka tgk hijau2.sebelah tu nak buat projek lagi ke?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah rezeki dari Allah..I'm happy for u.

    ReplyDelete