16 May 2013

Makan Malam Istimewa


 



Makan malam di Restoran Chillis kali ini sangat istimewa, bukan makan malam biasa. Kenapa ya? Hmmm sebabnya makan malam kali ini adalah dibelanja oleh Nana sempena gaji bulan pertama beliau. Selain dari itu, ianya juga untuk meraikan Nelly sempena graduasi dan akhir sekali, bagi meraikan harijadi Ain dan Adam, anak buah kami. Sebenarnya hari pertama, mendapat gaji, Nana telahpun belanja kami di Pizza Hut tetapi malam tu, Nelly tak dapat turut serta kerana sibuk dengan urusan konvokesyen. 






Saya memang merasa sangat bersyukur dengan kurniaan Allah sepanjang hidup ini. Banyak kurniaanNya yang mungkin lebih dari apa yang saya harapkan. Sebelum ini Nelly setiap bulan memberikan duit gaji dan kini Nana pula. Untuk gaji bulan pertama, Nana memberikan saya dan hubby sebanyak RM1K tiap seorang. Adik adiknya juga turut dapat merasa duit gaji pertama kakak mereka. Bukanlah mengharap, tetapi jika anak anak ingat untuk menghulurkannya, tentulah ianya sesuatu yang sangat mengembirakan bagi semua ibubapa.

Sempena gaji bulan pertama ini, Nana menjemput sekali Ayah Chu dan keluarga untuk makan malam bersama sama. Oleh kerana keesokannya adalah hari jadi Ain, jadi kami sekali kiranya meraikan hari jadi Ain dan juga hari jadi Adam yang jatuh pada minggu lepas.






Terima kasih Nana kerana telah sudi untuk belanja kami semua dengan makan malam yang sangat istimewa ini. Pastinya ia sesuatu yang tidak akan dilupakan selama lamanya. Semoga Allah memberi rezeki yang lebih murah kepada Kakak. Tahniah juga buat Nellisa kerana telah menamatkan pengajian dan dianugerahkan ijazah dalam majlis konvokesyen UiTM yang ke 78 pada 15 Mei 2013. Akhir sekali, selamat hari jadi untuk Ain dan Adam.


13 ulasan

one happy family.really admire ur life aunty. Alhamdulillah.

kalau dapat gaji first. mesti excited kan.. nak belanja family. :)

Salam azie,

Alhamdulilah..murah rezeki nana..inilah saat yg mengembirakan bila dapat bersama2 family.
Semuga azie n family dilindungi Allah.

suka sangat menatap wajah Dr Nana, sweet dan lembut sangat...... Alhamdulillah, bertuah Pn Azie mendpt anak2 yg sentiasa mengutamakan ibubapa n famili

Alhamdulillah, bahagianya saya jika anak saya nanti akan menjadi sebaik & sebijak Nana dewasanya kelak...

Syukur Alhamdulillah...seronok mendengarnya....Yatie juga dpt rasakan kebahagiaan yg Azie rasai...bertuah Azie mendapat anak2 yg sentiasa ingat dan mengutamakan keluarga(ini pun hasil didikan dari Azie dan suami, TAHNIAH ...moga bertambah2 murah rezeki Azie sekeluarga.....tulus Yatie katakan mmng suka sangat tngk muka Dr Nana tu...sejuk dan tenang je...anak2 yg lain pun manis2 dan hensemlah....

Terima kasih Yatie. Kebahagiaan sejati ialah bila anak anak menjadi anak yg soleh. Saya tidak akan jemu berdoa dan berusaha ke arah ini. Semoga Yatie dan keluarga juga dikurniakan kebahagiaan

I made a lot of mistakes throughout my life. You can be better mom one day by learning from peoples mistakes. I strongly believe that you will

Alhamdulillah, semoga mereka akan terus mengasihani ibubapa

Seri,
Insya Allah. Didik dari awal. Zaman saya dulu, tak ada perkongsian ilmu mcm sekarang. At least skrg, kita belajar dari pengalaman kawan kawan

assalam, sejuk hati tgk doc nana, baik cantik dan bijak.. moga anak2 kak azie berjaya dunia dan akhirat, dan sentiasa membahagiakan kak azie dan suami


EmoticonEmoticon