Ikan Kerisi Bakar






Saya memang suka masakan Kelantan seperti ini. Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya jarang sekali makan ikan bakar dengan air asam. Bila disebut ikan bakar, pasti terbayang di kepala ialah ikan yang dilumur garam dengan kunyit hidup yang dibakar di atas arang. Ikan ini dimakan begitu sahaja dengan nasi putih, tanpa perlu dicicah apa apa pun. Ikan bakar begini juga banyak dihidangkan untuk ibu ibu yang sedang di dalam pantang selepas melahirkan anak. Bayangkan lauk pauk seperti ini adalah lauk yang sihat kerana tidak mengandungi bahan bahan berlemak.


Saya hanya pandai makan ikan bakar yang dicicah air asam hanya setelah berkahwin. Kalau ditempat saya hanya dipanggil ikan tawar dan dimakan dengan dicicah budu. 

Kali ini saya membakar menggunakan pemanggang ajaib. Sangat mudah menyediakannya. Hanya lumur ikan dengan garam dan kunyit hidup. Biarkan seketika dan dibakar dengan pemanggang ajaib, balik balikkan sehingga kedua dua belah ikan masak. Ringkas, sedap dan berkhasiat.....







Selamat menjamu selera...

Ikan Kerisi Bakar Ikan Kerisi Bakar Reviewed by Azie on May 01, 2013 Rating: 5

6 comments

  1. Assalam K.Azie...mengiurkan ikan walaupun bakar cmni..mesti sedap..rajin yer membakar..hihihi

    ReplyDelete
  2. Azie, I will eat this with budu for sure!

    ReplyDelete
  3. Salam kak...kalau ikan kerisi kat tempat fiza cam lain dr ni...kalau ikan ni belah fiza panggil ikan merah...=)

    ReplyDelete
  4. Ikan bakar mmg sedap..tambah2 klu dicicah ngan samabal kicap :D

    ReplyDelete
  5. Salam kak azie..

    sihat menu ni..sangat bagus untuk jaga kesihatan..

    ReplyDelete
  6. sedapnye kak azi, zila suka kerisi ni..lembut je isi dia kan..oh sedap ye bakar peh ni nak try la..selalu zila masak taucu je..

    ReplyDelete