Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Antara Jam Yang Penuh Kenangan






Semasa mengemas bilik study, terjumpa jam antik ini. Ianya memberikan saya idea untuk membuat entri berkenaan jam tangan yang pernah saya miliki. Jam tangan di atas adalah jam yang dibeli semasa baru mula bekerja. Haaa inilah jamnya yang dibeli di Kompleks Pertama dengan harga dalam RM400 lebih lebih. Kira mahal juga lah kerana gaji saya pada masa itu pun hanya RM1000 tidak termasuk elaun. Saya memang minat jam yand ada ala ala diamond ni. 

Semasa mengandungkan anak keempat, saya membeli jam yang agak mahal ketika itu. Kali ini ianya dibeli di Sincere Watches Boutique di KLCC. Masih ingat lagi yang supervisornya telah menghantar jam tersebut ke pejabat saya. Sangat gembira kerana akhirnya berjaya memiliki yang dipenuhi dengan real diamonds. Pada masa itu, saya sebenarnya berhajat untuk membeli jam tangan Rolex tapi bertukar fikiran selepas mendengar penerangan staf di Sincere.
 



Kini saya sedang bercadang cadang untuk membeli jam baru kerana saya sebenarnya walaupun menggemari jam mahal tetapi saya tidak mempunyai banyak koleksi seperti orang lain. Saya hanya bersetia pada yang satu. Saya akan pakai puas puas sebelum membeli yang baru. Maklumlah semuanya "hard earned money". Berbaloi membayar mahal mahal kerana kalau dikirakan tempoh saya memakainya, hanya bernilai beberapa ribu sahaja setahun yang dirasakan sangat munasabah untuk memberi hadiah pada diri sendiri.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Antara Jam Yang Penuh Kenangan"

  1. Alah membeli menang memakai. Sekali sekala memanjakan diri sendiri kan. :)

    BalasPadam
  2. Haa betul tu azie, kita ni penat2 kerja sesekali nak juga 'pleasure' kan diri, orang kata nampakkan duit tu. Satu kepuasan untuk diri sendiri.

    BalasPadam
  3. Salam puan..sy nak tau cara pembelian saffron..sy dah emel puan.

    BalasPadam
  4. Puan Azie, maafkan saya krn ingin menyatakan suatu maklumat (dek krn tergoda dgn entry puan yg mkn kt Restoran Chili's ). Terlbh dahulu saya check kehalalan restoran tersebut sblm ke sana 2 hr lps, apa yg saya dapati yg restoran itu tdk halal & tdk prnh mendpt pengesahan halal dr mn2 pihak yg bertgjwb. Hrp puan maafkan saya krn maklumat saya ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas makluman. Saya tidak berniat utk memberi komen dg lebih lanjut di sini kerana tidak mahu menyinggung sesiapa. Makanan adalah sesuatu yg sgt sensitif pada umat Islam. Tanda halal hanya ada di Malaysia. Jadi kalau kita selalu ke luar negara termasuk Singapore dan Indon sekali pun, tiada tanda halal. Apalagi di negara negara Eropah. Jadi kalau tidak yakin dengan sesuatu, kita jangan lakukan. Jangan ada was was. Saya tidak punya sebab utk marah. Kalau yg baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

      Padam