13 Apr 2013

Roti Naik Pahang Yang Mudah




Roti Naik Pahang Yang Mudah



Resepi mudah dan simple juga merupakan resepi turun temurun keluarga Tok Mak. Alaaa Tok Mak yang terkenal dengan rempah soto Tok Mak yang mulai femes sekarang ni. Selain rempah soto, Tok Mak juga terkenal dengan tempahan Puding Raja, iaitu kuih pencuci mulut yang dulu dulu hanya dihidangkan untuk santapan keluarga Diraja Pahang. Percubaan pertama tidak menjadi apabila saya tersilap membaca resepi. Tapi sayang nak dibuang, jadi bakar juga dan hasilnya boleh tahan. Rotinya gebu, lembut dan naik cantik. Cumanya ia tidak dapat roti dalam buku buku kecil. Dapat sebiji roti besar. 


Roti Naik Pahang Yang Mudah

Tak puas hati dengan kegagalan itu, saya terus hubungi Tok Mak. Keesokan saya buat lagi. Setelah diuli lama lama, macam ok. Setelah kembang, saya bulat bulatkan. Saya naik bilik dan tertidur. Bila bangun, aduhaaai naik kembang gebu sehingga melebihi paras loyang. Hati pun berbunga riang. Setelah dibakar mengikut masa yang diberi, dikeluarkan dari loyang dan terus ngaap. Hmmm aduuh bahagian bawahnya pulak, macam lembab lagi. Masukkan balik dalam oven dan bakar lagi seketika.



Roti Naik Pahang Yang Mudah Azie Kitchen



Entahlah kalau nak dikatakan serik atau tidak. Rasanya tidak kot. Lagi pun, saya suka makan roti panas panas. Keesokannya saya buat lagi Roti Naik Pahang yang tersohor ini buat kali ketiga. Resepi pun dah boleh dihafal. Akhirnya kali ini, ia menjadi dengan cantiknya dan sempurnanya. Hati pun puas sangat sangat. 

Untuk makluman semua lah, abang saya punya kedai roti iaitu Roti Zali Desa Jaya di Bachok. Teringat lagi masa dia mula mula nak menceburkan diri, saya sponsor satu oven elektrik. Kalau tak silap berharga dalam RM1200. Sekarang sudah besar besaran kilang rotinya. Jom tengok resepi yang disalin dari facebook Tok Mak dan saya olah sedikit mengikut bahasa sendiri.

 

Roti Naik Pahang Yang Mudah Azie Kitchen

Roti Naik Pahang

Bahan bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula 
2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin 
1 sudu kecil shortening   
500 gm tepung gandum   
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung  

Cara cara:
Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.

Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.

Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata. 

Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening. Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.




Roti Naik Pahang Yang Mudah Azie Kitchen


Roti Naik Pahang Yang Mudah Azie Kitchen


Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.




Roti Naik Pahang Yang Mudah Azie Kitchen


Roti Naik Pahang Yang Mudah Azie Kitchen


Roti Naik Pahang Yang Mudah Azie Kitchen


Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit. Nota: Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.



Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.



Roti Naik Pahang Yang Mudah Azie Kitchen


Haaa inilah sarapan saya setiap pagi sebelum makan ubat. Makan roti kosong kosong gitu pun sedap juga. Kalau rasa nak lain sikit, saya sapukan dengan mentega. 


Roti Naik Pahang Yang Mudah Azie Kitchen

Roti Naik Pahang Yang Mudah Azie Kitchen


Nota;
Jika suka, boleh masukkan inti. 


45 ulasan

wow mmng gebu betul roti yg Azie buat ni, Yatie pun dah cuba resepi ni..mmng puashati...sedapkan makan roti panas2 yg di buat sendiri..kalau angin rajin dtng, tiap2 hari nak buat roti je kan..he3..

Ini pun tiap hari kemaruk meroti. Kemaruk meratah roti gitu gitu jer.

salam Azie..nak kena cuba resipi ni.Kami mmg antu roti tambahan jika fresh dari oven..walahh..

memang terbaik kan kak roti naik pahang ni..
mas dah banyak kali buat...

M,
Resepinya sgt mudah. Cuma kena perhatikan masa membakar kr oven berbeza. Nasihat saya biar lama sedikit. Bila percubaan kedua, baru boleh adjust lagi masa membakar

Betul Mas. Puashati bila dibuat sendiri. Yg penting fresh from oven

salam kak, sy br pas try resepi nih, mebi sy ada tlebih terkurang mn2. nampak kembang cantik dh, tp liat n keras skit..huhu. makan je yg xjadi tu. tapi rasa sdap kot,hihi

As salam azie..kesukaan su ni ermm sedapnye lbh2 lg bila klr oven je sapu dgn butter or dicicah dgn teh o panas walah! Thanks dear.

salam pn azie,

saya dah banyak kali buat roti nih dan mmg gebussssss sgt2x. terima kasih atas resepi yg marveollus ini.... dan saya ngan kwn fb. terima kasih... dan jgn x tau hari2x saya buat roti skg...ramai nk tempah tp saya x ambil sbb sayang mixer kitchen aidku (bergegarr)...

Akak. thanks sbb share resepi ni. senang, cuma nak sabar je tunggu dia kembang. saya dah try, tapi xletak susu tepung, sbb takut ada orang rumah xtahan perut. tapi, tetap gebu giler la kak.. tambahan guna shortening yang jenis krim tu, bkn serbuk, mungkin tu yang lembut semacam jer. haha.. loyang pulak kecik. ingatkan dah cukup kembang la tu.. lain kali nak try biar semalaman. loyang besar sikit. mesti dpt hasil mcm kat kedai roti kan.. hehe... thanks skali lagi..

sy dah cuba resepi ni, tp versi edited, dan ditambah kentang rebus lecek. sangat memuaskan :)

jemput jenguk blog sy yg baru di create, utk update resepi2 dari masa ke semasa :) insyaAllah

http://apaapaponboleh.blogspot.com/2013/09/roti-kentang-second-attempt-sedap-giler.html

SALAM KAK AZIE..kalo boleh pasni leh la bg resepi roti kentang plk ye,tq in advance

Assalam kak azie...tumpang tanya...kalo nak guna kitchen mixer tu guna handle yg hook tu ke yg mcm nak buat kek tu? Sorry sy budak baru belajar...hehe

Ya guna yang macam hook tu.

Salam kak Zaie,

Menyelerakana lah tengok roti tu naik menggebu..

minta izin share resepi ya kak...

resepi turun temurun .....teringat Masa Kecil dulu arwah Mak uli doh sebelum tido.... bangun pagi roti dah terhidang atas meja... huhu.. nostalgia bila makan roti ni.
terimakasih....

This comment has been removed by the author.

salam kak azie, sy ni bru nk wat ni, takut xjd,hehe, boleh ker kalu uli pakai tgn jer? xder mixer lah, pastu pas uli tu perlu berapa lame yer biar dia naik?berapa minit?

salam akak.nak tanya akak penah jual x roti ni.1 adunan ni slalu org jual brape rgt yer.tq akak saya dah try buat jd elok.

Nurul,
Saya belum pernah menjualnya. Apa kata Nurul melihat lihat harganya di kedai kedai roti atau di kedai runcit

salam kak azie, sy nk tnya klau bakar roti ni dlm oven yg dlm nye pusing2 tu blh ke?

Rasanya boleh kot. Tak pernah lah cuba. You boleh cuba dan nnt share kan di sini hasilnya utk rujukan pembaca lain

tq bg resepi..mmg menjadi juga saya try

salam kak, nak tanya. kalau takde shortening tu boleh jadi jugak ke? nak ganti dengan apa ye?

salam. Akak ni telah beri semangat & inspirasi. In sha Allah, akan akan usahakan roti ni dgn resipi yg akak beri. moga Allah berikan yg terbaik utk akak.

shortening tu ape kak? maaf ye, sy ni lelaki.. jd xtau bende tu tp ingin la nak buat

kalau mcm tu,roti zali tu abg punya?feveret sy tu masa zaman sekolah dan bila blk kampung...hehe...selamat berkenalan...=)

Ya, kedai roti abang saya

Sedapnyer roti tu!!!! nyum..nyum..

Rahsia kek ---> http://kekcoklatsedap.weebly.com/

sy mohon copy tp tak ikut sepenuhnya resepi ni sbb ada bhn yg tak ada stok.
tq kak azie for sharing.

Terima kasih atas perkongsian resepi yg mudah diikuti. Saya memang tak pandai masak dan tak pernah buat roti sebelum ni... tapi guna resipi ni memang mengujakan ... gebu dan lembut roti naik ni.

Kak azie,saya da Cuba resepi roti ni tapi kenapa ye agaknya dough saya very sticky? Nak bulatkan pon Susah pasal lembik Dan melekit. Saya ikot seperti resepi di at as.. Kena tambah tepung ke kalau gitu?

Mesti uli sampai elastik

Salam k.zie, semlm fiza try buat roti ni.. sangat gebu n sangat sedap.. cuma resepi asal doh sgt melekit n fiza tambah tepung almost 1 cup.. lepas tu baru boleh uli.. nnti fiza watsapp gmbr kt k.zie

Salam kak azie, rasa teruja plak nak cuba, cuma nak tau, susu tepung tu kalau guna susu baby tu boleh ke...hehe...lepas tu kurang paham yg part campur tu :-

"Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.

"Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata"

Maknanye air yis yg dah berbuih tu campur dgn air susu yg dah campur dgn susu tu ke ?

Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.

Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.

Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur ke dslam bahan kering. Kacau rata. Kemudian masukkan yis dan digaul rata.

oooo....baik2, terima kasih naaa....

lupa nak tanye lagi, kalau pakai tepung high protein tu pun boleh kan ?

Slm kak azie..sy nak tnya kno doh sy jd lembik dan melekit...mcm lebih air je..ssh nak bulatkan...perlukah sy tambah tepung lg...sy uli gn tangan je..tq

Salam kak.. sy try buat roti nie.. jadi manis.. mmg it meant for manis ke kak?? n satu lg bila dia lama sikit mmg dia akan jadi kurang lembut compare ngn baru2 siap ke?? ker itu maksudnya kena uli lebih lama lagi?

assalamualaikum.. bole x klu sy x guna kan shortening.. teringin nk buat tp bahan x cukup

alhamdulillah...first try..buat sebelum subuh td....menjadi..gebuss....masa nk bulat2 kan doh tu sy sapu sedikit minyak kt tangan supaya doh tak melekat Dan melekit kt tangan...alhamdulillah lain Kali nk buat roti ikut resepi ni ja...thanks ya share resepi....

Alhamdulillah.. 1st time cuba.. menjadi.. rezeki fmly sy makan sahur dgn roti naik pahang.. tq kak azie.. genuine recipe.


EmoticonEmoticon