4 Apr 2013

Pasti Ada Hikmahnya







Buat rumah satu hal, buat rumah besar besar lagi satu hal. Hmmm balik dari hospital petang tadi, terus tarik nafas dalam dalam. Kontrol kontrol, jangan stress. Cuba bersyukur. Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan Allah kerana walaupun tidak sebesar istana namun ianya tetap istana cinta kami. Apa yang saya keluh kesahkan? Menjejakkan kaki di rumah, tapak kaki saya sudah terasa  berdebu melekit.


Rupanya hubby mengupah pekerja untuk membaiki tile di lantai ruang menonton yang telah longgar. Semua gara gara ditipu budak Indon yang telah membuat render dengan tidak sepatutnya. Akibatnya lantai macam longgar dan tidak padat dengan simen. Habislah berdebu melekit sampai ke bilik tidur saya juga kerana ada sedikit kerja membaik pulih siling di situ. Saya memang allergik dengan habuk apa lagi habuk simen kerana mengalami masalah resdung. Begitu juga dengan Nana dan Boy yang mempunyai masalah yang sama dengan saya. Nasib baik kerja bermula semasa saya berada di ward. Jadi kurang sedikit ketidak selesaannya pada saya.

Selepas ini saya akan berhadapan sekali lagi dengan kerja menukar lantai tile di bilik air saya yang sangat luas. Pastinya belanja juga besar. Setiap kali masuk ke bilik air, saya pasti menyumpah dengan pekerja Indon yang tidak jujur. Berkali kali dipesan supaya kecerunan dibuat dengan sempurna supaya air tidak bertakung. Bila air bertakung, lantai menjadi licin dan telah banyak kali juga saya hampir terjatuh. Saya memang suka bilik air yang luas kering bersih dan suka membasuh dan menggosok lantai beberapa minit sebelum mandi. Jadi sambil mandi, saya membilasnya. Serius, tempat yang paling menyeronok dan mendamaikan hati saya ialah tat kala mandi di siang hari kerana sambil bermandian, saya dapat menyaksikan pemandangan bukit bukau menghijau dan keindahan tasik melalui jendela di bilik mandi. Ia sememangnya direka sedemikian bagi mengingatkan kenangan semasa kecil yang mandi telaga berbumbungkan langit yang biru dan dikelilingi pokok pokok yang menghijau. Aah betapa rindunya, kenangan itu datang bertamu lagi. Air telaga yang jernih bersih, boleh terus diminum dari baldi dengan penuh nikmat tanpa perlu memasaknya. Ironinya, saya tidak pernah pulak cirit birit atau sakit, apalagi dimasukkan ke hospital. Serius, tak pernah.

Selepas kerja kerja ini siap tentulah kerja pembersihan. Bila besar rumahnya, besarlah ruang yang perlu dibersihkan. Boleh melecek tangan kalau saya menyapu dari tingkat atas hingga bawah. Yang pasti saya tidak dapat membantu kali ini kerana doktor telah mengatakan bahawa saya perlu berehat dengan secukupnya jika ingin cepat pulih. Luka di dalam usus saya sangat extensive dan perlu dirawat dengan ubat yang agak kuat. jadi saya terpaksa bergantung pada hubby atau terus dalam stress dengan kaki yang melekit.

Sejak berkahwin saya mempunyai pembantu rumah di mana yang terakhir bekerja dengan kami selama 18 tahun. Oleh itu, semua kerja kerja di rumah ini dibereskan oleh pembantu rumah, saya tidak pernah membuat kerja kerja rumah, hatta pinggan saya juga dibasuh oleh pembantu rumah. Tetapi selepas berpindah ke Villa Nur Qaseh, saya merasa seronok bila tiada pembantu rumah. Kami lebih bebas cuma stress saya meningkat kerana terpaksa membuat itu ini dan mengarahkan itu ini yang menjadikan perhubungan dengan anak anak juga tegang. Saya tidak boleh menyalahkan anak anak kerana sedari kecil, mereka tidak pernah membuat sebarang kerja kerja rumah. Jadinya mereka tidak dapat membuat penyesuaian dan perubahan dengan cepat. Aduhaai alangkah baik jika saya mempunyai pembantu rumah yang bekerja hanya di siang hari sahaja. Sehingga kini, belum lagi ditemui. Namun hikmahnya yang tersembunyi ialah lahirnya Azie Kitchen, lahirnya kembali minat saya yang suka memasak dan membuat kuih muih sejak di bangku sekolah rendah lagi. Itulah.... Di sinilah kita saling kenal mengenali antara satu sama lain.  Semuanya di sini....

24 ulasan

Semoga cepat sembuh kak..jgn stress lg

Allamdullillah syukur kak Azie dah sembuh. selamat beristirehat di Nur Kaseh.

Nak dikatakan sembuh pun, tidak juga. Tapi saya inin berehat di rumah. Missed my bed so much. Ikutkan doktor mahu saya tinggal lai di ward sehingga esok, sekurang kurangnya

Azie, lupakan dulu lantai yg berdebu melekit, banyakkan berehat agar cepat sembuh sepenuhnya. jangan stress2 ya.

allhamdullilah.. akak dh balik umah..rehat dan tenangkan hati ya kak azie..:-)

Salam Azie, untuk dikongsi sedikit cara pemasangan tile, mortar perlu dicampur sedikit dengan gum untuk mengelak dari longgar bila telah lama. Untuk slope dalam bilik air mesti guna timbang air masa nak level screading sebelum pasang tile. That the problem when installing tile in the toilet or at balcony or porch. If not get the exact slope, water ponding at low level.

Yes, that should be the correct way. But since we didnt supervise their job all the times, they all pun ambik short cut. Bila ditanya, ya tahu, tapi belakang kita lain pulak yg dibuat. Begitu juga dg tile, semasa render mereka telah tipu dg tidak menggaul simen dan pasir bersama air betul betul. Kami terpaksa memecahkannya dan buat render baru. Tapi kerja repair ni lagi costly, jadi ada bahagian yg tidak sempurna. Memang diletak simen gum sb tile dipasang oleh pekerja cina yg mmg kemas.

Insya Allah, saya ingin banyakkan mengaji yg telah tertinggal

Kak Rose,
Bila rumah bersih baru hati tenang. Insya Allah

Banyakkan rehat kak...,jgn fikir sangat pasal rumah buat sementara...:)

Azie, I'm glad you are home! Oh, dealing with some contractors who don't do proper job is stressful! I have had bad experience too. I hope you can get lots of rest and don't be too stressed if your floor is dirty. Can always clean it later. Most important is you must get well and regain your strength again. Rest well, Azie and get well soon!

Kak Azie, jangan buat kerja berat2, tutup mata jer tengok habuk dan pakai selipar supaya tak rasa lantai melekit, heheheh...

Sy pun selalu marah bila masuk bilik air di master bedroom kerana mcm Kak Azie kenalah tu, lantainya tak dibuat cerun ke lubang, sudahnya air bertakung di tengah bilik air setiap kali mandi. Kadang sampai ke petang belum tahu lagi surutnya membuatkan bilik air cepat berlumut. Sudahnya, sy malas nak guna bilik air tu, mencik!

Betul tu. bila tak kering, lantainya menjadi licin. Aduh tak boleh bayangkan betapa berhabuknya bila mereka mengetuk tile dan ulang alik masuk ke bilik membawa simen dsb. Nak kena tutup semua baju baju di walk in closet

Hari ni, berkurung dalam bilik jer. Tak tahan melekit

Agree. So many irresponsible workers nowadays. Thank you so much, dear

glad u back home..take agood care my dear akak!ulcer tu kena jaga kak go for proper diet no more spicecy foods for u ok...about the hse tu...dont stress ok..later we will baiki and make all well taking care....

Alhamdulilah dah balik rumah tentu lega bila dpt rehat di katil sendiri kan azie.. Buat sementara waktu ni jgn difkr sgt tntg kerja2 defect ni ya yg penting kshtn azie tu dulu, cukup rehat dan sembuh sepenuhnya. Nak share sikit ayat ni insya Allah buat kita rasa tenang. HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL...“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. Ameen.

Love

Kakak,

Glad to hear that you have been discharged.

Sometimes, kerja rumah ni kalau kita tak boleh nak bereskan semua, mungkin lebih baik jika boleh hire part time maid dlm seminggu sekali untuk bersihkan general areas.

Akak boleh cuba - http://www.procleaners.my/

Pekerja dia org okay kalau untuk general cleaning mcm lap tingkap, basuh porch, basuh tandas etc.

Saya ada part time maid, biasanya dia datang sekali dalam 2 minggu.

Regards,
Sally

Rate nyer camne yer. Nnt I cuba call. Rumah kami ni taklah bersepah sgt sebab tak ada anak kecil tapi berhabuk, yg tak tahan tu

Su, I pun selalu hafal dan baca ini terutama bila rasa sedih

Yes, I am finally back home. Hari ni, langsung tak lalu makan. Makan 2 sudu, dah berhenti. Setiap kali,perut kosong mulalah rasa loya

Hi Kak,

This is their rate - http://www.procleaners.my/quotation.html

RM60 untuk 2 jam dan mereka hantar 2 pekerja.

Regards,
Sally

Ya, I dah call juga tadi. Terima kasih


EmoticonEmoticon