23 Apr 2013

Masak Kicap Ikan Bawal Emas




Masak Kicap Ikan Bawal Emas


Ini adalah entri lama, entri yang telah ditulis dalam minggu kedua bulan April semasa saya bercuti sakit. Semasa di dalam tempoh cuti sakit tersebut, saya ke klinik panel lagi kerana sesak nafas dan pening. Selepas makan ubat, kepala saya pun melayang layang terbang jauh sehinggalah mendapat berita sedih. Berita kematian ahli keluarga yang saya sayangi. Sedang hati bersedih, saya pulak hendak dimasukkan ke bilik OT untuk menjalani pembedahan yang sangat berisiko tinggi. Saya mula nervous dan mulalah ulang alik ke bilik air. Hmmm bertimpa timpa, nasib dirundung malam. Tak tahulah kenapa begitu sekali.



Masak Kicap Ikan Bawal Emas


Dalam hati bersedih, tiba tiba terdengar suara hubby, "Zie...Zie bangun. Zie tak solat lagi". Alamak bermimpi mengarut rupanya. Laaa memang dah terlewat. Biasanya saya bangun untuk mengerjakan Solat Tahajjud masa di mana saya mengadu dan meluahkan kesedihan. Buka mata tengok hubby sudah bersiap untuk menghantar Juita ke sekolah. Saya bangun dalam keadaan masih tidur ambil wudhu dan solat. Lepas solat terus sambung tidur sebab kesan ubat mengantuk masih kuat. Haaa pukul 8.30 pagi, baru mata boleh dibuka. Turun ke dapur kerana sudah terlewat untuk makan ubat.

Sedang bersarapan, Aween datang memberitahu yang matanya merah. Saya menghantar bbm meminta hubby membawa Aween ke klinik. Dah sakit matalah pulak. Teringat zaman kecik kecik, habis satu rumah dijangkiti sakit mata. Kerana takut, saya pun mengikut kakak saya balik ke Kampung Limau Nipis. Nak lari lah konon. Tapi sewaktu di sana pun, saya kena juga. Teruk dari orang lain. Mata merah membengkak dan bertahi. Tak pernah lagi saya tengok orang zaman sekarang sakit mata seperti zaman itu. Nak titis ubat, kena kelebek mata yang membengkak tu. Adddduuuhhh, sakit nyeeer. Sejak itu sehingga kini, saya belum pernah lagi terkena sakit mata. Alhamdulillah, syukur kepada Mu, Ya Allah. 

Oleh kerana tidak ke sekolah Aween tanya mama masak apa hari ini. Bila saya kata mama tak larat nak memasak, Aween minta juga saya memasak kerana dia tak ke sekolah. Hmmm teringat ada 2 keping lagi Ikan Bawal Emas, boleh digoreng garam kunyit jer lah. Sedang menumbuk kunyit hidup dengan garam, teringatlah pulak nak menyediakan masak kicap. At least ada juga kuah. Maka, itulah jadinya Ikan Bawal Emas Masak Kicap hari ini. Ini resepi bodo bodo saya sejak dulu, bila masak kicap. Jom tengok cara saya....


Masak Kicap Ikan Bawal Emas

Masak Kicap Ikan Bawal Emas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping ikan - lumur garam kunyit dan digoreng seketika
1 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawangputih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
Kicap
Cuka
Gula
Serbuk perasa secukup rasa
Bawang besar - hiris
Cili merah - hiasan

Cara cara:
Kisar bawang bawang dan halia. Tumis bahan kisar dan cili kisar serta kulit kayu manis sehingga garing dan masak cilinya.

Masukkan kicap, cuka dan air. Masak lagi hingga mendidih.

Masukkan bawang besar, gula dan serbuk perasa. Masukkan ikan.

Akhir sekali masukkan cili merah dan bolehlah diangkat.



16 ulasan

Mabeles ! mabeles! bawal emas mmg sedap Azie... kalau masak kari, sweet sour atau asam pedas pon sedap...

Salam K.azie ,, tq sebab sudi share resepi2 yg sedap dan mudah untuk disediakan. setiap hari kompem sy akan amik mse untuk intai blog k.azie...semoga k.azie sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia disamping keluarga tsyg ~ iffah~

As salam zie, dulu masa umur 20-an pernah sekali kena sakit mata ni taulah macamana sakitnya mudah-mudahan dijauhkanlah..
Sedap apa sesekali masak bodo2 ni he2 saya pun panggil masak bodo jgk kalau simple2 cam ni..instead cuka saya bubuh air asam jawa. Take care.

Love,
su

Assalamualaikum Azie,
moga Azie sentiasa dalam lindungan-Nya..
Bawal emas memang sedapkan Azie... suka makan tapi harganya pun boleh tahan!
Amie minta izin pinjam resepi cek mek molek Azie...belajar cara gentel! Tq very much Azie.

Tak jadi masalah, Amie. Semoga Amie sihat sihat selalu ya

Su,
Alhamdulillah, tk pernah lagi kena sakit mata. Sakit mata zaman skrg hanya merah.zaman dulu bengkak bernanah dan bertahi mata hingga nak buka mata pagi pun susah

Thank you so much, Iffah

Betul tu Gee. Bila ikan sedap dan segar, masak apa pun jadi sedap

wah...sedapnye kak azie..terliur plak.mmg dr mgu lepas lg duk ngidam nak mkn ikan bawal goreng kicap...harap kak azie cepat sihat..:)

Sya dh cuba..sedap..tq resepi yg mudah dan menjadi..byak dh resepi yg sya cuba..so far menjadi hehe..tq kak azie

Salam kak azie. Saya kalau cari resipi mesti masuk blog kak azie. Resipi senang dan sentiasa sedap. Yerima kasih kak.

Salam azie.. sebentar lagi nak cuba resepi ni.. kebetulan ada baki lagi 2 ekor bawal emas dlam peti.. Tq bagi idea masak kicap bawal emas...

Salam k azie.. Blog kak azie antara blog yg saya cari untuk jadikan panduan masakan saya.. Ape yg saya cuba semua nye menjadi.. Terima kasih k.azie.. Masakan k.azie simple dan sedap..

Wslm. Terima kasih sangat kerana sudi singgah di blog saya. Jangan lupa baca juga perkongsian yang ditulis ya.

Hi,I'm from the UK and I've tried your recipe. It's ever so delicious. Thank you


EmoticonEmoticon