19 Mar 2013

Spaghetti Goreng




Spaghetti Goreng Azie Kitchen


Hari minggu lepas saya memasak Spaghetti Goreng seperti yang diminta oleh Juita kerana katanya dia tak mahu makan nasi selepas sehari sebelumnya saya memasak nasi untuk hidangan tengahari. Alahaai jangan tak tahu, kami semua di rumah ini telah melancarkan operasi diet dengan mengurangkan pengambilan nasi dan kek serta kuih muih. Nak berjaya dalam diet ni, hati kena kuat. Bukan tak boleh makan nasi tapi bak kata Kevin Zahri, makan hanya segenggam nasi sahaja sehari sebagai bekalan karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh kita.

Tapi hari ini saya membuat Spaghetti ala ala versi Melayu lah pulak apabila dimasukkan telur, cili kisar dan daun sup. Saya suka sarapan sihat dengan spaghetti seperti ini. Makan sepinggan pun tak rasa bersalah seperti makan sepinggan mee goreng. Walaupun saya ni selera dan tekak Melayu, hari ni paksa juga makan makanan omputih yang sihat ini. Sedap pasta ni tak sama dengan sedap mee goreng basah atau mee goreng mamak yang sudah sebati dengan tekak anak kampung macam saya ni. Huhuhuhu....

Jom tengok resepinya di bawah ini...


Spaghetti Goreng Azie Kitchen

Spaghetti Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek spaghetti - rebus ikut pembungkusan
300gm daging kisar

1 batang carrot

2 biji tomato

2 biji telur

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sb cili kisar - ikut pedas disukai
4 sb tomato puree
Olive oil untuk menumis
Garam
Daun sup

Cara cara:
Panaskan olive oil dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah di cincang halus sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili kisar garing.

Masukkan carrot yang telah dihiris nipis. Tumis lagi beberapa minit sehingga carrot lembut.


Spaghetti Goreng Azie Kitchen


Masukkan daging kisar. Tumis sehingga daging masak. Masukkan telur yang telah di pukul. 


Spaghetti Goreng Azie Kitchen

Spaghetti Goreng Azie Kitchen


Masukkan tomato puree dan buah tomato. Kacau sehingga sebati. Masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati. Masukkan garam secukup rasa


Spaghetti Goreng Azie Kitchen


Selamat menjamu selera...



27 ulasan

salam kak, akak ada FB tolong add saya leh?
http://facebook.com/ymarsita

sedapnya kak;)
nanti balik rumah,rasa nak cuba la resepi ni. akak sihat?lama tak singgah sini.busy sikit. huhu header pun dah lain.simple & nice :)

salam Azie, spaghetti goreng mmg sedap disini selalu buat bolognise je kalau spaghetti tu, nanti lah try yg goreng lak..

Lebih kurang jer bahan bahannya, cuma di Melayukan sedikit

Alhamdulillah, sihat saja. Saja tukar outlook, bagi nafas baru

sedap2.....nini pon baru lepas makan spaghetti adik buat...=D

Sekali sekala, teringin nak makan masakan orang lain pulak

Hi Kakak,

Spaghetti looks delicious.

You can try eco brown, brown rice or whole grain rice. Brown rice ni bagus utk sesiapa yg berdiet.

Sally

selalu goreng fav sefamily he2, msh ingat lg klu dulu2 bila lebihan buat laksa johor spagetinya pasti digoreng, buat laskar pelangi, nooriah n gee try lah pasti sukeee. Untuk azie apa kata kalau dtg jb sila lah singgah boleh su masak kan he2

salam kak azie..sy dah pun try resipi ni..perghh sedap betul..sekali sekala wat spaghetti goreng layannn jer hehe..family pun suka sgt..

Smua komen best2..nk kna try ni!!

Nyum2.. sedapnye.. selalu wat laksa johor je. Wlupun duk kedah.. hehe.. nak try lah goreng plak

As salam. .x pernah buat resepi mcm ni..nanti nk cuba kot2 anak2 suka. Tq

Salam kak.. Sye ade lebihan spageti yg sye bt baru2 nii.. Skrg ni xtau nk bt ape ngn spageti tu.. Nk buang syg.. Nk bt cabonara paste xbeli.. Bole bg cdangan x???

Salam..dah cuba resepi ni tadi. Sedap sgt! Thanks akak:-)

Memang selalu saya buat spagetti goreng nie.
Tapi memang buat gelap sikit.
Sy suka sangat makan spagetti.
Tue pelbagaikan.

kalau xde tomato puree.. guna sos tomato boleh?

Tapi rasanya mungkin TAK sesedap tomato purée kot

nak fb kak azie jg mmg kita follower setia

assalam akak azie...saya suka blog akk..watkan sy jadi rajin memasak hahaha..tq akk share resepi..sedappp plakk tuhh..akak mmg da bestt..simple n yummyy..bole tahu fb akak ape =)

Joevelyn
Dear kak azie...im just newly married.not really good cook.ur blog really helps me when i dont have any idea to cook..plus ur recipe is really simple and easy to follow.please keep on inspiring people to cook escpecially young wife like me...tq so much.

Fb akak azie apa yerk..sy peminat resepi kak azie.. simple tapi buat mesti jadi..hehehhe

Boleh follow fb page Azie Kitchen Blog


EmoticonEmoticon