25 Mar 2013

Mee Hoon Goreng



Mee Hoon Goreng Azie Kitchen


Bangun pagi pagi hari Sabtu yang lalu, saya memasak Mee hoon Goreng yang sangat sempoi dengan mencapai jer apa apa yang ada dan campak campak ke dalamnya. Ini kira projek last minute ni, sebab teringatkan stock mee hoon yang telah siap dicelur dalam peti. Sambil menggoreng rencahnya, bila teringat apa apa,  masa tu juga saya akan memotong dan mencampak ke dalamnya. Maka itulah adanya karot, ada daun limau purut dalam mee hoon.

Kali ini saya terlebih rajin, semua bahan untuk rencahnya saya tumbuk dengan menggunakan lesung batu. Oleh kerana tiada ayam atau daging, saya hanya menumbuk ikan bilis sahaja. Lagi pulak, saya lebih suka mee hoon yang simple dan tidak menggunakan bahan bahan yang banyak. 


Mee Hoon Goreng Azie Kitchen


Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan kepada kami. Walaupun sempoi, mee hoon yang digoreng sendiri lebih sedap dari yang dibeli di restoran restoran. 


8 ulasan

tibatiba rasa lapar -___-
camni lah bila kat kolej, tengok gambar je lapar..hehehe

waaa... nampak sedap tu kak azie... boleh la lisa goreng mee hoon pagi esok :)

Entri mengisi masa lapang jer

Saya lebih suka mee hoon goreng daun limau purut

macam sedap pulak letak limau purut... :)

Unik ni pasal mgunakan limau purut


EmoticonEmoticon