8 Mar 2013

Martha Stewarts Chocolate Cupcakes Untuk Majlis Di Pejabat




Martha Stewarts Chocolate Cupcakes

Martha Stewarts Chocolate Cupcakes


Lina, rakan sepejabat menanyakan sekiranya saya dapat menyediakan cupcake sempena majlis sambutan Tahun Baru China, Majlis Harijadi serta meraikan rakan rakan yang bakal bersara. Setelah berbincang, saya mencadangkan supaya menyediakan Moist Chocolate Cupcake yang sedap. Kali ini saya mencuba resepi baru iaitu One Bowl Chocolate Cupcakes yang diambil dari Martha Stewarts Baking Handbook. Kek ini sangat moist dan secukup sahaja kemanisannya. Yang paling saya suka ialah cupcake nya cantik berbentuk dome. Saya hanya menghiasnya secara ringkas sahaja dengan menggunakan cream icing dan fondant alphabet warna biru walaupun warna tema hari ini ialah putih dan merah. Kata Juita tak elok membuat huruf nama dengan warna merah. Hmm boleh diterima juga lah, jadi saya pilih warna biru. Cupcake yang lain, saya hias ringkas dengan gump paste warna merah supaya ada menepati sedikit warna tema. Dalam hati berkata lain kali, saya nak menghiasnya dengan poured fondant secara dipping pulak, nampak cantik sangat terutama untuk cupcake yang naik meninggi seperti chocolate cupcake ini.

Martha Stewarts Chocolate Cupcakes


Saya sebenarnya bukanlah mengambil tempahan dalam erti kata sebenar untuk cupcake ini tetapi ianya lebih kepada menolong membuatnya dengan mengambil kos sahaja. Maklumlah majlis ini adalah majlis makan makan sesama kami juga.  Oleh kerana ianya dibuat pada hari bekerja, jadi agak kelam kabut lah sedikit. Itupun nasib baik sebab Lina menyebutkan supaya dibuat dekorasi ringkas sahaja. Kira masih bolehlah saya membuatnya selepas balik dari pejabat. Part yang paling saya suka bila ada tempahan seperti ini ialah peluang untuk mencuba resepi baru. 

Kalau saja saja nak membuatnya di rumah, pasti membazir kerana hanya saya sahaja yang gemar makan kek. Resepi ini memang akan menjadi satu lagi resepi chocolate cupcake pilihan yang akan digunakan oleh Azie Kichen. Lebih lebih lagi bila kawan kawan memuji keenakannya. Pasti saya akan menggunakannya lagi... pasti sekali. Resepi lain yang biasa saya gunakan adalah di SINI dan di SINI.



Martha Stewarts Chocolate Cupcakes


Hari ini juga saya ingin berkongsi resepi cream icing yang digunakan. Saya tertarik untuk mencuba resepi ini selepas membaca tulisan Nina. Menurutnya, resepi sedap ini dipelajari dari owner kedai kek yang menggunakannya dalam menghias kek kek yang dijual selama berbelas tahun. Hmm boleh bayangkan bagaimana sedapnya icing ini jika kedai kek nya masih bertahan sehingga kini... 

Kiranya icing ini mengingatkan icing kek semasa zaman saya kecil kecil dulu. Beginilah rasa icingnya bila membeli kek di kedai untuk majlis harijadi atau majlis kahwin. Kata Nelly tak berapa manis tapi OK jer sebab zaman sekarang orang dah tak suka makanan manis manis, lagi pulak kek coklat sudah ada rasa manis. Panjang lebar pulak ulasan dia, bila saya meminta feedbacknya....

Jom layan resepinya...




Martha Stewarts Chocolate Cupcakes

Martha Stewarts Moist Chocolate Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all purpose flour
1 1/4 cawan dutch process cocoa powder
2 1/2 cawan gula
2 1/2 sudu kecil baking soda
1 1/4 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil garam
2 biji telur gred A + 1 telur kuning gred A
1 1/4 cawan susu (Azie guna buttermilk)
1/2 cawan + 2 sb vegetable oil
1 1/4 sudu kecil vanilla extract
1 1/2 cawan air panas (Azie tambah 1 sudu kecil nescafe)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 180C.

Ayak bersama bahan kering seperti tepung, serbuk koko, baking soda, baking powder, gula dan garam ke dalam pengisar elektrik.

Tambahkan telur, susu, minyak, vanilla dan air panas. Putar dengan menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati dalam 3 minit.

Tuang ke dalam cawan kertas sebanyak 2/3. Bakar selama 20-25 minit.


Cream Icing

Bahan-bahan
1 kg krimwell
1/2 kg gula icing

Cara cara:
Pukul krimwell hingga kembang. Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata. Sedia diguna untuk mendeko.

Nota:
Adunan cream icing ini menghasilkan kuantiti yang agak banyak, jadi oleh dibuat separuh sahaja.

Boleh diadun dengan colour (oil base) jika suka.

Adunan cream icing ini menghasilkan kuantiti yang agak banyak, jadi oleh dibuat separuh sahaja.

Boleh diadun dengan colour (oil base) jika suka.


Martha Stewarts Chocolate Cupcakes

Martha Stewarts Chocolate Cupcakes

Martha Stewarts Chocolate Cupcakes


55 ulasan

Memang cute cupcake yg kecik kecik ni

cantiknya. tentu rasanya pun sedap..

salam perkenalan dari ciklaili.com

salam...k.azie,bestnya nampak coklat cupcake ni...elok je naik meninggi dan moist lagi...nak cuba gak la..saya ada cuba buat kek marble resepi k.azie, sedap sgt resepi tu,terima kasih bagi resepi best2....

Memang cun sebab kecik kecik jer

Salam kenal juga dari saya. Saya tercari cari info pasal Nuffnang, bila terjumpa blog cik laili

Alhamdulillah Hajar. Terima kasih kr sudi singgah ya

This comment has been removed by a blog administrator.

bestnya...lagi best kalau dpt sbiji...heheh

sejujurnya AA adalah mentor dlm masak2 utk saya. AA sentiasa jujur dan terus terang dlm melaksanakan misi.Masakannya menarik. Satu2nya blog masak yg mengujakan saya. i love you AA!

Terima kasih. semoga kita dpt terus berkongsi ilmu dalam bab masakan

Assalam Azie...kakpb letak link kat blog ye, tertinggal blog Azie.
Terima kasih singgah blog akak.

Terima kasih kakpb atas sokongan

As'salam Azie,
Jutaan terima kasih kerna sudi cuba resepi cream icing Nina.. (terharu Nina...)
Sedap dan senang kannn...??
Ada lagi x balance cupcake tuu..? nak seketul buleh...?? hehee . . .
ok, sampai jumpa lagi... & take care :)

Assalam kak azie...adunan tuu dpt brp biji cup cakes yer...& saiz cup tu brp ?

As salam Nana,
Ianya bergantung pada saiz cup. Yg ini guna cup 2.5 oz, dapat 35 biji.

Terima kasih juga kr Nina sudi kongsi resepinya. Teringat kek zaman dulu kan

assalamualaikum kak.nk tanya skit,kalau guna susu dutch lady bley x?

Apa apa brand pun, boleh

Tumpang tnya, untuk wat cream icing, krimwell yg da kembang cmpurkan dgn guLa icing camtu je?

nak tanya lagi..susu tu susu pekat manis ke susu sejat. tq :)

salam kak Azie, first thing nak ckp cantikkk sgt naik kek ni. nak tanya bhn2 ni seme campur terus dalam mixer ke? takyah pukul telor dulu. Sblm ni saya pernah wat cup cake coklat tapi pecah kat atas mcm muffin. saya nak mcm kak Azie nye ni.

Biasanya saya guna freshmilk

Masukkan terus ke dalam mixer. Rujuk cara cara di atas. Insya Allah menjadi

tq ka.Azie. klu dah jadi nanti saya post reply ye. :)

salam k.Azie, saya dah buat resepi ni ikut sebijik2. tp malangnya atas dia pecah bak bunga ros mekar. huhu. tak tau la katmana saya dah tersilap ni.

Wslm. Cuba kurangkan suhu oven ke 150-160 jer. Antara oven dg oven, berbeza kepanasannya. Kalau merekah tu, mesti terlebih panas.

assalam kak.. ahad lepas sy dh buat cup cake ni.. rase nye mmg sedap..time dia nk masak tu wangi sgt.. sy guna cup 2.5oz mmg ngam2 dpt 35 cup dan sy timbang setiap satu cup berat nye 35 ke 37 gram sebelum bakar. hihi..dh bakar lupe plak nk timbang. cume sy kecewa sket la
kak..kek tu tak naik membulat mcm akak punyer.. lg satu satu sy tak pakai buttermilk yg ready made tu.. sy guna susu segar campur cuke.. mgkn ke sukatan cuke tu tak ngam dgn
susu kot.. sbb 1 1/4 cawan susu sy tambah cuke 1sdb + 1/4sdt. sebab tu ke kak? time kasih kak. maaf la klu soalan nyer pnjg sgt.

assalam kak.. ahad lepas sy dh buat cup cake ni.. rase nye mmg sedap..time dia nk masak tu wangi sgt.. sy guna cup 2.5oz mmg ngam2 dpt 35 cup dan sy timbang setiap satu cup berat nye 35 ke 37 gram sebelum bakar. hihi..dh bakar lupe plak nk timbang. cume sy kecewa sket la
kak..kek tu tak naik membulat mcm akak punyer.. lg satu satu sy tak pakai buttermilk yg ready made tu.. sy guna susu segar campur cuke.. mgkn ke sukatan cuke tu tak ngam dgn
susu kot.. sbb 1 1/4 cawan susu sy tambah cuke 1sdb + 1/4sdt. sebab tu ke kak? time kasih kak. maaf la klu soalan nyer pnjg sgt.

assalam kak.. pjng lebar sy taip td bole plak tak masuk ape crite td pun lupe dh. sy ringkas kn je la.. sy dh buat mmg sedap rase nye.. cume sy punyer tak jadi membulat mcm pic akak tu la.. dia naik sket je.. tp dia punyer bau...mmg wangi. sy letak 1 sdb + 1/4sdt cuke dlm 1 1/4 cawan susu tu.. mgkn sbb tak balance ke cuke tu atau mgkn adunan tak cukup kembang.. time kasih kak..

Na Tanya , huruf2 tu ad jual kat kedai brg2 bakery ek?

thanks resepi bagus akak ni tak kedekut ilmu.... nmpak sedap nk tray la kalo isi filing kat tgah tu ggu tak proses naek dye

Kak.. 1/2 cawan +2sb vegetable oil
1/2cawan ape ye kak.

1/2 cawan vege oil dan 2 sudu besar vege oil

kak.. 1/2 cawan vege oil lps tu tmbh lgi 2 sudu besar vege oil ker kak?
telur 2 biji gred A lps tu kene tmh sebiji lgi telur kuning gredA lg ke kak? ke amik yg dari 2 biji tu?

fuhh terliur. Nak cuba buat lah nanti. Minta share ye resipi ini hehehe. Btw nanti kalau ada masa singgah2 lah blog saya ye http://www.mamafisya.com/ :)

Assalamualaikum kak azie..sy nak tnye..yg tok icing cream tu kalo xda krimwell bole gantikan dgn ape2 x?..shortening bole ke?..ingt ptg ni blik dr kerja nak buat icing atas kek tu..huhuhu

Guna jer resepi icing lain yg ada cukup bahan. Boleh search atau google resepi yg bersesuaian dg bahan yg tersedia.

Assalamualaikum, morning kak azie. Batter cupcake ni boleh tak d simpan kalau ada lebih...jika boleh simpan, mcm mana dan brapa lama tahan?

Assalamualaikum k.azie nk ty kalo sy gantikan vege oil ngan butter bole x???

Sugar bila nak add? Not in the method..

Assalamualaikum k.azie, tq atas resepi yg superb senang dan sedap ni. Hihihi nk tnye, nk buat huruf2 tu mcm mne ye?

nak tnya huruf hiasan tu mcm mana cara buat dia.ek..cantek

Salam Kak Azie .makasih atas perkongsian nya..tp nk tanya,cup yg kak azie gunakan tu mmg standard measurement cup ke? or blh tak kaka azie serta kan kiraan bahan2 dlm gram? thank in advance kak

Maaf nk tnya 1/2 cwn + 2 sdb vegetble oil mksd dia apa yee

Maksudnya jumlah yang digunakan adalah setengah cawan. Kemudian tambah lagi 2 sudu besar minyak.

Dah try Dan very nice. Thank you


EmoticonEmoticon