25 Mar 2013

Dr Muhammad Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR – Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi. Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.



Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.
Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010. Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.
Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas. –Mynewshub.my


9 ulasan

Al-Fatihah utk allayarham & salam takziah buat keluarga beliau...

Al Fatihah. Nama besar dlm dunia islam kita.
Lama dah saya tak mendgr ceramahnya.

Semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dirahmati Allah...aminn

Terfikir mcm mana cara orang yg menulis mencaci maki beliau, ingin memohon maaf pada Allahyarham. Sedih membacanya betapa sesama Islam memaki dan menghina

Arwah seorang yang sangat warak.menjaga setiap patah perkataan,menjaga pandangan,menjaga pendengaran.satu kehilangan.Dialah guru pertama saya......Semoga rohnya bersama sama para solihindan mursalin.

Semoga yang pernah mencacinya kembali ke jalan yang benar..jalan yang di redhaiNya...

Itulah manusia menggunakan jari jemari utk mencaci maki sesama manusia yg tidak sealiran fahaman politik. Tak sanggup membaca apa yg ditulis. Hakikatnya si penulis telah membuat pelaburan ke neraka kr mencaci maki sesama manusia


EmoticonEmoticon