17 Feb 2013

Lemon Cupcakes Di Hari Minggu



Lemon Cupcakes Azie Kitchen



Semasa sedang berehat di wad dalam bulan Disember yang lalu, saya melayan layan ipad dengan melihat lihat resepi kek bila tiba tiba terpandang resepi Butter Lemon Cake yang dikatakan sangat sedap dan mempunyai keenakan rasa cheese cake. Juita mencadangkan supaya kek ini disediakan semasa majlis pertunangan Nana. Saya pula mencadangkan supaya dibuat untuk dicuba rasa terlebih dahulu.  Akhirnya kedua dua plan tak menjadi kenyataan. Hanya hari ini, barulah hajat untuk membuat Lemon Cupcake menjadi kenyataan. Resepi yang digunakan hari ini juga telah bertukar ke resepi dari buku yang dihadiahkan oleh kawan Juita. Ye lah, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.



Lemon Cupcakes Azie Kitchen

Sejak kebelakangan ini, saya dapat merasakan yang dugaan demi dugaan yang saya terpaksa tempuhi yang benar benar menguji kesabaran. Seorang ustazah yang memberi ceramah di tempat kerja saya memberitahu, "mereka" dijadikan sebagai lemah adalah sebagai ujian ke atas kita. Jadi saya kena bersabar dengan apa jua dugaan yang Allah berikan kepada saya melalui kelemahan "mereka".

Kekesalan demi kesalan saya rasai kini dek kejahilan keputusan yang diambil di masa lalu. Saya cuma terus bersabar dan berdoa semoga Allah memberi peluang untuk saya mengubah segalanya dalam waktu yang tersisa ini.  Masih saya ingat petikan dalam ceramah Ustaz Don yang jika dunia hampir kiamat dan kita mempunyai benih di tangan, kita kena tanam dan semaikan benih itu dulu. Dengan erti kata lain, peluang sentiasa ada dan tiada istilah terlambat selagi kita masih bernyawa. Sesungguhnya saya tidak mahu menjadi orang yang rugi.  

 
Lemon Cupcakes Azie Kitchen




Berbalik pada cupcake ini, pada saya ianya sangat sedap, terutama rasa isingnya yang berperisa lemon, sangat sangat mengujakan. Tiada bahasa untuk digambarkan keenakannya. Minum pulak dengan secawan English Tea, oooh perasaan yang sangat hebat yang sukar digambarkan. hehehe memang sejak kebelakangan ini, saya agak jiwang sikit bila Encik hubby memberitahu yang dia tak mahu mengikuti percutian ke German tahun ini.

Jom layan resepinya di bawah....



Lemon Cupcakes Azie Kitchen

Lemon Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen



Bahan bahan:
110 gram/1/2 cawan butter
110 gram/1/2 cawan gula kaster
2 biji telur - pukul
110 gram/1 cawan self raising flour
Secubit garam
1 biji lemon - parut halus

Bahan Ising:
225 gram/2 1/4 cawan gula ising
3 sudu besar jus lemon
1-2 sk air panas

Bahan hiasan:
2 biji lemon - parut
3-4 sudu besar gula kristal

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu  180C. Letakkan 13 cawan kertas dalam bekas muffin.

Putar butter dan gula sehingga putih dan ringan. Masukkan telur dan putar sehingga sebati.

Masukkan tepung, garam dan parutan lemon dan kacau sebati.

Sudukan adunan ke dalam cawan kertas. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga keperangan atau permukaannya springy bila disentuh.

Sejukkan atas redai sehingga sejuk sepenuhnya.

Untuk Ising: ayak gula ising di dalam mangkuk dan perlahan lahan masukkan jus lemon dan air panas secukupnya sehingga pekat dan licin gebu.

Sudukan ising ke atas kek dan ratakan permukaannya dengan menggunakan pisau. Letakkan parutan lemon dan tabur gula kristal di atas sebagai hiasan.

Bolehlah dihidangkan. Gambar di bawah ini, saya masukkan juga lemon curd sebagai filling. Tetapi tanpa lemon curd pun, kek ini sangat sedap dengan isingnya.



Lemon Cupcakes Azie Kitchen

Lemon Cupcakes Azie Kitchen




11 ulasan

Salam, Kak Azie memang ada kepakaran menggoda... akan sy realisasikan utk projek minggu ni, maceh, Kak Azie...

Memang tangkap leleh nyer. Selamat mencuba

Sedap ising nya, ada rasa rasa lemon

Bila makan apa apa yg berasaskan lemon ni, rasa macam omputih jap

Tengok jerpun dah tau sedap...nnt nk trylah...

sedapnya.. pasti nak cuba. tq azie for this recipe.

cantiknya buku resepi tu!!

Azie, kek ni elok2 je ke manisnya or kalau saya x suka manis pttkah dikurangkan gula? Tq :)


EmoticonEmoticon