Jumaat, 1 Februari 2013

Blueberries Cheese Tart Nana



Blueberries Cheese Tart




Semasa singgah di Kedai Bagus, yang Menjual bahan dan peralatan membuat kuih muih tadi, Nana memberitahu yang dia ingin membuat Bluberries Cheese Tart kerana katanya dia tak sempat pun menjamah tart yang disediakan semasa majlis pertunangan dia baru baru ini. Sebagai host, memang kita tak ingat pun nak makan makan kerana yang penting memastikan semua urusan berjalan lancar. Seperti biasa, kalau ada majlis makan makan di rumah kami, saya akan makan sebelum majlis bermula atau langsung tak memakannya sehingga malam apabila majlis berakhir.




Blueberries Cheese Tart

Resepi cheese tart kali ini adalah resepi yang direka dan diubahsuai Nana sendiri. Dia campak campak jer bahan mengikut agak agak sehingga saya terpaksa bertanya satu persatu dan menulisnya di dalam ipad supaya boleh dijadikan rujukan di masa depan. Nana memang tak suka dibantu bila dia bekerja di dapur. Cheese tart ini lebih sedap dimakan sejuk sejuk, jadi sementara cheese tart disejukkan, kami keluar makan sempena meraikan hari jadi anakanda bongsu kami, Aween pada 2.2.13. 

Jom kita layan resepi yang sangat sedap ini....


Blueberries Cheese Tart

Blueberries Cheese Tarts
Menghasilkan: 24 biji 

Pastri:
100 gram butter (salted)
75 gram gula halus
200 gram tepung gandum
1 biji telur 
1/2 sk esen vanila

Putar butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur serta esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati.  Masukkan tepung dan digaul rata sehingga menjadi doh.

Bulat bulatkan doh dan tekan di atas acuan tart. Cucuk dengan garfu utk mengeluarkan udara. Acuan tak perlu di gris. 




Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga keperangan. Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling. 




Nota:
Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau.

Tart shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.

Cream Cheese Filling:
250gram cream cheese- lembut
20gram butter (salted)- lembut
60 gram gula kaster
1 biji telur 

Putar cheese, butter dan gula sehingga kembang dan berkilat. Masukkan telur dan putar hingga sebati.

Sudukan blueberries ke dalam pastri tart yang telah dibakar tadi. Kemudian tuang adunan cheese atas blueberries hingga menutupi bahagian filling dalam pastri.



Blueberries Cheese Tart


Buat pattern dengan melorek menggunakan toothpick. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit


Blueberries Cheese Tart



Angkat dan boleh dihidangkan.  Sedap dimakan sejuk, jadi boleh di simpan di dalam peti sejuk seketika.

Nota
Biarkan cheese dan butter seketika tapi jangan sampai  ke suhu bilik. Biarkan masih sejuk sedikit ketika diputar.

Sebaiknya mula memutar filling cheese setelah selesai memasukkan filling blueberries ke dalam crust supaya cheese tidak lama berada di luar. Siap jer, boleh terus dituang ke dalam crust.

Cheese Tarts yang telah siap di simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.


Blueberries Cheese Tart

Blueberries Cheese Tart




36 ulasan:

  1. yummy....pandai nana mcm mama azie....antar lebih ke sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikee, Alhamdulillah kerana anak anak semua minat dan pandai memasak.

      Padam
  2. Balasan
    1. Sangat sedap sambil boleh menternak lemak. Hahaha

      Padam
  3. Salam aunt, adunan ni boleh buat berapa biji cheese tart ya? Terima kasih :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum
    Just nk tya lets say kita guna butter unslated n tmbh sedikit grm ...is that ok?
    thanks :)

    ::nana::

    BalasPadam
  5. Kalo x bkr pas cheese tarr da siap ltk filling xpe ker?
    Ape tujuan kite bakar tuk 10 mnit tu erk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam cheese tu ada telur semua. Bakar utk cheese masak.

      Padam
  6. blueberries fillings tu jem blueberry je ke?

    BalasPadam
  7. Assalam , kalau kite gune blueberry paste instead of blueberry filling takpe ke ? TQ .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna apa apa jer yang disukai.

      Padam
  8. Kalau pakai tepung biskut or red rose flour ok x sbb sy masih ade baki tepung tuh.

    BalasPadam
  9. saiz tart shell ni 2 inch ye ?

    BalasPadam
  10. Salam, kalau x letak butter masa buat cream cheese tu blh kan?

    BalasPadam
  11. Pakai jem blueberi jenama ape ea?saya pernah cari jem blueberi tu..tp cam ssh je nak jumpe yg ade tanda halal..suke ngn blueberi jem tu..nak tukar jem lain cam tak best je..huhu

    BalasPadam
  12. As salam kak azie..sya slalu follow resipi kak zie utk jd rujukan...tbukti resipi yg kak zie tunjukkan kat cne...tq kerana byk sharing..

    BalasPadam
  13. Assalammualaikum kak......nak tanya kalau nak buat tart telur mcm mana yer......mksud saya filling telur dia mcm mana nak buat??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Kacau sebati bahan bahan filling.

      1/2 cwn susu cair
      2 biji telur
      1/2 cwn gula pasir
      1/2 cwn air
      1/2 s/mkn tepung kastard
      1/2 s/teh esen vanilla
      sedikit pewarna kuning

      Padam
  14. Pattern tu..terhasil dr blueberry yg kita dh bubuh kt dlm tu ke..

    BalasPadam
  15. Assalam,, sis, apa yg sis guna tuk buat pattern tu? Blueberry jga?

    BalasPadam
  16. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum,tart ni blh d bakar pakai cara lama x... if xde oven..blh bakar pkaii periuk pengukus ke?

    BalasPadam
  18. salam alaik..filling cheese tu lpas bakar akan keras ke x??
    da bkar lme..n atas dye keras je..bila mkan dlam tu mcm cair..
    mkan tu time da tnggu tart sjuj..

    BalasPadam
  19. Salam nak tnye doh tu perlu disimpan dlm peti ais dulu ke sebelum dimasukkan ke dlm acuan???

    BalasPadam
    Balasan
    1. x pyh simpan sis..rest kn kjap doh dia then terus buat

      Padam
  20. Sedapnyaa..selalu cari resepi pasti auntie azie jugak nak cari..

    BalasPadam
  21. dah try! n sedap!! Ty azie kitchen..i alway follow your resepi if i masok ke dpur..so far,your resepi semua mnjd n tiptop..may allah murahkn rezeki u...😊😊

    BalasPadam
  22. Salam, nak tanya kenapa crust yang telah diisi filling lepas 5-6 hari jadi lemau walaupun letak dalam bekas kedap udara dan dalam peti?

    BalasPadam
  23. salam sis...nak ty..kl dibakar dahulu shell dia selama 20 minit..pas msuk filling..bakar plak 10 minit...shell tar sy menjadi keras...ada petua x..supaya xkeras

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum azie..
    Saya dh cuba.. Alhamdulillah.. 1st time try.. Menjadi... Cuma saya kurang kn sikit quantity gula.. Cuma mungkin jenis butter yg saya guna kn.. Adunan menjadi sedikit lembik.. Jadi,.. Saya tambahkn lg tepung utk menjadikan doh sesuai di uli.. Finishing dia... Walla.. Sedap gilerrrr.. Thank you for the lovely recipe.. Moga Allah merberkati azie sekeluarga.. Mintak halal ya.. Saya buat niaga

    BalasPadam
  25. Kenape cream cheese saya lembik x pekat . Sbb ape yer

    BalasPadam
  26. Sy minat sgt2 blog akak..slalu amik resepi dr sini..dan ada yg sy buat ntk berniaga..mohon halal ye kak..sgt2 menjadi dan sedap..semoga rwzki dan ilmu kak makin bertambah..insya allah..

    BalasPadam
  27. Blueberry tu buat ke beli?

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon