8 Feb 2013

Alhamdulillah Tempahan Red Velvet Cupcake Lagi



Red Velvet Cupcake

Alhamdulillah sebelum pergi bercuti sempena Cuti Tahun Baru China, saya masih lagi menerima tempahan untuk Red Velvet Cupcakes yang sangat moist dan menjadi pujaan ramai itu. Inilah rezeki anak anak, sebelum Nana memulakan housemanship program bulan Mac, dapat lah juga mengambil tempahan dan mendapat duit poket. Syukur ke Hadrat Illahi dengan rezeki yang dikurniakan. Itulah yang dikatakan bahawa Allah akan memberi rezeki pada setiap hambaNya. Tanamkan sepenuh keyakinan di dalam hati supaya tidak berkeluh kesah dan berserah segalanya  hanya kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Berbalik kepada tempahan hari ini, saya masih menggunakan resepi cupcake dan frosting sama yang  pada saya sangat sesuai dengan selera dan citarasa saya. Oleh kerana kawan baik saya menempah untuk dijadikan hadiah CNY, maka saya telah mengikat riben berwarna merah sesuai dengan warna tema perayaan ini. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua pembaca blog saya yang berketurunan Cina walau di mana mereka berada.



Red Velvet Cupcake



9 ulasan

Sgt menarik cara pembungkusannya

Terima kasih. Semua kerja tangan anak anak lah tu

kak zie..akhirnya buat jugak frosting dr jucey cafe feveret nikee ni.semalam green velvet nikee buat dr resepi akak mmg best sgt..tqvm

Alhamdulillah, semoga kita terus berjaya.

mcmner nk wt tempahan n harganya mcmner?

Fiza,
Email kat azieshoppe@hotmail ya

nak order lam 30pcs,brape ek?reply saye kat moshi_dew@yahoo.com(izza)

Done, dear. I have emailed.

tqvm kak azie..sy suka follow blog akk dan suka cuba resepi akk....ur superb sis...lebiu


EmoticonEmoticon