10 Jan 2013

Tempahan Cotton Soft Japanese Cheesecake dan Kek Karamel



Cotton Soft Japanese Cheesecake

Teringat saya semasa Kamal, rakan sepejabat mencadangkan supaya saya membuat kek dan kuih muih untuk jualan jika saya telah bersara dari perkhidmatan, saya hanya ketawa kerana memang saya tidak berminat untuk menceburi bidang ini walaupun memang berminat membuat kek dan biskut sejak dari sekolah rendah lagi. Tapi .... Itulah perkembangan teknologi kadang kadang membantu bila asyik melihat gambar masakan yang di post oleh kawan kawan samada di blog atau di facebook. Melihat kawan kawan yang mengambil tempahan, menjadikan saya sangat teruja. Lagi pulak, kalau hari hari membuat kek dan biskut, pastinya sangat mewah dan siapa yang ingin memakannya. Jadi dengan mengambil tempahan, dapatlah mengasah bakat dan juga untuk dimakan sendiri.



Selama ini, apa yang saya tahu ialah jika ingin membeli kek, pergi ke kedai kek yang kebanyakan pemiliknya adalah Cina. Setiap kali membeli kek harijadi anak anak, pasti kami mendapatkannya di kedai kek. Saya tidak tahu jika ada kek dan biskut yang disediakan secara homemade oleh orang orang Melayu ketika itu. Jika saya tahu sudah pastinya saya menempah kerana pertama ianya dibuat oleh orang Islam yang kita tahu siapa yang membuatnya dan kedua kerana ianya dimasak secara homemade yang pastinya lebih sedap berbanding dengan mass production.

Huuish celoteh apa lak ni, bukan main panjang. Yang nak citer kat sini ialah kali ini, kami mendapat tempahan 2 biji kek Japanese Cotton Soft Cheese Cake dan Kek Karamel dari adik ipar saya, Zatul untuk makan makan di pejabat beliau. Kedua duanya pernah saya cuba sebelum ini dan memang sedap. Keknya seperti mencair di dalam mulut dan memang mengasyikkan sekali. Aduhaaai, kalau bercakap pasal makan, memang saya sangat sangat teruja. Saya agak cerewet kalau bab bab makan ni, kalau yang sedap pasti saya akan mengunjunginya berkali kali. 

Namun saya agak kurang berpuashati dengan kejadian kek karamel hari ini. Saya menyediakannya sebaik balik dari pejabat dan bila badan dah penat, mulalah mood pun ke laut. Kejadiannya agak kurang cantik kerana saya tak sabar nak mengintai air gula dalam kek, jadi saya lalukan pisau di kala kek belum betul betul sejuk. 

Keduanya pula kerana saya menggunakan resepi yang sepatutnya menghasilkan lapisan karamel yang tebal tetapi apa yang terhasil ialah lapisan yang tidak setebal yang diharapkan. So macam mana tu. OK bagaimana pula dengan Cotton Soft Japanese Cheesecake yang separuh dah hilang dari pandangan. Haa itulah tanda betapa enaknya kek ini. Kalau ada sesiapa berminat untuk membuat tempahan, boleh email di azieshoppe@hotmail.com untuk maklumat lanjut.


Cotton Soft Japanese Cheesecake


10 ulasan

Tengok Cotton Soft Japanese Cheesecake, sambil sibuk sibuk di dapur, mulut asyik mengunyah jer. Separuh dah habis

best..best..tgk gbr ni tringin nak buat sendiri..tp x mau amik risiko...hehehe

Hahaha gambar ambik tengah malam, tak berapa cantik lah.

cantikk gebu kek tu kak...

Kalau makan selalu selalu, dengan kita sekali jadi gebu

Azie, your cotton soft Japanese Cheesecake is perfect! No cracks and looks very smooth.

Menjadi le kek2 tu, tmbah menjdi klau dh masuk mulut!

Hahaha setengah biji kek hilang tanpa disedari


EmoticonEmoticon