Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Karamel Untuk Zatul


Kek Karamel

Kek karamel ini disediakan atas permintaan Zatul bersama sama dengan Cotton Soft Japanese Cheesecake untuk makan makan di pejabat beliau. Bila mendapat tahu yang Zatul ingin menempah Kek Karamel untuk dimakan sendiri, saya terus menghantar mesej memberitahu yang kek ini saya berikan untuk dia. 


Kek Karamel

Untuk rujukan di masa masa depan, saya ingin catatkan di sini penyediaan Kek Karamel menggunakan resepi yang menghasilkan lapisan karamel yang tebal dari yang pernah saya buat di SINI. Walaupun saya melihat gambar gambar yang dipost oleh kawan kawan, macam lebih tebal dari apa yang saya hasilkan, namun bila dibandingkan dengan resepi sebelum ini, saya harus berpuashati.

Jom layan gambar gambar yang diambil semasa penyediaannya. Saya menyediakannya dah petang iaitu sebaik balik dari pejabat, jadi gambar gambarnya tidak berapa cantik kerana terpaksa bergantung kepada lighting di dapur sahaja. Resepi yang saya gunakan kali ini adalah seperti di bawah...

Kek Karamel

Kek Karamel
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A - Gula Hangus
½ sudu besar gula pasir

Cara-Cara:
Sediakan loyang bulat 8 inci.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang.

Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak retak dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.


Bahan B - Adunan Karamel
1 tin susu cair
60gm gula castor
½ sudu kecil esen vanila
2 biji telur
3 kuning telur

Cara-Cara:
Kacau susu dan gula hingga gula larut. 
Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan supaya tidak berbuih.

Satukan kedua dua bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.

Bahan C - Adunan Kek 
140 gm tepung gandum
60 gm gula kaster
3 kuning telur
135 ml air
45 ml minyak
1 sudu kecil baking powder

Cara-Cara:
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.

Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.

Masukan sikit sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.

Bahan D - Bahan Meringue
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70 gram gula castor
1 sudu kecil serbuk cream of tar-tar

Cara-Cara:
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.

Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)

Masukkan  bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.

Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.

Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.



Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal awal memang akan terapung di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap)


Buat begini sehingga ¾ adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna. 

Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapisan warna. Lorekkan atas adunan dengan lidi. Tapi jangan sampai ke lapisan telur. 

  
Kek Karamel

Panaskan oven pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja. 

Kaedah Steam Bath: 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.

Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi.

Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam 10 minit atau sehingga kek benar-benar masak. 


Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran ½ jam pertama. 

Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang. Guna pisau kek sekeliling kek, jika mahu. Sendengkan loyang untuk mengeluarkan air karamel sambil tangan sebelah lagi memegang kek supaya tidak jatuh. Letakkan kertas tisu dapur supaya menyerap air.

Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan supaya tak terendam).

Kek Karamel

Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan di kala sejuk.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

24 ulasan for "Kek Karamel Untuk Zatul"

  1. Hi Kak,

    Such a lovely birthday cake and butterfly cupcakes.

    Saya nak tanya pendapat akak pasal tanam rumput di laman rumah. Ada cow grass, pearl grass, rumput filipina, carpet grass. Agaknya rumput mana yg bagus dan low maintenance?

    Ada bangla potong rumput di kawasan rumah saya. Hari itu ada tanya dia, berapa harga kalau nak tanam carpet grass. dia kata dalam RM5 ribu kerana perlu keluarkan sedikit tanah yg sedia ada, dan letak tanah/pasir baru sebelum tanam rumput.

    Regards,
    Sally

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling mudah dijaga ialah cow grass. Rumput carpet rumah kami dah bercampur dg rumput liar.

      Padam
  2. Kak, saya nak tanya la. Saya ada buat cake ni. Tapi bila dah siap bake and cake tu dah renggang, cake tu dlm keadaan goyang2 lagi. Tapi dia mmg dah masak. Lepas tu air caramel tu banyak. Bila saya nak terbalikkan, mesti cake tu jadi sembap sebab dah terkena air caramel. Ataupun memang akan jadi mcm tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zafira,
      Bila test kek dg tester sebagai dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sehingga merenggang. Memang akan ada goyang sedikit sebab karamel tu lembut. Sendengkan sedikit loyang, tangan pegang kek dan keluarkan air. Selepas diterbalik, lap lap keliling kek dg kitchen paper.

      Padam
  3. Ok kak. Memang cara dia kena masukkan dalam loyang lagi besar dengan air panas eh kak. Saya guna oven biasa je. Mula2 saya ingatkan kena letak jarak skit dari loyang air panas. Ok terima kasih Kak Azie. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air panas boleh jer masukkan dalam dulang biskut besar tu.

      Padam
  4. LISTEN LISTEN LISTEN!!! bukan pe, cume nk tarik perhatian si blogger yg murah hati berkongsi resepi ni. sy ade masalah dlm pembikinan kek ni. sy perasaan masa anda letak adunan kek atas karamel tu, adunan terapung, sy da cube buat 2x, tp adunan kek tetap x terapung, adunan macam tenggelam dlm puding susu karamel tu... TLG SY!! APE SILAP SY??? REPLY AS SOON AS POSSIBLE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang akan terapung. Baca step by step atas sekali lagi. Telur putih betul betul kembang tak? Hingga adunan kental tak?

      Padam
  5. Bagusnye kak azie.jawab sume soklan.actually masalah saya pun sama cam diorg.kek x tenggelam n air karamel sememeh kt kek.thanks...trjawab sudah keconfusesan ku slam ini.lop u....mwaaaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya kalau kek tak terapung tu, kemungkinan telur putih tak dipukul sehingga kental kot. Jadi ianya menjadi berat. itu sebab tenggelam.kena pukul hingga diterbalikkan pun telur putih tak jatuh

      Padam
  6. Hari ni batu cuba buat kek ni...bila dah nak bersalin ni, keinginan utk cuba tu membuak2 la pulak...thanx azie sbb kongsi resepi ni...nsnti saya nak kongsi hasilnya kat blog saya pula...he ye

    BalasPadam
  7. salam sis..nk tnya klu sy nk guna cara kukus blh ?

    BalasPadam
  8. Salam kak azie.. Tringinnye nk buat kek resepi kak azie ni bile tgk pic nye... Cam best jee... Nk tanye.. Kek ni bleh kukus x?? Kalo bleh, brape lame nk kukus...? Tq

    BalasPadam
  9. assalamualaikum sis,saya slalu guna resepi sis dlm blog ni. terima kasih kerana kongsikan resepi yg mmg compem jd. kek ni saya dah cuba bebetapa kali. kali pertama try pun dh mendapat pujian ramai. tp sis,untuk kali yang 4/5 saya mempuyai masalah karamel x stabil di atas kek. kenapa masalah tu timbul agaknya. than warna kek meresap pada karamel. harap sis dapat bantu.

    BalasPadam
  10. Assalam kak azie...saya dah buat kek ni...caramelnya menjadi..tp kek sedikit keras(tak gebu dan lembut)..
    Apa silapnnya yer...adakah saya terlebih letak tepung??

    BalasPadam
  11. Baru tengok resepi td and baru buat td utk buka puasa. Siap bagi jiran jiran sikit rasa. Alhamdulillah menjadi. Dah buka baru rasa. Kek sangat lembut. Perfect recipe ni. Thankyouuuu

    BalasPadam
  12. assalamualaikum kak azi,kiranya karamel x perlu kukus dahulu ke?

    BalasPadam
  13. X boleh ke kita kukus dulu puding tu then agak2 dh keras ckit kita ltak adunan kek.. Kukus skli lg spai masak. Boleh x?

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum kak...sy dh buat 2x ok sgt tp kali ke 3 sy buat karemel tu dgn kek tk bercantum.kiranye kek ngn karemel tk melekat.knp ye kak.pelik sgt.

    BalasPadam
  15. Assalam kak nak tanye kalo guna gula halus bole ke? N satu lg mcm mn nk thu kek betul2 dh masak perlu ke test dgn lidi?? Confius sket dkt kek..tq kak

    BalasPadam
  16. Salam... Kalau tak ada tar tar tukar dgn apa ya?

    BalasPadam
  17. sis, sy ada soalan.. kenapa ya kek sy bila sejuk, dia jd kecut. kek sis sy tengok lapisan kek dan puding selari di bahagian tepi. tapi sy punya kek nya mengecil dari karamel (karamel lebih lebar). Adakah kerana kek sy terlebih bakar?

    BalasPadam