Donut Labu Yang Sedap









Kakak saya membawa banyak buah labu yang asalnya untuk dibuat sira labu sebagai hidangan sampingan semasa majlis pertunangan Nana. Tetapi entah mengapa ianya tidak dibuat seperti yang dirancangkan. Oleh kerana ada beberapa biji buah labu yang masih belum dipotong, saya mencari cari resepi yang menggunakan buah labu apabila terpandang resepi Donut Labu di blog Che Mat Gebu. Tapi saya dah edit sedikit mengikut cara saya mengadun doh tadi. 

Sementara Juita menyiapkan bahan bahan untuk dibuat kek, saya membuat adunan untuk Donut Labu. Cepat sahaja menyediakannya. Dan yang pasti rasanya sangat gebu, sangat lembut dan sedap. Apa lagi saiz yang dibuat adalah saiz kecil comel yang sekali masuk mulut sahaja.... Kalau ada stok labu di rumah, memang elok kalau dibuat Donut Labu yang sangat mudah ini.

Jom tengok resepinya di bawah...




Donut Labu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
200 gram tepung gandum (tambah beberapa sudu lagi)
1 1/2 sudu kecil instant yeast
100 gram labu manis, kukus dan dilecek halus
50 gram gula halus
1 1/2 sudu besar mentega
1 kuning telur
1/2 sudu kecil garam (tak letak)
1 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla (tak letak)
60 ml air (tak guna pun)
Coklat masakan, kekacang atau gula halus untuk hiasan

Cara cara:
Dalam mangkuk kecil, satukan labu yang dilenyek, susu, mentega dan kuning telur.  Dalam mangkuk yang lain, satukan tepung gandum, yis dan gula.

Kemudian satukan kedua dua bahan di atas dan digaul rata sehingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Kalau perlu, tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul. Saya langsung tak masukkan air. Rehatkan selama 15-20 minit. 

Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tekan tekan sedikit dan canai setebal 1cm, terap dengan acuan donat, letak atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan lagi untuk 20 - 25 minit.

Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada semua bahagian donat. 

Hias ikut kreativit anda samada  menggunakan coklat, kekacang atau gula halus. Bolehlah hidangkan dengan teh O sebagai hidangan petang.





Donut Labu Yang Sedap Donut Labu Yang Sedap Reviewed by Azie on December 28, 2012 Rating: 5

5 comments

  1. Aduhaii... comelnya donut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kecik kecik, senang makan. Sekali masuk mulut jer.

      Delete
  2. kak zie buatlah pumkins bread puding sedap cume kak pakai roti butterscotch gardenia..kak letak walnuts,raisin,pisang ,prunes dll..akak tak yah rebus dah labu tu..pastu letak cinnamon powder dan kastad telor..bakar makan dgn ginger kastad sossedap..buat kalabasa pun sedap @leche flan pumpkins

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, boleh cuba sebab labu masih banyak

      Delete
  3. Cam menarik..nak try buatla..
    Sy ima.

    ReplyDelete