Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Vanilla Butter Cake


Vanilla Butter Cake

Saya memang peminat kek Mentega atau Kek Marble yang simple tetapi gebu dan moist. Kalau sebelum ini, saya telah membuat kek Marble di SINI yang memang menepati citarasa saya, tapi itu tidak menghentikan usaha saya untuk terus mencuba resepi resepi kek butter yang sedap. 

Kek Mentega yang saya sediakan sebelum ini di SINI juga sangat sedap. Kali ini saya terpandang resepi  Kek Butter Mrs Ng SK di blog Wendyinkk. Melihatkan gambarnya, yaa aaampuun, terduduk saya dibuatnya. Hmmm.... speechless. 

Serious... waktu terpandang kek itu, saya sedang menunggu untuk boarding flight Qatar Air ke Egypt sempena majlis konvokesyen anakanda kami yang dikasihi, Dr Nana Ain. Jika tidak, pasti masa tu juga saya masuk ke dapur dan membuat kek ini.


Vanilla Butter Cake

Sekembali dari Egypt, saya masih lagi kepenatan, namun ianya tidak menghentikan keinginan saya untuk menikmati homemade butter cake. Bila saya cadangkan pada Juita, dia setuju untuk membuatnya bersama sama dengan saya. Haaa lega kerana bila ada pembantu, kerja menjadi lebih ringan, mood yang tak ada pun akan kembali menyala nyala gitewww...

Vanilla Butter Cake

Hmmm kek ini rasanya sangat gebu dan lembut bak kek sponge. Ianya seolah mencair di dalam mulut tanpa perlu dikunyah. Makan beberapa ketul tanpa disedari kerana teksturnya yang lembut gebu bak salju gitew. Sedap bagi mereka yang suka kek sponge tapi saya lebih menyukai kek yang sedikit padat dan lembab. 

Kek ini bila dimakan selepas beberapa jam, mula terasa moist. Anak anak saya pulak suka tekstur kek seperti ini. Lain kali saya akan cuba menggunakan resepi ini tetapi diadun cara penyediaan kek biasa. Agaknya bila telur putih diputar berasingan menjadikan keknya seperti ini. Jom tengok resepi kek mentega seperti di bawah....

Vanilla Butter Cake

Vanilla Butter Cake

Bahan bahan:
230 gm butter (salted) - lembutkan  
200 gm telur tanpa kulit (4 biji gred B) 
50 gm + 150 gm gula kaster
200 gm tepung naik sendiri - ayak 
60 ml susu segar/wholemilk
1 sudu kecil vanilla extract

Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.

Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.

Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika. 

Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.

Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.



Biarkan di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya di atas redai.


Vanilla Butter Cake


Vanilla Butter CakeVanilla Butter Cake

Nota:
Kalau nampak bahagian atas kek sudah keperangan, boleh kurangkan suhu oven atau boleh juga dilapik dengan aluminium foil.

Vanilla Butter Cake

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

81 ulasan for "Vanilla Butter Cake"

  1. Nampak sedap..kena cuba ni..walaupun dh tak boleh ambil makanan berlemak sgt tpi demi anak2..nk cuba juga buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita makan sedikit pun dah cukup. Asal dpt merasa jer

      Padam
    2. nmpk cm sedap.nk cuba lah

      Padam
  2. pohon kongsi resepi yer kak...saya nak cuba buat kek ni, saya guna hand mixer elba yg harga 35 inggit jer...:0 harap2 berjaya,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. Insya Allah menjadi dengan baik wp menggunakan mixer apa pun

      Padam
    2. mohon share boleh....nak mencuba juga.

      Padam
  3. susu jenis apa ni? cairkah,susu pekatkah,atau susu tpg?

    BalasPadam
  4. Mcm sedap jer... Nk cuba ler....

    BalasPadam
  5. Salam,bru ahad lepas sy try buat kek ni...alhamdulillah jadik.rasanye sedap sgt..
    Sekejap je dah abes,hehe.thanks a lot kak azie ..
    From:farah

    BalasPadam
  6. So soft kan, mcm cair jer dlm mulut

    BalasPadam
  7. Salam, saya terjumpa blog puan masa tengah gugel resipi butter cake. Saya dah try mcm2 resipi butter cake, tapi yg ni nampak melelehss sgt. Saya cuba buat ptg ni insyaallah. Tq kerana berkongsi...

    BalasPadam
  8. As salam, thanks sgt2 sy dh cuba buat memnag menjadi dan sedap....

    BalasPadam
  9. salam kak, nampak sangat sedap butter cake ni! tapi saya xde mixer, kalau kacau pakai tangan je jadi tak kek tu nanti?
    -shahida-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shahida,
      Memang boleh buat manual tpi susahlah. Telur tu mesti benar benar kental hingga diterbalikkan, tak akan jatuh. Hasil nya mungkin tak sama, jika dipukul secara manual

      Padam
  10. Saya calon PMR 201311 Mei, 2013 11:50

    Ass.

    Resepi ni guna tepung naik sendiri tapi kalau saya nak guna tepung gandum biasa boleh?
    Masih merangkak lagi belajar baking hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga tp kena guna baking powder

      Padam
    2. kak azie, mcm mana ya nak sukat baking powder klu pakai tepung gandum biasa?

      Padam
  11. Nmpk sedap. Nak cuba laah. -yus

    BalasPadam
  12. I dah Buat resepi ni tadi...mmmmyummy...lembuttttt sangat

    BalasPadam
  13. kak, nak tnya, butter brand apa kak guna?selalu saya guna planta je tapi kek x gebu..

    BalasPadam
  14. kak, nak tanya, butter brand apa kak guna?
    sebab selalu saya guna planta je..tapi kek x gebu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna butter asli bermutu tinggi barulah sedap. Nama pun kek mentega kan. Beli macam jenama Anchor ke

      Padam
  15. akak...kalau x guna ekstrak vanila blh x....leh ganti yg lain x???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna esen vanila tp rasanya tak sama lah

      Padam
  16. boleh guna microwave oven tak..., klw mcm tu berapa min kena setkan. tq

    BalasPadam
  17. salam..akk guna butter brand ape iye?sy nk cuba buat kek ni arini :)

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum sis... sy da buat resipi nie.. sgt sedap gebus dan so soft.. buat utk my mom yg mmg suka buttercake... cuma sy tukarkan freshmilk tu dgn susu tepung penuh cream yg dibancuh dgn 60ml air. Mmg sdp.. thanks for the recipe ya sis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis bancuh susu tepung tu brp sudu susu n air brp ml sis?

      Padam
  19. Nmpk myelerakn. Msti kna cuba ni. Mohon share yer.

    BalasPadam
  20. Akak,bakar gn api atas bawah atau bawah sj?sygn oven pensonic biasa

    BalasPadam
  21. salam. kek tu sungguh menyelerakan. boleh saya tahu jenama butter yg cikpuan gunakan?

    BalasPadam
  22. Ptg smlm sy buat ikut sbjik rspi ni siyes super duper nyummy..Sedap sesangat rsanye, shre lh rspi cke lain lgi sis :)

    BalasPadam
  23. Dah try, sedap rasa kek tu, terima Kasih kerana kongsikan Resipi :)

    BalasPadam
  24. Saya baru buat...sgt la sedapp!! Tx

    BalasPadam
  25. Aku tak faham...bahan2x ada tepung naik sendiri....bila cara membuat ada tepung gandum pulak......?lagi satu....telur tanpa kulit?telur rebus ke?pls help me....waaawwaaaaaa......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Sally. Ya use only self raising flour. Yang telur tu, pecahkan telur baru ditimbang jumlah yg diperlukan.

      Padam
  26. Knp ble sy buat kek tu jd lekuk di tgh..dh 2x buat..sy guna oven morgan biasa je..api ats bwh pn cmtu..guna api bwh sje pn cmtu..tp rsa mmg hot la..best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek ini memang sangat mencabar utk dihasilkan dengan baik. Masalah utama ialah merekah di permukaannya. Kena sukat bahan bahan dengan tepat dan ikuti cara cara penyediaan dg teliti. Kemungkinan mentega terlebih kalau lekuk atau mendap di tengah. Oven juga berbeza. Perhatikan jika telah nmpak keperangan tetapi belum masak, boleh adjust suhu oven.

      Padam
  27. kenapa 50gm + 150gm gula kaster...(gula yg sama atau lain2?...)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gulabyang sama tapi digunakan masa yang berbeza. Kena baca cara cara menyediakannya, baru faham kenapa 2 sukatan. Jumlah semua gula adalah 200 gram

      Padam
  28. Salam Kak Azie, adunan ni boleh dapat berapa kg ye? if nak buat 2kg kek kene darab 4x dari bahan tu semua ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tak pasti pulak kerana tak pernah timbang. Buat utk makan sendiri sahaja

      Padam
  29. Thank utk resepi kek yg sedap... nk knp kek sya bahagian tngah sampai gebu.. belah bwh jd x gemu.. mendap

    BalasPadam
  30. Terima Kasih Kak Azie share resepi yg super Yümmy!!!

    BalasPadam
  31. Say dh try buat.....mmg sedap

    BalasPadam
  32. sy dah try buat....mmg superb....kek ..betul kata kak..azie...ank sulong sy suka sngat...trm kasih share resepi

    BalasPadam
  33. Nak tanya,telur tanpa kulit tu ape maksudnya?...

    BalasPadam
  34. sofie : saya nak tanye keanapa ye atas saya dah perang sangat tapi dlmnye masih belum masak? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin suhu oven yg terlebih. Oven berbeza kepanasan. Jd mungkin kena kurangkan suhu dan tambah masa membakar.

      Padam
    2. Maaf mencelah.. saya penah jgk kena mcm tu.. atas dh perang cun dah tapi dlm lembik sangat2.. check2 rupenya suhunya saya lupe besarkan..😂😂 maka atas bawah je yg masak.. tgh2 xmasak lansung.. dari 150 sy naikkn jd 170 barulah dlm masak.. tapi ... atas bawah hangittttt 😢 tapi sedap sgt2.. husband bukan jenis suke makan kek tapi berulang2 dia makan kek tu.. nak baking mmg kena ade ilmu yg cukup.. tapi tak luntur smgt.. esok nak buat lagi.. hope better than before.. kak azie mintak halal ye resepi ni.. 😊😊

      Padam
  35. Sy dh penah buat ikut resepi ni...huwaaaa xckup sume berebut makan sbb sedap sgt...hrini nak try buat lagi..harap2 mnjadi mcm 1st time buat dulu..thanks share resepi ni sis azie..

    BalasPadam
  36. Tima kasih kak... Sy dah buat, mmg trbaekkk...

    BalasPadam
  37. Tima kasih kak...sy dh buat kek butter kak, mmg trbaekkk...

    BalasPadam
  38. Saya suka tngok resipi pn azie,saya pun student egypt jgk doakan saya ya

    BalasPadam
  39. resepi ni ..klu kukus blh x k.azie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti. Semua kek boleh dibakar atau kukus. Tapi kejadian kek kukus, agak kurang cantik

      Padam
  40. Kek ni if guna susu biasa boleh tak ? Means susu pekat manis

    BalasPadam
  41. Kek ni sesuai letak frosting x?

    BalasPadam
  42. Anak saya memang suka makan butter cake. Terima kasih atas resipi ini. Boleh saya cuba nanti.

    BalasPadam
  43. Mmg mesra..kebanyakan resipi di sini menjadi.. tkasih pd Sis Azie

    BalasPadam
  44. Boleh tak nak letak blueberry dlm kek ni?

    BalasPadam
  45. Alhamdulillah kak saya dah cuba. Mmg sgt2 sedap. Satu family suka

    BalasPadam
  46. Thanks.. Semua resepi sis saya cuba semua menjadi.. Thnk you so much😃

    BalasPadam
  47. Mohon share resipi akak ye...nk try...saya suka lawat blog akak ni..thanks..

    BalasPadam
  48. Assalammualaikum,nak tanya ada beza ke kalau telur putih dipukul berasingan ?

    BalasPadam
  49. Salam kak azie,boleh tak kalau resepi ni saya nak ubah jadikan kepada cupcake?

    BalasPadam
  50. Assalam kak azie. . T. Kasih share resepi ni.. Memang sedap sgt.. . Sya dh cuba.. Moga kak azie bertambah murah rezekinya..

    BalasPadam
  51. Terima kasih!😘Saya dah cuba.

    BalasPadam
  52. Salam.kak azie..few times sy dh cuba resepi.ni..mmg superb
    Tp nk tny, bole ke resepi ni diolah jadi orange butter cake?

    BalasPadam
  53. assalamualaikum puan. kalau dari sukatan ni sya nak buat pkai loyang 20cm 8 inch untuk jdikan 2 bji kek bertingkat boleh ke puan? pkai sukatan yang sama

    BalasPadam
  54. Assalam Azie..
    Vanilla extract tu apa eh.. Bukn esen vanilla eh☺..

    BalasPadam
  55. Menjadi anak2 dan husband suke...resepi yg mudah diikuti

    BalasPadam
  56. Assalamu'alaikum....mohon guna resepi ni ye..

    BalasPadam
  57. Kalau guna telur A berapa gram kak azie

    BalasPadam