7 Oct 2012

Nasi Lemak Dengan Sambal Tumis Telur Rebus Pulak


Sambal Tumis Telur Rebus

As salam semua. Pagi pagi hari minggu ni, apa agaknya sarapan yang nak disediakan untuk keluarga yang tersayang ya. Atau kalau rasa malas, beli jer nasi lemak yang dijual di gerai gerai tepi jalan tu.  Semalam saya masak nasi lemak, pagi ini nasi lemak lagi. 

Hmmm boleh bayangkan tak bagaimana sedapnya nasi lemak, sehinggakan setiap pagi bersarapan dengan nasi lemak yang dimasak sendiri, yang sedap giler tu.... haaa jangan mengutuk pulak.... biasalah kan orang yang memasak seminggu atau 2 minggu sekali, tentulah merasa apa yang dimasak sendiri sebagai sedap kerana nasi lemak atau lauk pauk kedai yang dijual tu tak sedap. 

 Sambal Tumis Telur Rebus

Tapi terpaksa juga ditelan kerana tak ada pilihan. Pagi pagi mesti ada dilema nak makan apa, nak makan di mana. Paling saya tak suka, bila kita tengah memikir apa yang nak diambil, sibuk depa dok bertanya nak minum apa. Last last jawab air kosong jer. 

Nasi Lemak Dengan Sambal Tumis Telur Rebus

Pagi ni saya masih memasak nasi lemak cara semalam sebab lepas ni nak ke majlis tahlil sahabat baik saya di Taman Tun Hussien Onn. Saya letakkan resepi nasi lemak di bawah juga untuk rujukan anak anak saya di masa hadapan. Klik di SINI untuk lihat nasi lemak semalam, cuma lauknya saya masakkan Sambal Tumis Telur Rebus yang memang kaw kaw bila 6 bulan sekali dapat  makan.  

Memang sedap sangat, mengingatkan lauk semasa kecil kecil dulu. Telur tu selepas direbus digoreng seketika. Rahsia membuat sambal tumis yang sedap saya pelajari dari anak sepupu saya, Cik gu Wan Faizah. Mesti guna bawang besar yang banyak termasuk bawang merah dan sedikit bawang putih. Saya masukkan sedikit halia juga tadi. Lepas tu kena pastikan cili yang ditumis tu betul betul garing. 

Selepas garing masukkan gula dulu bagi mencantikkan warna sambal tumis. Haaa lagi satu, gula kena lebih sebab kena ada rasa manis sikit, baru kaw. Yang lain tu sama jer lah. Masukkan garam dan asam jawa atau asam keping. Ikut lah yang mana suka.

Bertambah sedap bila nasi lemak digandingkan dengan teh O Ahmed Tea yang dimasukkan sedikit saffron. Alaa sikit jer sebab saffron ni mahal kerana khasiatnya yang sangat tinggi. Semalam jenguk kat The Village, harga saffron dari Iran 1.5gram adalah RM44. Maak ooi mahal giler tu. Kalau ada sesiapa nak beli saffron, boleh pm saya atau email di azieshoppe@hotmail.com

Nasi Lemak Dengan Sambal Tumis Telur Rebus

Nasi Lemak Kukus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 cawan beras basmathi - basuh dan tos
1 kotak santan
3 kotak air - sukat dg kotak santan tadi
3 ukas bawang merah - hiris
1/2 inci halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun pandan - carik dan simpul
1 sudu besar majerin
Garam secukupnya

Panaskan majerin dan masukkan kayu manis dan bawang serta halia.

Masukkan daun pandan. Goreng sehingga wangi. 

Masukkan beras dan goreng seketika sehingga rata. Masukkan santan dan air. Akhir sekali masukkan garam. Biarkan nasi masak dan santan hampir kering.

Pindahkan nasi ke dalam periuk pengukus yang airnya telah mendidih dalam 20 minit. Sekali sekala dibalik balikkan. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nasi Lemak Dengan Sambal Tumis Telur Rebus


9 ulasan

salam azie, mmg best kalau dpt mkn nasi lemak...biasa Liza akan buat sekali dgn lunch, senang....hihihii

Liza, betul tu. kalau nasi lemak dimasak sendiri boleh makan dari pagi sampai tengahari. sedap jer. kalau kat kedai tu, entahlah kenapa depa tak tahu buat nasi lemak atau tak mahu letak santan lebih kot. rasa macam nasi putih jer.

Sama macam Liza, kalau Amie masak nasi lemak memang masak lebih, bpleh makan tengahari sampai petang... puas hati masak nasi lemak sendirikan Azie.

Amie, betul sangat sangat. Bukan sahaja puashati tapi sangat menjimatkan juga. Boleh makan menambah nambah dan berulang ulang kali.

Afternoon kak Azie, memang betul nasi lemak yang dimasak sendiri memang syok....Kami pun buat nasi lemak pagi ni, tapi nasi lemak sambal tumis and telur goreng je. Anak saya siap bawa bekal lagi masa ke tuition tadi.

Salam Kak Zie,
kalau buat nasi lemak ni...sllu buat lebih boleh sampai tghari :)

Naz, nasi lemak yang sedap cukup dimakan dg sambal tumis ikan bilis, telur rebus dan timun sahaja. Dah sedap sgt. Tak perlu pun pelbagai lauk pauk.

Mar, betul tu. saya boleh ulang ulang makan sampai ke petang


EmoticonEmoticon