19 Oct 2012

Meraikan Hari Jadi Aiman Di Alexandria


Percutian di Alexandria

Percutian di Alexandria



Setelah selesai sesi pre graduation photoshoot, kami balik ke rumah sewaan untuk bersalin pakaian dan terus mengambil teksi untuk ke Carrefour membeli bahan bahan untuk dimasak petangnya. Di sana kami makan di food court. Saya memesan kebab, manakala hubby pula memesan nasi lubnan dan mee chinese style. 


Percutian di Alexandria

Percutian di Alexandria


Percutian di Alexandria


Percutian di Alexandria


Nana dan kawan kawan bercadang untuk meraikan harijadi Aiman, jadi sementara dah memasak, kami menjemput sekali ibubapa mereka. Nana dan Izzad turut sama menolong saya di dapur dan ternyata Izzad agak cekap juga di dapur. 

Selepas Aida dan Mas tiba, giliran mereka pula untuk menggoreng nugget dan kentang goreng. Nugget di Alex sangat sedap. Alhamdulillah, siap juga nasi goreng cina, mee hoon goreng, nugget dan kentang goreng untuk hidangan tetamu. Selain dari itu, Izzad membeli juga 2 ekor ayam bakar berempah yang sangat sedap.

Percutian di Alexandria

Percutian di Alexandria

Percutian di Alexandria





Antara yang hadir ialah ibubapa Nad, Bob, Liza dan Azreen. Alhamdulillah gembira melihat ramai yang datang kerana bila sesama Malaysia berjumpa di perantauan, suasana memang sangat mesra dan meriah.

 



Percutian di Alexandria

Percutian di Alexandria


6 ulasan

salam sejahtera
berbahagialah dapat berukwah dgn teman2 di perantauan.sempat buat majlis lagi.
Nasi lubnan ke tu? byk betul dg dia..

Mama ju, mmg seronok bila bertemu sesama kita di perantauan.

Assalamualaikum. I seringkali juga melawat blog Kak Azie ni namun sekadar membaca sahaja. Seronook tengok hasil air tangan Kak Azie. Terpanggil untuk meninggalkan catatan di sini bila terlihat my cousin, Aida Nabila dalam posting ni.

Wslm Qalbi. Salam kenal. Ohh cousin Aida ya. Kami mmg kenal rapat dg abah Aida

bekas aluminiam teringat pengalaman menunaikan haji di Mekah..bilalah di Malaysia nk menggunakan bekas mcm tu, sy juga dh seronok tgk blog Azie dh satu kemsetian setiap hari..nk raya Haji ni apa cadangan Azie utk juadah Hari Raya nanti?

Hasida, tengok samada balik Kelantan atau tidak. Kalau di Kelantan, mestilah lauk pauk berasaskan daging iaitu gulai kerutuk, daging goreng, tulang singgang dsb.


EmoticonEmoticon