Homemade Chocolate






Ini haaa saje nak menayang kerja kerja mudah ni. Hari tu, ada lah kami anak beranak pergi window shopping ke kedai menjual barangan kek yang berjenama di Sunway Damansara. Memang semua barang barangnya berjenama dan harganya jangan kiralah. Apa klasss beli barang berjenama yang harganya murah. hihihi alah membeli menang memakai. Banyak lah senarai yang disediakan untuk dibeli nanti nanti. 

Tapi dalam pusing pusing beberapa keliling tu, yang beli hanya sebungkus chocolate compound jer. Gaya jer lebih tapi itu jer yang dibelinya. Balik rumah, anak anak memulakan operasi membuat homemade chocolate dengan hanya memasak nya secara double boiler. Rupanya ada cara nak membuat double boiler yang betul. Didihkan air dan dimatikan api. Letakkan coklat dalam bekas yang lebih besar dari bekas yang digunakan untuk mendidihkan air tadi supaya wap tidak naik ke permukaan. Setelah mencair, tuang ke dalam chocolate mould dan disimpan di dalam peti ais. Ini lah hasilnya selepas 1 jam. Alaaa untuk dimakan sendiri, jadi tak ada lah dikemaskan tepi tepi coklat tu. Kira boleh jer. Kamera pulak dah meragam, ambil pulak gambar tengah malam. Sabar aje lah.




Homemade Chocolate Homemade Chocolate Reviewed by Azie on October 01, 2012 Rating: 5

4 comments

  1. Azie, the chocolate color is purple?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, there are now available in many colours. Or can buy white chocolate and put our own food colouring.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih, Ros kerana sudi singgah

      Delete