10 Oct 2012

Azie Shoppe Kini Dibuka







Sebagai menzahirkan minat untuk menjalankan perniagaan kecil kecil melalui talian, saya telah membuat satu lagi blog yang dikenali sebagai Azie Shoppe. Boleh klik di SINI. Barang barang yang akan dijual akan diletakkan di dalam blog Azie Shoppe dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Semua barang akan dijual secara online on "as is basis".  

Buat permulaan Azie Shoppe menawarkan produk Saffron atau Za'faran Gred 1 dari Iran. Saya mula mengenali Saffron beberapa tahun dulu semasa ingin memasak Kuzi Ayam. Saya memang terkejut sangat melihatkan harganya berbanding kandungan saffron yang beberapa urat sahaja. Saya harus mengakui yang sebelum ini tidak banyak yang diketahui berkenaan saffron sehingga saya ingin mendapatkan saffron sekali lagi untuk dibuat Nasi Beriani Pakistan. Saya ke Parkson Grand, One Utama dan amat terkejut kerana dengan pek sebesar mancis sahaja, harganya berpuluh puluh ringgit. Langsung saya tidak jadi membelinya. Farah Aimi, anak saudara saya memberitahu yang harganya mahal kerana kesukaran untuk mendapatkan saffron bila saya berkongsi cerita di Parkson Grand tu dengan beliau. Ohh tapi itu berkenaan sumbernya tapi hanya hari ini, saya mengetahui berkenaan khasiatnya. Masya Allah, patutlah. Boleh klik di SINI untuk membaca berkenaan khasiatnya.

OK selain saffron, saya akan cuba membawa madu Yaman. Saya mula mengenali madu Yaman selepas doktor mengesahkan di dalam usus dan perut saya terdapat ulser yang terlalu banyak kerana serangan bakteria. Jiran saya memperkenalkan madu Yaman dengan menunjukkan surah An Nahl, ayat 68-69. Sesungguhnya madu dari bumi ambiya, itu lah yang terbaik. Bekalannya jika dapat dibekalkan di sini,  mungkin amat terhad. 

Kami juga akan membekalkan telekung solat yang cantik di bawah jenama sendiri. Saya memang amat cerewet dalam menentukan telekung yang dipakai semasa solat terutama di bahagian muka. Saya tidak langsung menyukai telekung dari Indon yang nampak sahaja cantik tapi tidak menepati syarat menutup aurat. Sebagaimana kita memakai pakaian cantik untuk menghadiri majlis kenduri dan sebagainya, kita wajiblah berpakaian cantik dan bersih untuk bertemu Allah. Saya akan memaparkan nya dari masa ke semasa. Jadi tuunnggguuu....

Selain dari itu, saya juga bersedia mengambil tempahan kek dan kuih muih untuk majlis secara kecil kecilan sebagai hobi sahaja. Pengambilan tempahan ini adalah semata mata untuk menzahirkan minat anak saya dalam bab baking membaking seperti kek Red Velvet, Kek Coklat atau Kek Butter atau kek kek cawan. Hahaha tidak boleh untuk majlis besar besar kerana ketiadaan pembantu. Jika berminat untuk membuat tempahan, hubungi saya sekurang kurangnya 2 minggu lebih awal. 

Jadi sahabat sahabat dan pengunjung setia Azie Kitchen, jika berminat untuk mendapatkan barang barang yang kami jual, bolehlah hubungi kami di azieshoppe@hotmail.com. Penghantaran akan dibuat selepas bayaran diterima. Semoga sokongan anda semua berjaya menrealisasikan hasrat kami untuk menjalankan bisness secara kecil kecilan untuk mengisi masa yang terluang di samping memenuhi hobi dan minat dalam perniagaan.

Salam sayang buat semua.....


14 ulasan

Salam Kak Azie,
Tahniah atas perniagaan akak..
Say doakan Azie Shoppe terus success.
Good Luck:)

waa...bagus la akak ni dah ada business on9 pulak..

Ita anak anak punya bisnes, nnt jenguk jenguk lah ya

As-salam sis..
Tahniah diatas pembukaan jualan online, semoga sis bertambah maju lagi..

Congrat Azie, I am going over to check out your shoppe now!

PH, you are so supportive, dear friend

tanhiah kak Azie..dh ade biz on9 pula..semoga berjaya yer..

selamat memulakan bisnes Azie


EmoticonEmoticon