19 Sep 2012

Puding Trifle Lagi - Langkah Demi Langkah


Puding Trifle Azie Kitchen

Sempena majlis keluarga di rumah kami pada hari Isnin lalu yang juga jatuh pada hari cuti sempena Hari Malaysia, saya sediakan 2 jenis pencuci mulut. Selain Puding Karamel di SINI, saya juga membuat Puding Trifle. 

Saya telah dibantu oleh Kak Long dengan Nelly dalam menyiapkan puding ini yang disediakan dari sebelah malamnya lagi. Pagi keesokannya tinggal di buat kastard dan whipping cream sahaja.


Puding Trifle Azie KitchenPuding Trifle Azie Kitchen

Saya masih menggunakan resepi yang sama di SINI. Resepi ini saya ambil dari video omputih. Memang mudah resepi ini dan pada saya, ianya sangat sedap terutama bila dimakan sejuk sejuk. 

Jom saya nak tayangkan gambar gambar penyediaan Puding Trifle kali ini. Jika mahu melihat resepi, boleh klik di link di atas.

Mula mula kita potong kek secara dadu. Kemudian tuangkan sedikit air dari buah buahan campuran ke atas kek tadi sebelum dituangkan dengan jeli merah. 

Kemudian disusun buah buah koktel sebelum dituang baki jeli selebihnya sehingga menenggelami buah buah koktel tadi.   

Puding Trifle Azie Kitchen


Puding Trifle Azie Kitchen

Ulang proses di atas untuk lapisan kedua dari kek sehingga kepada lapisan jeli dan biarkan sehingga jeli set di dalam peti sejuk.


Puding Trifle Azie Kitchen

Puding Trifle Azie Kitchen

Puding Trifle Azie Kitchen

Tuangkan kastard di atas jeli sehingga agak agak sedikit mengeras sebelum diletakkan whipping cream.  


Puding Trifle Azie Kitchen

Puding Trifle Azie Kitchen

Setelah kastad agak mengeras, bolehlah dituangkan whipping cream. Ratakan permukaan untuk dihias seterusnya.


Puding Trifle Azie Kitchen

Hias dengan menyusun jelli berwarna merah dan hijau secara berselang seli di sekeliling dan dihiaskan dengan buah strawberry segar di tengah tengahnya.


Puding Trifle Azie Kitchen

Sedia untuk dihidang sejuk sejuk. Senduk ke dalam mangkuk kecil.....


Puding Trifle Azie Kitchen

Puding Trifle Azie Kitchen

Enjoy....

14 ulasan

wow meriah n mewah...dh tentu sedap sgt ni...nyum2

QH, feedback dari tetamu, semuanya menyatakan sedap. Alhamdulillah

Kak Azie, sedapnya and berwarna warni. Saya mesti cuba ni...

Naz, cuba jangan tak cuba. Mudah dan sedap

nampak sungguh sedap n curlass dear.. :)

Shiela, dapat sambutan hangat lah hari tu.

Asyifa, nak tahu macam mana sedap nyer, kenalah cuba sendiri. Berbaloi baloi

Silakan Mitzy. Mudah dan rasa pun sgt sedap

Salam,

blh sy tahu akak guna whipped cream jenama ape ? nampak smooth je.sy sllu confuse bile nk bli whipped cream, mcm2 jenis kt pasaraya.pastu nk tgk label halal pulak,so far sy tak jmpe local brand.

p/s : suka follow blog akak. resepi sgt bantu sy yg tak pandai masak ni. sgt mudah & sedap! :-)

terima kasih :-)
Aqilah

As salam. Yang ni guna non dairy whipping cream. Bukan whipping cream yg utk masakan ya tapi utk topping. Yg ni lupa brandnya. Ada vivo. Cari di kedai bakeri, jgn pasaraya.


EmoticonEmoticon