Khamis, 20 September 2012

Puding Karamel Yang Sangat Sedap


Puding Karamel Yang Sangat Sedap

Saya menyediakan Puding Karamel di samping Puding Trifle di SINI sebagai pencuci mulut majlis merisik Nana. Saya memang suka sangat dengan rasa Puding Karamel ini yang mempunyai rasa lemak lemak manis dan air gulanya pula pahit pahit manis yang sangat berbeza dengan rasa Puding Karamel saya sebelum ini. 

Memang mudah sangat membuatnya. Tak perlu nak melihat resepi pun sebab mudah mengingatinya. Kalau dibeli, tentu harga yang dibayar boleh tahan juga. Jadi adalah lebih baik kita membuatnya sendiri di rumah. 

Puding Karamel Yang Sangat Sedap

Untuk majlis Nana saya menyediakan Puding Karamel di dalam bekas dadih dan juga di dalam bekas kaca Pyrex. Saya memang sangat berpuashati dengan resepi ini dan ianya akan terus digunakan dalam penyediaan Puding Karamel di rumah saya. 

Malahan ramai tetamu yang memuji keenakannya. Kalau nak tengok resepi dan juga Puding Karamel yang saya sediakan sebelum ini, boleh klik di SINI.

Jom kita layan gambar gambar Puding Karamel saya hari ini......


Puding Karamel Yang Sangat Sedap




17 ulasan:

  1. Balasan
    1. Mamasyaza, Saya pun baru dpt resepi karamel yg sedap ini

      Padam
  2. lama tak singgah.. :) sedapnyeee sejuk2..Nana dah nak bertunang ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. CW, Alhamdulillah gitulah perancangannya

      Padam
    2. suka sangat puding karemel...
      sedapnya tengokkk...

      Padam
    3. Mas, mmg sedap. Rasanya lemak manis dg air gula yang pahit pahit manis. Hmm sedap

      Padam
  3. sedapnya..my feveret!! tak jual ker??

    BalasPadam
  4. As salam...azie...Kak ramlah ni...nak Tanya...yg u tulis kat resepi karamel u ni...telur di buang mat a -....a pa maksud nya...maaf ya ..this is my first time but karamel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Buang mata yg berketul putih pekat tu utk mengelakkan hanyir. Tal buang pun tak apa

      Padam
  5. Salam kak mcmne akak letak gula hangus dlm container kecik2 tu? Sy letak mase tgh panas2 (x tunggu sejuk takot keras) terus belubang bekas tu bocor... 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. itu sebab kena baca dan ikut resepi yang ditulis

      Padam
  6. Hi azie..sy pn lama x jengah blog awk ngee..rindu teringat resepi best2 baru nengok ni 😉
    Tq share resepi..sy na buat mlm ni..inshaAllah hrp menjadi..abe suke makae puding ni ..salu beli mahal la..x bole jd kena gak wat sendiri kn..😘

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum sis. Jika nk buat 2 adunan dalam 1loyang. Gandakan semua bahan ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Sebab sgt mudah. Boleh bancuh 2 kali. Cuma gula hangus dibuat sekali gus.

      Padam
  8. Terima kasih kak..kongsi resepi ni.. Saya selalu tengok resepi akak & selalu mencuba masakan akak.. Alhamdullilah..sedap2..

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon