4 Sep 2012

Majlis Resepsi Ustaz Don dan Husna di Dewan KUIS



Ustaz Don Daniyal adalah salah seorang tenaga pengajar di Kole Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Beliau telah mencetuskan fenomena di kalangan anak anak muda dengan cara penyampaian yang santai bersahaja dan dalam rancangan 30 minit Ustaz Don yang disiarkan menerusi TV Al Hijrah. Kalau dulu disebut ustaz, pasti terbayang seorang yang sudah berumur. Tapi kini bukan sahaja kacak bergaya dengan sunglasses dan blazer tetapi Ustaz Don juga dilihat handsome dalam pakaian jubah dengan bercelak di mata.

Ustaz Don telah dinikahkan dengan gadis pilihan hatinya seorang pelajar perubatan dari univisersiti di Cairo, Husna Zahry Rafie pada 23 Ogos dan diikuti dengan majlis resepsi pada 25 Ogos di sebelah pengantin perempuan yang sangat meriah dengan kehadiran lebih dari 3000 tetamu. Mereka telah bertunang pada Mac tahun lepas.

Kini kita dihidangkan pula dengan gambar gambar menarik majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki di Dewan KUIS pada 1 September 2012 iaitu tempat di mana Ustaz Don bekerja. Memang tak jemu melihat gambar gambar kedua dua pasangan ini yang sangat cantik dan sepadan. Tidak seperti perkahwinan artis artis di mana kita ditayangkan dengan keindahan pakaian pengantin, kemewahan perhiasan dan hantaran dsb tetapi bagi perkahwinan Ustaz popular ini, cukup melihat kesederhanaan tetapi penuh dengan kecantikan diri kedua dua pengantin yang kelihatan sangat mesra.

Semoga Ustaz Don bersama sama dengan Husna terus berjuang untuk membimbing anak anak Melayu untuk hidup secara muslim sejati.






2 ulasan

salam sejahtera Azie,

Kita ni memang menanti2 gambar2 Ustz Donkan?
Moga beliau bahagia. Teringat ayat2 Ust Don- syurga dia, syurgalah saya....

Kita doakan semoga mereka berbahagia


EmoticonEmoticon