30 Sep 2012

Lauk Bila Tak Ada Lauk






Haaa apa ke hal nyer tu? Comot comot serata tu. Hahaha inilah sebenarnya lauk kesukaan saya bila tak ada lauk untuk dijadikan hidangan. Sedap ni... Dari kecik lagi makan lauk camni sehingga lah dah berkahwin. Bukan pemalas tau tapi lauk kegemaran ni.

Mudah jer menyediakannya. Cuma goreng telur mata kerbau. Lepas tu tuang kicap ke dalam pinggan. Tuang pulak sos cili, campakkan pulak bawang besar atau bawang merah pun OK. Tapi mesti dihiris nipis nipis. Kalau suka, boleh juga dihiris cili merah atau cili padi. Aduhaai sedap ni.... Sure lauk macam ni tak dijual di 5 star restoran, jadi baiklah buat sendiri kalau terasa nak menikmatinya.... Amacam? OK tak? Kalau OK, jom hidangkan pada cik abang dan tengok apa katanya....


4 ulasan

Salam Kak Zie,
malam ni kami dinner lauk yang sama...penyelamat time malas nak masak...

Sedap... tp kalau saya goreng sat semua sosnya dulu :-)

Mar, sedapkan makan lauk mcm ni sekali sekala

Ohh tak pernah lagi cuba camtu


EmoticonEmoticon