Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Santan Rose



Agar Agar Santan Rose


Bila badan tak sihat, rasa panas dan tekak merah, mula selera makan berubah. Rasa nak makan benda benda yang sejuk jer. Haaa itu yang terus terfikir nak buat agar agar yang dipost dalam blog Oven Kecil ni.  

Sekembali dari klinik dan kemudian ke KLIA, saya terus membuat agar agar Santan Rose. Tapi kejadian agar agar ini adalah gagal kerana tidak membentuk 2 lapisan yang cantik walaupun rasanya tetap sedap.


Agar Agar Santan Rose

Saya menggunakan sukatan cawan tadi. Rasanya macam pengiraan air saya dah tak tepat. Sebab 1 liter sama dg 1000ml tapi bila saya menggunakan 4 cawan air, hanya bersamaan dengan 800ml air sahaja. Aduh sungguh tak berhati hati. Kalau dibaca sukatan air yang dicadangkan pada serbuk agar agar yang digunakan ialah 1 liter air bagi setiap 10 gram serbuk agar agar. Saya lebih suka agar agar yang lembut berbanding dengan agar agar keras kenyal.

Jom tengok resepi di bawah...


Agar Agar Santan Rose


Agar Agar Santan Sirap Rose

Bahan-bahan :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm ( lebih kurang 1 1/2 sb)
1 liter air (5 cawan air)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
250 ml santan pekat (1 cawan) - guna 1 santan kotak + 50 ml air
1 biji telur - masukkan dlm santan dan kocak sikit dg garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap rose - atau guna pewarna pink dan perisa rose
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
Masak air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut. 

Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. 

Masukkan juga simpulan daun pandan. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. 

PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.


Agar Agar Santan Rose



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Agar Agar Santan Rose"

  1. Assalam Azie.. sweettnyerrr warna agar agar tu.. take good care n get well soon dear.

    BalasPadam
  2. ni kalau makan sejuk2 pergh...memang best.. warna pink lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Balqis, warna sudah sweet, tapi hanya jadi 1 warna, bukan 2 lapis. Tapi rasa maintain sedap

      Padam
  3. Comelnya agar2 santan rose azie ni....pink gitewww.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Norzie, senang makan. 1 ketul sekali masuk mulut gitewww

      Padam
  4. Assalamualaikum Azie :D
    Sungguh cantik, Sungguh comel, Sungguh sedap...
    Kak Lin suka tengok warnanya...lembut gitu!

    BalasPadam
  5. sya ade try bwt, tpi agar2 sya tak mnjadi. malahan santan nya tkumpul d ats. agaknya mngapa tu ye?

    BalasPadam