7 Aug 2012

Resepi III: Kuih Bakar Pandan a.k.a Bingka Pandan


Kuih Bakar Pandan a.k.a Bingka Pandan

Entah kenapa teringin sangat nak makan Kuih Bakar Pandan a.k.a Bingka Pandan. Semasa ke cafe tengahari hari isnin lepas, semua kuih sudah habis. Kebiasaannya saya akan membeli 1 ketul Bingka Pandan yang sangat sedap, lemak dan cukup kemanisannya tu. Kebetulan Juita bercuti Nuzul Quran, jadi saya menghantar bbm meminta dia menyiapkan bahan bahannya. Oleh kerana telah kehabisan bijan, adunan mula dibakar sebaik saya sampai di rumah. Memang rasa tak sempurna kuih bingka kalau tak ditabur bijan di permukaan atasnya.

Dulu saya pernah beberapa kali saya membuat Bingka Pandan di SINI dan sangat sedap tapi kali ini saya menggunakan resepi dari blog Yatie juga yang sedikit berbeza dari segi sukatan gandum dan santannya. Resepi yang pertama hanya menggunakan 1 cawan tepung gandum dan 2 cawan santan. Manakala resepi ke2 menggunakan 2 cawan tepung gandum dan 2 1/4 cawan santan. Tapi kali ini menggunakan  2 cawan tepung gandum dan 3 cawan santan pula. Pasti lebih lemaknya tu, aduhaai. Bahan bahan lain dan sukatannya semua sama sahaja.


Kuih Bakar Pandan a.k.a Bingka Pandan

Sebelum kita layan resepi, saya nak kongsikan tazkirah yang sangat sedap dan sangat menginsafkan dari Ustaz Iqbal yang meminta kita semua kembali pada al Quran kerana ianya kalam Allah. Roh tidak akan tenang melainkan membaca perkataan Allah kerana roh adalah milik Allah. Al Quran adalah pengubat hati. Orang yang beriman, suka diingatkan dengan ayat ayat al Quran. 

Al Quran akan memberi syafaat dan menuntut bela untuk kita di akhirat kelak. Al Quran bertindak sebagai pemimpin yang akan memandu kita ke syurga. Jika kita mengikut semua ajaran al Quran, hati akan menjadi lembut dan tenang. Kita diingatkan juga bahawa di malam Lailatul Qadar semua malaikat akan turun dan alangkah bertuahnya jika malam itu, kita sambut mereka dengan menghidupkan solat malam dan bacaan al Quran. Mudah mudahan kita ditemukan dengan malam lailatul Qadar yang malamnya lebih baik dari 1000 bulan. 

Jom layan resepi di bawah supaya lain kali tak payah tercari cari...

Kuih Bakar Pandan a.k.a Bingka Pandan


Bingka Pandan
Oleh: Azie Kitchen


Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (2 santan kotak & 1 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau/pandan paste
Sedikit bijan

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blend hingga sebati.

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam oven. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.

Taburkan bijan (jika suka). Bakar 45 minit pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas dan bawah.

Bakar menggunakan api atas saja selama 10 minit terakhir sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing. Saya bakar dalam 1 jam 20 minit untuk mendapatkan permukaan yang garing.


Sejukkan betul betul dulu sebelum dipotong untuk menghasilkan potongan yang cantik.


Kuih Bakar Pandan a.k.a Bingka Pandan

Kuih Bakar Pandan a.k.a Bingka Pandan

Kuih Bakar Pandan a.k.a Bingka Pandan


22 ulasan

Assalamualaikum Azie,
tq rajin mencuba resepi2 di blog Yatie, cantik bingka pandan Azie ni...harum je bau pandan tu masa kuih di bakar kan..

Waaa Kak Azie...adda suka gk mkan bingka pandan nih...kena lak kerak2 dia tu...garing2 ckit best..

Wslm Yatie. Mcm mana jadikan permukaan bawah dan keliling lebih garing ya? Mcm tk ada kerak langsung

Adda, itulah, lama tunggu. Tk garing garing juga bawahnya tu

Azie, how many bingka recipes do you have? I am really spoilt for choice and I am looking forwards to trying all of them!

PH, for this bingka pandan, most ingredients and quantity are almost the same. The difference is only the quantity of flour and coconut milk used.

kalau Yatie tambah masa bakar lagi guna api bawah je dlm 10 minit utk bawah dan keliling kuih garing...

azie...semalam saya dah try resepi bingka dari azie..mmg sedap..anak2 pun suka...thanks a lot..

Congrats kak azie atas perkongsian resepi yg mudah menjadi..teruskan mengupdate ya.tqvm

salam kak azie, brapa size loyang yg sesuai d gunakan untuk adunan tu?

As salam. Biasanya saya guna 8" atau 10".

actually, sy dah try resepi nie..mmg sedap, siap ada org tempah..tp sy guna loyang ukuran 10½", nipis plak..next tym nak guna size kecik skit..thanks kak..mudah²an akak d permudahkan rezeki..amin :)

T.kasih atas prkongsian respinya....nak cuba buat jgk la sbb mudah ja cara buatnya....dari kak siti

Assalam azie...nampak best je..mohon share resepi ye.....aidayus

Salam kak..saya ni salah sorang pengikut setia blog akak.Byk resipi yg telah dicuba & Alhamdulillah semuanye menjadi atas minat nk memasak..terima kasih diatas perkongsian..resipi kuih bingka pandan ni mmg mudah & sedap..

salam..air pandan 1 cwn tu mcm mna erk.hehe

Wslm. Ambil lah beberapa helai daun pandan dan masukkan air dan dikisar. Lepas tu tapis hingga cukup satu cawan. Jika tak cukup, tambahkan lah air biasa.

Alhamdulillah... sy dh cuba mmg sedap sgt!!! Tq admin kongsi resipi

nak panaskn acuan bpa min yer dgn suhu brapj?

Nak tanya resepi bleh guna untuk bakar dgn noxxa x?


EmoticonEmoticon