Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Mertua



Rendang Ayam Mertua


Dulu dulu kalau kami balik ke rumah mertua di Perak pada hari buat ketupat, alaa sehari sebelum raya lah, kami akan memasak Rendang Ayam bersama mertua. Hubby akan ke pasar dan membeli beberapa ekor ayam dan hubby juga yang akan memarut kelapa. Dia tahu anak anaknya suka makan rendang ayam jadi dia tak mahu, rendang tak cukup. Masa tu, saya ada pembantu rumah yang saya bawa balik sekali ke kampung. Jadi senang kerja kerana dia tolong memasak bersama sama.

Teringat lagi pada hari raya tahun 2010 kalau tak silap lah, bila saya dan Nana bercadang untuk memasak walaupun tanpa pembantu rumah. Kami sampai di kampung suami sudah tengahari. Entah kenapa setibanya di sana, saya baru menyedari beg yang mengandungi baju basahan dan barang barang pencuci muka serta make up saya telah tertinggal. Terus saya menangis dan merajuk kerana selepas raya, kami akan bertolak ke Kelantan pula, berapa lama saya boleh bertahan dengan ketiadaan barang barang keperluan itu semua. Masa itu, bahan bahan untuk dimasak sudah penuh di ruang dapur, yang tinggal hanya kami sahaja. Beli daging dan ayam di kampung tak sama dengan beli di KL yang kita boleh minta disiang dan dipotong siap siap, cuma tinggal dicuci sahaja. Hubby pulak buat keputusan untuk balik ke KL sendirian dan berpesan supaya tidak memberitahu emaknya. Aduhaai macam nak patah pinggang kami memasak dan Nana pula sampai pening seperti mahu pitam. Maklumlah bukan sahaja memasak untuk lauk raya tetapi juga lauk untuk berbuka puasa hari tu. Di samping rendang ayam, kami menyediakan Rendang Daging resepinya di SINI, Sambal Tumis Udang, Ikan Terubuk dan ada beberapa lauk yang saya sudah lupa. Oleh kerana hubby hanya tiba selepas berbuka puasa, ikan terubuk yang sepatutnya dibakar, hanya digoreng sahaja.

Itulah yang terakhir kenangan kami memasak di kampung. Lagi pulak, emak mertua pun sudah uzur untuk memasak seperti dulu. Kalau harapkan saya, heeee boleh juga tapi kena masak di rumah sendiri dan dibawa balik kampung, baru gerenti menjadi. Berbalik pada rendang ini, kalau dulu, saya memasak rendang dengan cara mengisar kesemua bahan bahan yang digunakan tetapi setelah memasak bersama mertua, bahan bahan yang digunakan dimayang halus halus. Jadi rendang kita lebih berserat dan berserabut yang sedap dicicah dengan lemang, lebih lebih lagi bila dimasukkan kelapa goreng menjadikan rendang agak kering. 

Hari ini saya teringin nak memasak rendang ayam untuk dijadikan lauk berbuka puasa. Tapi ianya tak berapa kering, masih basah kerana kelapa parut goreng hanya ada sedikit sahaja. Sempat hantar bbm pada hubby di Ipoh supaya membeli beberapa batang lemang di sana. Hubby ke sana pagi pagi tadi untuk melawat emaknya yang dimasukkan ke hospital selepas kami bertolak balik ke Kota Damansara semalam. 

Jom layan resepi dulu....

Rendang Ayam Mertua


Rendang Ayam Mertua
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
1 senduk cili kisar - ikut suka pedas
10 ulas bawang merah - mayang
6 ulas bawang putih - mayang
1 inci halia - mayang
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1/2 inci lengkuas - tumbuk
4-5 batang serai - hiris nipis
1/4 biji kelapa parut - goreng dan tumbuk kasar
2 helai daun kunyit - hiris halus
Garam
Gula
Asam keping
Santan secukupnya

Cara cara:
Kesemua bahan kecuali kelapa goreng dan daun kunyit dimasukkan ke dalam kuali besar. Gaul rata bersama ayam dan dimasak atas dapur sehingga air ayam agak kering. Hati ayam dimasukkan setelah kuah mendidih bagi mengelakkan ianya menjadi hancur

Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan agak pekat. Masukkan pula asam keping, garam dan gula secukupnya. Akhir sekali baru dimasukkan kelapa goreng yang ditumbuk tapi tidak sehingga keluar minyak pula. 

Apabila hampir masak, taburkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Boleh juga dikeluarkan ayam selepas masak supaya ayam tidak terlalu hancur. Bila kuah hampir kering, baru dimasukkan semula ayam tadi. 


Rendang Ayam Mertua


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Rendang Ayam Mertua "

  1. Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari saya.
    Sedapnya rendang tu..saya suka rendang yg nampak basah macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya buat Mama Ju dan keluarga juga. Saya suka basah mcm ni kalau dimakan dengan nasi putih. Boleh digaul dengan nasi sebagai kuah. Tapi kalau makan dg lemang, saya suka yang kering sikit. Semalam tak cukup kelapa parut.

      Padam
  2. Salam, terima kasih resepi, mudah nampak, insyaallah akan cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, memasak rendang sgt mudah. Kalau rasa kurang rencahnya, hiris hiris lagi apa yang tak cukup, dan campakkan saja ke dalam kuah yang sedang dimasak.

      Padam
  3. The rendang looks good! Its a nightmare isn't it when forget to bring make-up and toiletries? That has always been my phobia when travelling :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, really cant forget this forever. At first hubby suggested to buy new set but it is expensive if wanna buy a complete set. Normally, I will prepare a checklist of things to be packed when travelling. But in this incident, my hubby did not put the make up bag in the car. Luckily the road was not really jammed, so he managed to reach kampung just in time with berbuka puasa. Really unforgettable experience.... I really appreciate my hubby as I do not think many people would do the same thing, got to drive for 6 hours to and fro for his wife.

      Padam