8 Aug 2012

Nasi Goreng dan Ikan Bilis Goreng Rangup Untuk Sahur



Nasi Goreng dan Ikan Bilis Goreng Rangup Untuk Sahur



Nasi goreng adalah hidangan feveret keluarga kami untuk sahur. Semua nya mesti ringkas samada nasi putih panas panas dengan hidangan goreng gorengan seperti ayam goreng, sotong atau udang goreng sahaja. Tak perlu lauk berkuah pun. Semua ringkas tapi yang penting ianya disukai oleh anak anak. Kali ini saya membuat Nasi Goreng Seri Aji perisa Ayam yang cukup ringkas dan sedap. Dengan seri Aji, sesiapa pun boleh membuat nasi goreng. Haaa tag line yang kita buat untuk syarikat Seri Aji lah ni. Mudah sebab rencah nasi goreng Seri Aji ni jenis berserbuk. Saya masukkan juga kacang panjang dan telur. 

Cara memasaknya sangat mudah, cuma dipanaskan sedikit minyak. Masukkan kacang panjang dan kemudian pecahkan telur. Kacau rata sekejap dan terus masukkan nasi putih. Kacau rata dan akhir sekali, masukkan lah serbuk nasi goreng Seri Aji. Bagi menaikkan sedikit selera, saya menggoreng garing ikan bilis kecil kecil yang di beli dari Langkawi tempohari. Memang sedap ikan bilis ni, diratah begitu sahaja pun sedap. Huish menambah lah saya makan nasi goreng dengan ikan bilis malam tadi. 

Selamat berpuasa semua...

1 ulasan so far

Kalau tumis bwg putih dlu bleh x utk bau? Atau perencah dh ckup?


EmoticonEmoticon