4 Aug 2012

Nana Ain Puteri Sulung Kebanggaan




Saya membuat coretan ini khas untuk anakanda yang sangat dikasihi yang akan menggenggam segulung ijazah tidak lama lagi, Nurliyana Ain. Sebagai cahaya mata pertama, Nana yang kami panggil kakak adalah sangat istimewa. Saya menyiapkan banyak nama untuk beliau sebelum kelahirannya tetapi apabila melahirkan, saya telah menukar fikiran. Saya memilih untuk menamakan anak sulung saya dengan nama yang terdapat dalam buku panduan menamakan anak anak.  Saya memilih Nurliyana Ain, cahaya kelembutan mataku.  Itu lah maksudnya. 

Saya mengalami sakit labour yang panjang semasa melahirkan Nana, bayangkan saya dimasukkan hospital dari pagi 22 Disember, tetapi hanya melahirkan pada tengahari keesokannya. Pengalaman pertama mengalami tanda tanda mahu melahirkan juga amat mencemaskan kerana setiap kali doktor dan nurse datang membuat pemeriksaan, suami terpaksa keluar dari bilik. Katil saya ditolak bagi memberi laluan kepada doktor membuat pemeriksaan.  Sebaik mereka pergi, saya merasa sakit dan terasa ingin membuang air besar dengan tiba tiba dan tidak dapat bersuara kerana menahan kesakitan dan pada masa yang sama tidak dapat mencapai interkom untuk memanggil nurse yang bertugas kerana katil yang telah berubah kedudukan. Selepas menahan nafas beberapa ketika, saya berjaya meminta pesakit di bilik sebelah untuk memanggil nurse. Cemas sangat ketika itu. Apa yang tidak mungkin dilupakan ialah selepas melahirkan, hubby masuk memberi ciuman di dahi ketika saya masih tersangat lemah dan sempat membisikkan comel anak kita, putih, hidung seperti Zie dan mempunyai rambut hitam yang lebat, di kala saya hanya mampu mengangguk....


Kini aku gembira,
Yang ku tunggu, dah tiba
Anak ku lahir sudah,
Hai anak ku yang pertama

Sungguh cantik rupanya
Lirik wajah ibunya
Betapa bahagia
Hai dengan kehadirannya





Apa yang tidak dapat saya lupakan berkenaan dengan Nana adalah beliau sangat eager untuk memasuki kelas tadika sebaik kami berpindah ke USJ. Pada hari pendaftaran, Nana tiba tiba menangis sekuatnya dengan tak diketahui sebab sebabnya, mungkin rasa terpinggir kerana beliau seorang sahaja pelajar yang mendaftar pada hari tersebut.  




Itu cerita waktu tadika, sewaktu persekolahan rendah pula, dia pernah buat hal dengan tidak mahu ke sekolah dengan tanpa sebab sehingga kami naik bingung dan mengambil cuti untuk bertanyakan guru kelas nya.  Amat mengeciwakan bila guru kelasnya pun tidak menyedari yang Nana tidak hadir ke sekolah.  Kemudiannya kami membuat kesimpulan, yang Nana seorang yang perfectionist. Beliau keluar rumah awal pagi dan antara yang terawal menaiki bas tetapi tiba di sekolah lambat kerana bas berpusing pusing mengambil pelajar lain sebelum menghantar ke sekolah. 




Sewaktu di sekolah menengah, beliau mula menunjukkan kecermerlangan dan menjadi anak yang sangat membanggakan kami sehingga kami tidak risau langsung masa beliau menduduki peperiksaan SPM kerana yakin dengan kebolehan dia. Itu lah serba sedikit tentang puteri sulung kami, yang akan menamatkan  pengajian perubatan di Alexandria University sedikit masa lagi.


Sebagai anak yang sulung, saya selalu mempunyai rasa terkilan dan sedih kerana semasa kecil, saya terpaksa membahagikan masa antara karier dan anak anak. Jarak umur Nana dengan adiknya yang rapat menyebabkan tumpuan selalu tertumpu pada yang lebih kecil. Sehingga kini pun beliau banyak bersabar apabila saya selalu dalam keadaan stress. Masa terlalu cepat berganti, saya kena terima kenyataan yang tidak selamanya kakak akan berada di bawah ketiak saya. 



Akhir sekali, tahniah kerana akhirnya berjaya mengharungi suka duka sebagai pelajar perubatan. Tempoh masa 6 tahun adalah terlalu lama dan sekali ganda lebih dari zaman saya bergelar mahasiswi. Semoga kakak akan menjadi seorang insan yang berguna di mata masyarakat, berjaya di dunia dan akhirat, seorang doktor yang beriman dan bertaqwa dan mengasihi mama dan papa serta adik adiknya. 

Selamat kembali Dr Nurliyana Ain ....


35 ulasan

Salam Azie..
tahniah in advanced untuk anak Azie yang akan menggulung ijazah tak lama lagi dan bergelar seorang doc manis orangnya like mama like doter lah lembut je nampaknya...

Salam Kak Azie...
Congratulations to your daughter...setuju ngn Kak Noor, manis betul orgnya kan..sejuk jer mata nengok...Orang sakit pun bleh kurang sakitnya tengok bakal doc nih..

Salam Azie

Tahniah juga dari ita untuk Nana Ain dan Azie sekeluarga..
Bertuah Azie punyai anak yang bijak dan secantik Nana Ain

Terima kasih, Kak Noor. Dia tengah tunggu konvokesyen. Insya Allah akan tamat tidak lama lagi

Terima kasih, Adda. Semoga dia menjadi seorang muslimah yang berjaya di dunia juga akhirat.

Terima kasih, Ita kerana sudi mengunjungi blog Azie yang tak seberapa ini. Terima kasih atas ucapan tahniah juga. Selamat berpuasa dari kami untuk Ita dan famili

This comment has been removed by the author.

tahniah kak Azie dlm mendidik anak sehingga menjadi seorang doktor....
memang menjadi impian setiap ibubapa....yg inginkan anak mereka berjaya dlm bidang perubatan..La nie saya pun dok tanam minat anak2 saya supaya sukakan bidang perubatan..kekadang tu bawak depa gi tempat keje,tgk cam ne doktor keje....biar dia timbul minat...

Tahniah buat yr daughter dan juga pada Azie.. Beruntung sungguh punya anak yang bijak dan cantek orangnya.

Terima kasih, Myda. Saya sendiri tidak menyangka Nana berminat menjadi seorang doktor. Mudah mudahan anak Myda mempunyai minat suatu hari nanti.

Terima kasih, Shiela. Mudah mudahan anak anak kita menjadi orang yg berjaya dunia akhirat. Amin

Congratulation to your daughter and you on her success.

Wah:)
Tahniah kak atas kejayaan nana ;)
Semoga sentiasa berjaya dan menjadi anak yg solehah..

LP, terima kasih dan ameen

Tahniah buat Nana dan tahniah juga buat sis &suami.pasti tak sabarkan tunggu konvo...moga pulang dpt berkhidmat sbg doktor yg cemerlang di Msia kelak.

Terima kasih Mamasya. She is leaving to Ireland for a 2 weeks attachment program before coming back for good. As parent, we will do whatever it takes to ensure that she get the best opportunity of learning.

Tahniah buat Nana. Tahniah buat Kak Azie dan suami ;) Semoga Nana berjaya dunia dan akhirat..menjadi anak kebanggaan dan contoh kepada adik2. Insyaallah.Amin..

Ameen. Terima kasih, CW

Congrats to both dotter and parent...:D Mengambil keberkatan di bulan yg mulia ini di doakan semoga apa yg di hajati akan diperolehi dgn cemerlang...amin...

Thank you so much, Shima

tumpang bangga jgk... sejuk perut ibu kan....

Assalamualaikum Azie,
Syukur alhamdulillah, tahniah buat Nana juga buat Azie sekeluarga.
Yatie tumpang gembira dan berbangga dngn kejayaan ini
Sejuk hati ibu yg melahirkan, moga Nana terus sukses dlm apa jua bidang yg di ceburi.

Ameen. Terima kasih, Yatie

Salam, saya baru singgah sini untuk cari resipi, lepas tu nampak post nie... sangat sweet :)
Ingin mengucapkan Tahniah kepada puan dan anak puan :) Memang ibubapa akan berbangga mempunyai anak yang berjaya :)
Tahniah :) saya yang membaca pun tumpang gembira :)

Syafiqa, terima kasih kerana sudi singgah utk meninggalkan sepatah dua kata di sini. Harap resepi resepi di sini membantu Syafiqa dalam memyediakan juadah utk keluarga

Yelah, yang sulung je kebanggaan.

Semua anak pun menjadi kebanggaan, cuma belum masa yang sesuai untuk memaparkan entri berkenaan mereka. Entri untuk setiap anak telahpun disediakan.

Nurliyana Ain, cahaya kelembutan mataku. Itu lah maksudnya.

mmg tepat dgn maksudnya.... sejuk je mata memandang Nurliyana Ain

Baca blog ni....buatkan saya menitis airmata tanpa sedar.jauh disudut hati seorang ibu......itulah y tersirat.tahniah kak azie berjaya mendidik anak gadis berjaya dlm bidang medic..tahniah.u are my idol

Terima kasih Sarifah kerana sudi membaca blog saya. Mungkin satu hari kita boleh berkawan dan kenal lagi rapat

Azie.....saya selalu mencari resepi yang sedap2 dari blog anda. Hari ini kenapa saya memilih tajuk ini. Perasaan berbaur. Sedih dengan coretan anda dan bangga dengan anak melayu yang telah bergelar doktor. Mudah2an anak Sue juga akan berjaya seperti anak2 Azie. Ini dengki namanya.....tapi dengki yang positif...Tq Azie....Sue

cantik manis si kakak...

tahniah berjaya bergelar doktor tidak lama lagi... :)


EmoticonEmoticon