Ketupat Sotong






Selepas balik dari masjid pagi tadi, saya terus ke taman menyiram pokok pokok dan memberi ikan ikan makan sebelum masuk ke dapur. Saya teringin nak makan ketupat sotong selepas terpandang kawan saya, Rozilah Abdullah yang menayangkan ketupat sotong yang dimasaknya. Saya memang tak suka beli ketupat sotong yang dijual. Pertamanya kerana harganya mahal dan kedua tak pasti kalau ianya sedap dan kalau ianya yang baru dimasak. Maklumlah yang dijual di bazar Ramadhan ni, kalau tak habis pastikan akan dijual semula keesokannya. Banyak kali bila makan makanan seperti itu, saya mengalami masalah sakit perut. Perut saya memang sensitif sedikit, malahan ubat cirit birit akan sentiasa di bawa kalau pergi atau bercuti ke mana mana.

Sat ya, saaat jer. Mai kita renungkan ini. Sementara masih di bulan Ramadhan ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang dipetik dari tazkirah malam ini iaitu disebutkan Nabi bersabda tiada sesiapa yang akan masuk syurga dengan amalannya, kecuali orang yang Allah limpahkan rahmat ke atasnya. Sesungguhnya rahmat Allah itu sangat dekat dengan orang mukhsinin. Apa itu orang mukhsinin, iaitu orang yang sentiasa perbaiki amalannya. Sentiasa belajar cara untuk memperbaiki solat dengan sempurna, cara untuk kusyuk dalam solat dsb. Ini adalah kerana kusyuk adalah syarat solat diterima Allah. Sah solat dan diterima adalah dua perkara berbeza. Solat sah tapi tidak diterima jika tidak kusyuk. Kena kuysuk dan ikhlas kerana Allah. Apa apa yang kita lakukan kena ikhlas, jangan ada riak dan takbur. Apalagi mengharapkan balasan dan pujian.

Lagi satu dipesan, jangan beribadah kerana syurga tapi kerana Allah Taala. Tujuannya ialah kerana Allah dan pemberiannya adalah pahala. Itu janji Allah. Pemberian terpulanglah pada Allah. Manusia ini kena disebut ganjaran supaya memberi motivasi untuk melakukannya. Jadi kita kena beribadah dengan ikhlas kerana Allah Taala seperti niat solat kita adalah kerana Allah Taala.



OK sekarang kita sambung balik pasal ketupat sotong saya yang sangat sedap ni. Sekali hidang habis licin. Sejak dulu saya memang biasa buat ketupat sotong kerana ianya adalah kegemaran saya. Kakak saya pun tahu yang ketupat sotong adalah makanan kegenaran saya, itu sebab kalau balik kampung dan kebetulan dengan musim sotong pasti dia akan membuat ketupat sotong. Lebih sedap kalau sotong tu bertelur, huish memang sedap lah. Saya bila memasak sotong tak suka buang kulit sotong yang bercorak itu. Memang saya suka membiarkannya begitu, barulah nampak macam betul betul sotong.


 
Ketupat Sotong

Bahan bahan:
Beras pulut secukupnya - basuh dan rendam sekejap
8 ekor sotong - asingkan kepala dan badan
Santan
1 ketul gula melaka - potong kecil
1 sudu gula pasir
Secubit garam
Daun pandan

Cara cara:
Rendam beras pulut sekejap bersama santan dan sedikit garam. Tapi saya hanya rendam dengan air dan garam jer.

Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dicuci bersih.

Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit. Kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya.

Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan dan sedikit garam. Masak sehingga pulut masak, baru dimasukkan gula melaka. Masak sehingga agak pecah minyak.



Siap untuk dihidangkan. Sendukkan ketupat sotong bersama sedikit kuah di dalam pinggan. Selamat menjamu selera.




Ketupat Sotong Ketupat Sotong Reviewed by Azie on August 05, 2012 Rating: 5

23 comments

  1. Slmt berhujung minggu sis.ketupat sotong mmg sedap.... dah lama tak mkn. masa balik KB bulan feb lepas,cari juga ketupat sotong atas pasar siti khadijah tp tak da.nak buat tak sempat balik cuti kejap. kat Cairo pula sotong tak da stok sejak 2-3 bulan lepas lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasya, saya pun tak pernah sekali rasa jemu makan ketupat sotong, lebih lebih lagi kalau sotong bertelur. Lagi lah best. Kuah saya kali pekat sebab perut sotong dah pecah kerana sumbat banyak sangat pulut. Kekonon tak nak membazir pulut.

      Delete
  2. sgt suka ketupat sotong..!! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita. Semalam tak puas makan, hari ni buat lagi

      Delete
  3. Jarang dapat makan menu ni.. Nak buat sendiri, tak berapa nak pandai.. Rajin Kak Azie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur, cubalah buat. Mudah saja. Tengok cara caranya tu. saya kena buat sebab jauh dari kampung halaman. Yang kat sini, semua tak berapa sedap. Maklum lah orang berniaga.

      Delete
  4. Assalam kak Azi..mknan pt.timur memang istimewa... sy suka mkn sotong tapi lum pandai makan ketupat sotong... hubby pun sama gak... rasa dia manis ye... ke manis2 buah je... ketupat sotong ni pemanis mulut macam pengat/bubur kacng ke atau dijadikan juadah lauk pauk ye... nmpk menarik nye ketupat sotong kak Azi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya sebagai pemanis mulut, tapi selain diratah begitu sahaja, saya suka juga makan bersama nasi. Manis tu ikut selera sendiri, saya masukkan juga sedikit gula kerana gula melaka tak berapa manis sangat. Mudah jer membuatnya spt memasak pulut lemang, cuma dimasukkan ke dalam sotong. Rebus dg santan, pandan dan garam hingga pulut masak, baru dimasukkan gula dan gula melaka.

      Delete
  5. Salam sis...asz xpnh makan lg ketupat bsotong nie...asz mmg suka mknn pantai timur nie..terutamanya nasi kerabu,nasi dagang dan laksam...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. As,kena cuba sekali tu. i boleh habiskan 4 ekor sekali gus dan tak pernah rasa jemu memakannya.

      Delete
  6. Salam Azie...memang lama dah teringin nak makan ketupat sotong ni. Kat Colchester ni tak ada sotong fresh, yg frozen pun tak sedap nak dibuat ketupat (liat mcm plastik je). Semalam hubby pergi Birmingham, suruh dia beli sotong frozen kat Wing Yip. Terus buat ketupat sotong dan kebetulan Azie pun upload Ketupat sotong juga. Tapi tak sedap mana pun coz bahan semuanya kena modified cara sini...huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DuRa, biasalah bila dah perantau tu, kena bijak suaipadan bahan yang ada. Tak apa, bila balik sini, boleh makan puas puas. You kat area Birmingham ke?

      Delete
    2. Bukan kat Birmingham, kat Colchester, Essex. Tu la...balik Malaysia nanti (insyaallah 2/3 thn lagi) mesti kemaruk makan je...hehehe.

      Delete
    3. Skrg ni org Malaysia ulang alik jer KL London. Insya Allah, ada rezeki, balik lah awal sikit

      Delete
  7. Beras pulut 2 rendam berapa lama ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok jenis beras pulut. Kalau beras pulut susu 20 minit pin cukup.

      Delete
  8. gunakan nise kerek, tak perlukan gula dah... lagi byk lagi pekat, manis.. sedap..

    ReplyDelete
  9. salam nak tanya, kalau x pakai daun pandan boleh x? kat sini agak susah nak carik daun pandan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu letak lah kalau macam. Selain wangi untuk mengurangkan hanyir sotong.

      Delete
  10. Kak..mcm mma nk tahu pulut dh masak ye...huhu...ingtkn masukkan semua sekali harung je...hhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucuk sikit dg pisau tajam dan korek sikit pulut. Dan kalau dah masak, bole tutup api. Kuah pun akan kelihatan naik minyak

      Delete
  11. Ni menarik..kakak2 saya nak buat family gathering portluck..dalam list nama saya kena ketupat sotong..harap menjadi lah nak buat nanti..😂

    ReplyDelete
  12. Pulut tu isi penuh ke dlm sotong kak?

    ReplyDelete