8 Aug 2012

Hidayah dan Spaghetti Aglio e Olio


Spaghetti Aglio e Olio


Ini adalah menu sahur minggu lepas di mana kami bersahur dengan Spaghetti Aglio e Olio lagi atas permintaan Aween. Aglio e Olio ni mudah jer, bahan utama cuma minyak olive dengan bawang putih. Jadi walaupun diberitahu last minute sebelum masuk tidur, saya kira layan jer lah selera dia tu. 

Lagi pun rasanya tak berselera nak bersahur dengan spaghetti yang berkrim dan berkeju sangat sangat. Kebetulan ada sedikit lagi sotong dan cendawan, jadi saya campak campak masuk sekali. Aween komplen sebab katanya pedas sikit walaupun sedap. Saya sebenarnya cuma memasukkan 3 biji cili kering ke dalamnya. Tak sangka lah pulak, cili kering tu boleh bagi pedas sebab ianya hanya dipotong panjang jer. Haaa itulah penangan cili, sekali dia bagi, pedas terasa. Alaaa macam perumpamaan siapa makan cili, dia terasa pedas. Hahaha ini tak ada berkias kias atau menyindir apa apa ni, tapi cuma entri orang tengah mengong jer.

Nak citer sikit ni, harap jangan lah ada yang tak nak baca ya. Kesian saya citer sorang sorang kalau saya tulis, saya post dan saya sendiri baca. Kesian kan? Citernya gini, dalam tazkirah malam tadi, Ustaz menyentuh berkenaan Hidayah Allah. Hidayah ni adalah sesuatu yang amat mahal, bukan mudah nak mendapatkannya. Satu hari berapa kali kita minta hidayah dr Allah? Berapa? 17 kali sehari kita minta hidayah di dalam solat kita.

Hidayah adalah hak Allah dan akan diberi kepada sesiapa yang Allah mahu kurniakan. Dalam Quran terdapat banyak cerita berkenaan orang orang yang diberi hidayah dan mereka yang tidak diberi hidayah, sebagai contoh suami mendapat hidayah tetapi isteri tidak mendapatnya, seperti kisah Nabi Nuh dan Nabi Lut. Ada pula kisah yang isteri mendapat hidayah tetapi tidak suami seperti kisah Firaun di mana isteri Firaun beriman dengan Nabi Musa. Dikisahkan juga bapa saudara Nabi sendiri yang menjaga dan melindungi Nabi, tidak diberi hidayah oleh Allah sehingga disebut dalam Al Quran berkenaan perkara ini.

Bagaimana mahu tahu jika telah mendapat hidayah selepas hampir 2 minggu berada di bulan Ramadhan yang mulia dan barakah ini? Ada 3 tanda menunjukkan seseorang telah diberi hidayah Allah. Jom kita semak diri kita, apakah kita telah ada tanda tanda tersebut, jika belum ada, masih belum terlambat kerana kita masih berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Insya Allah jika umur kita panjang, kita masih berkesempatan memohon hidayah Allah. Tanda tandanya adalah:

1. Merasa seronok dan lapang dalam mengerjakan ibadah. Rasa seronok untuk menjalankan perintah Allah dan sunnah Nabi. Tidak rasa terbeban, sesak nafas dan sebagainya. Apa saja perintah Allah, kita hendak lakukan dengan senang hati. Orang yang tidak mendapat hidayah Allah akan merasa sesak seolah naik ke langit apabila pernafasan menjadi tersekat sekat, rasa malas untuk ke masjid, untuk bangun bersolat malam dsb.

2. Merasa tenang untuk melakukan perintah Allah. Tiada rasa takut dan tiada rasa sedih. Contohnya, semua orang sayang duit kan? Duit yang kita bekerja dan kita kumpul. Orang yang mendapat hidayah, tidak ada rasa takut untuk hilang duit kerana bersedekah dan membayar zakat dan tidak ada rasa sedih selepas hilang duit yang telah dibayar sedekah dan zakat.

3. Benci melihat segala kemungkaran kepada perintah Allah. Benci melihat segala bentuk maksiat. Cuba mencegah dengan kekuasaan bagi mereka yang berkuasa seperti ibu bapa, dengan lidah iaitu dengan menegur dan akhir sekali jika tidak mampu hanya mencegah di dalam hati dengan merasa benci dengan kemaksiatan yang berlaku. Benci akan perkara mungkar adalah fardhu ain pada semua umat Islam.

Semak lah diri kita sendiri, apakah kita telah mendapat hidayah? Jika jawapannya ya, bersyukur kepada hadrat Illahi dan kekalkannya dengan berazam untuk terus melakukan kebajikan sehingga kita menghembuskan nafas terakhir. Sementara kita masih berada di dalam bulan Ramadhan ini, perbanyakkan lah amal ibadat terutama kepada mereka yang belum mendapat hidayah Allah. Jom kita berubah, berubah cara solat, cara bertingkah laku, cara menahan marah dsb. Kalau tidak di bulan Ramadhan ini kita berubah, bila LAGI?


10 ulasan

waaa...sahur2 layan western tue kak azie....sama la mcm asz...anak time buka n sahur layan jer la menu yg dia nak..:))

salam Azie cayang..
alhamdulillah kita masih lagi sihat dan berada dalam bulan ramadhan yg mulia ini sama2 lah kita rebut peluang keemasan ini yang tahun depan belum tentu kita dpt merasainya hanya ALLAH yang tau segalanya
berbalik pada Azie anak2 akak suka sngt kalau pasta2 ni tak kira apa saja pasti licin kalau akak buat,selamat berpuasa dan mengerjakan ibadah ya Azie <3

As, yg penting mereka bangun makan

Wslm. Betul lah, Kak Noor. Budak budak zaman skrg punya selera berbeza dg kita. Kita suka macam nasi nasi. Goreng ke, nasi putih ke. Selamat berpuasa dan selamat mengerjakan ibafah utk Kak Noor dan famili juga

Assalamualaikum Kak Azieee... Ani datang ni n follow sekali wah wah hati tertarik tgk resepi di sini banyak yang Ani boleh teroka ni.. terima kasih atas perkongsian ttg "hidayah" Ani hargai.. ;)

Wow! Italian sahur, very nice!

Ani, terima kasih kerana sudi membaca. semoga kita dapat menjalinkan persahabatan dengan lebih erat lagi

This comment has been removed by the author.

PH, my kids really love pasta


EmoticonEmoticon