10 Jun 2012

Karipap Sardin Lagi


Karipap Sardin

Ish ish ish rajin nyer Azie di hari minggu.. Semalam pagi pagi ada kuih, tengahari sikit ada Karipap Sardin pula. Hahaha jangan salah faham, rajin pun ya juga tapi karipap sardin ni hasil dari magik yang saya buat. Baca baca jampi sikit, terus keluarnya karipap. Jeng jeng jeng karipap yang difrozen baru ni lah, yang siap untuk dinikmati dalam masa kurang dari 15 minit. 

Magik lah tu... sebab bila rasa nak makan jer, terus ada depan mata. Tak lucu ya? Memang pun... saya pun rasa gitu juga sebab tak ada benda yang boleh membuatkan saya berketawa hari ini. Saya pun tak tahu kenapa sejak dua menjak ni, rasa stress sangat, rasa nak marah jer. Rasa tak puashati jer. Tak sukalah tengok rumah berhabuk ni... eee tak suka tak suka.  Kalau dah tak suka, kena lah buat sendiri. Itu yang menjadikan saya penat tahap gaban ni.


Karipap Sardin

Dari merapu tak tentu hala, baik lah kita layan gambar gambar karipap dan resepi di bawah ni. Saya letak resepi ini untuk memudahkan rujukan. Bukan apa, saya sendiri kadang kadang susah nak mencari resepi yang telah dipublish sebelum ni. Bukan susah pun, sebab saya cuma perlu copy n paste jer. Kalau nak tengok juga yang sebelum ini, rujuk di SINI.

Karipap Sardin

Karipap Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Kulit:
1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin yang dicairkan
225ml air  dari peti ais
Garam

Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas yang besar.
Buat lubang tengah-tengah timbunan tepung.

Panaskan majerin atas api yang kecil hingga mendidih. Tuangkan majerin yang dah dicairkan tadi. Gaulkan dengan sudu sehingga bancuhan tepung menjadi seperti serbuk roti.

Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat tahap kelembutan yang sesuai. Doh menjadi lembut dan tidak melekat pada tangan.

Masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti ais sekejap. Sebelum menyediakan doh, saya menyediakan inti dulu bagi membolehkan inti sejuk.

Bahan Inti Sardin:
1 tin sardin cap Ayam Brand
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1-2 biji ubi kentang - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - hiris
Sedikit cili kisar (ikut pedas disukai)  
Daun sup/daun bawang
Garam secukupnya

Sardin diasingkan ikan dan kuahnya. Hancur hancurkan isi ikan. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan ubi kentang dan masak sehingga agak lembut.

Masukkan isi ikan, bawang besar dan cili merah. Goreng sehingga masak.

Akhir sekali, masukkan garam dan daun sup. Jika terlalu kering, masukkan sedikit kuah sardin. Biarkan sejuk seketika.

Cara cara menyediakan karipap:
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai di atas papan pencanai yang ditaburkan sedikit tepung gandum. 

Tekap dengan acuan atau dengan gelas. Masukkan inti sardin yang telah disejukkan. Tekan tekan di bahagian tepi sebelum dikelim. 

Goreng di dalam minyak panas yang banyak hingga tenggelam dengan api yang perlahan. Sentiasa dibalik balikkan dengan perlahan.


Karipap Sardin

Karipap Sardin

Petua petua:
Cara menggoreng untuk mendapatkan karipap yang rangup dan tidak bergerutu. Panaskan minyak yang banyak, bila dah panas, tutupkan api dan masukkan karipap. Lepas tu, baru dihidupkan semula api dapur yang kecil sahaja. Selalu dibalik balikkan dengan berhati hati dan goreng hingga keemasan. Jangan isi terlalu banyak dalam satu masa. Ulang proses yang sama untuk kali kedua dengan tutup api dahulu.

Karipap yang lebih jika mahu disimpan adalah seperti berikut:
1. Dengan menyusun di dalam dulang beralaskan plastik dan simpan dalam peti ais dalam 1/2 jam. Kemudian keluarkan dan susun dalam tupperware. Boleh simpan bertingkat tingkat dengan tak perlu meletakkan plastik pun kerana ianya tidak akan melekat sebab kulit karipap dah keras. Jika mahu letak plastik pun boleh juga. Yang penting karipap dikeluarkan dari bekas ketika beku agar tidak melekat satu sama lain.

2. Goreng karipap separa masak dan simpan dalam freezer. Lebih cepat dan mudah semasa menggoreng kali kedua.

3. Bakar karipap di dalam oven dalam 10 minit sekadar mematikan tepung. Lepas itu disimpan di dalam freezer. Insya Allah tak melekat semasa hendak digoreng


10 ulasan

wahhhhhh best nyerrr isk isk isk lapo lak rase nyer hehehhe

Kami pun laju jer semalam. Memang tak cukup. Karipap sardin kalau buat sendiri, memang puashati. Isinya nampak lah sardin.

aduii sedap tu Zie karipap sardin selalu akak kalau buat mesti yg kentang dan ayam or daging je belum pernah buat yg sardin ni lagi sempoiii kan mesti try jugak ni.. teringin apam balik Azie tu dah beli jagung hee tak tau bila nak buat..

Kak Noor, I ni kalau apa apa yang berasaskan sardin memang jadi kegemaran lebih lebih lagi karipap sardin. Sedap sangat dan boleh berebut dengan anak anak kalau karipap sardin ni.

Kak Noor, sempoi sangat apam balik tu. sedap sebab bahan tabur banyak. Dah buat update ya.

karipap buat sendiri jugak yg best...hehehhe..lama btul tak buat karipap sardin..malas nak kelim...kekekke

Quinnie, betul yang homemade juga sedap. Yang dijual kat kedai, kadang kadang buat kita sakit hati. Depa ni pandai masak ke tidak, nak berjual kuih sekadar nak untung jer. Tak sedap langsung. Sepatutnya untuk dijual ke untuk dimakan sendiri ke, mestilah rasa nya sama. Nak untung lebih, jual lah mahal sikit. Orang tak kisah bayar mahal asalkan sedap.

emm sedapnya. x sabar saya nak mencuba resipi ini ;)

Aduh, saya sendiri jadi kecur air liur bila tengok karipap sardin yg mmg my forever favourite

kak azie, saya tak ade margerin.. boleh tukar kepada butter?


EmoticonEmoticon