28 May 2012

Pulut Merah Geng Lompat Tikam


Pulut Merah Geng Lompat Tikam

hahaha saja jer, dah tak ada kerja gamaknya. Sini Azie nak tayangkan Pulut Merah yang dimasak bersama Kuih Lompat Tikam di SINI. Bukan apa, dulu dulu hanya membuat Pulut Kuning di SINI


Pulut Merah Geng Lompat Tikam

Itu yang teruja nak menayangkan di sini walaupun semuanya sama, cuma pewarna sahaja yang berbeza, dan menghasilkan warna berbezalah. Itu sudah tentulah kan. 

Kalau pewarna berbeza, menghasilkan warna pulut yang sama, memang sah kena gi jumpa doktor tu. Check mata kot kot dah rabun warna. 

Jom kita layan...


Pulut Merah Geng Lompat Tikam

Pulut Merah 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Pulut - rendam dan tos
Santan secukupnya
Pewarna merah
Garam

Cara cara
Pulut dibasuh dan rendam dalam 30 minit. Titiskan pewarna merah. Kemudian ditoskan.

Panaskan pengukus sehingga airnya mendidih. Kukus pulut sehingga masak dalam 15 minit.



Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuang santan yang disatukan dengan garam sedikit demi sedikit. Gaul rata dan agak agak pulut lembut sahaja.


Pulut Merah Geng Lompat Tikam

Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 15 minit. Sementara dikukus, balik balikkan pulut supaya masak sekata dan tutup lagi.



Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar.


Pulut Merah Geng Lompat Tikam

 Gaul rata dan boleh dihidangkan.

Pulut Merah Geng Lompat Tikam

Bolehlah dihidangkan dengan Kuih Lompat Tikam atau dijadikan Pulut Semangat. Letak seekor ayam golek atau ayam percik atas pulut tu dan pacak bunga pahar di tengah tengah ayam. Wah best nyer. 

Dulu kalu ada pembesar negara datang ke tempat kita, mesti pulut semangat gini yang dibuat dan berarak mengiringi mereka. Tapi itu dulu, kini semua tiada lagi perarakan seumpama itu.

Pulut Merah Geng Lompat Tikam

Taadaaa siap...

8 ulasan

cantiknya kaler pulut tu rasa nya manis tak Zie akak tak pernah la pulak pulut ceggini biasa nya kalau pulut mesti putih or kuning je nnati boleh try pulut merah lagi ek..

Kak Noor, sama jer dengan pulut kuning, cuma warnanya merah. Kalau untuk hantaran kawin, cantik menggunakan warna merah. Gula dimasukkan sedikit sahaja bagi mengilatkan pulut. Nampak cantik bersinar.

Tapi orang Kelantan, memang suka makan pulut cicah dengan gula dan telur dadar.

CW, cantikkan? Bila cantik, nak makan lagi berselera.

As'salam Azie

first time ct tengok pulut berwarna merah, selalunya warna kuning atau hitam hehe. kalau hitam tu pulut hitam lah, hehe.

sedap lompat tikam ni, tapi tulah yang suka dan gemar hanya ct dan suami jer yang lain2 tak pandanglah Azie :)

Wslm CT, kalau buat pulut hantaran, cantik sangat ni. Di Kelantan, biasanya dibungkus kecil dan disusun keliling batang pisang. Nnt cucuk bunga telur di batang pisang,

Itulah masalahnya semua anak anak sekarang tak suka kuih tradisional. Bayangkan apa masakan dan kuih muih orang Melayu 10 tahun akan datang.

Pn Azie, Well done..looks so delicious...:D

Shima, it is delicious. I mmg suka pulut, boleh makan gitu jer atau dicicah dengan gula atau dimakan dengan telur dadar yang dihiris nipis nipis. Kalau ada rendang, dah kira bonus lah


EmoticonEmoticon