26 May 2012

Nasi Kerabu Kelantan


Nasi Kerabu Kelantan Azie Kitchen

Nasi kerabu memang sinonim dengan negeri kelahiran ku, negeri Che Siti Wan Kembang yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Resepi nasi kerabu ini juga ada dimuatkan dalam majalah MIDI, nak tengok boleh klik di SINI

Ada 2 jenis nasi kerabu disediakan di Kelantan. Yang biasa adalah nasi kerabu putih yang dimakan lengkap dengan kuah tumis. Susunan hidangan nasi kerabu yang biasa adalah dimulai dengan nasi, ulam, sambal kelapa, kuah tumis dan budu.


Nasi Kerabu Kelantan Azie Kitchen

Ada pula versi biru, yang tidak dimakan dengan kuah tumis, sebaliknya hanya dimakan dengan ulam, sambal kelapa dan sambal cili. Di atasnya, diramaskan beberapa keping keropok goreng dan dimakan dengan daging bakar atau telur masin. 

Ini kira versi baru sebab masa kecil, saya hanya makan versi nasi kerabu putih jer. Tak tau lah kat tempat lain. 

Nasi Kerabu Kelantan Azie Kitchen

Saya memang belajar buat nasi kerabu ni sejak dari remaja dan kebetulan sekarang Nana pula memang suka makan nasi kerabu. Bagi memastikan kuah tumis yang sedap, saya sms sepupu saya, Cik gu Wan Faizah bertanyakan cara cara beliau menyediakan kuah tumis yang sangat sedap. Beliau memang handal dalam bab masak memasak terutama masakan Kelantan seperti juga emaknya, yang saya panggil Kak Nik Bidah. 


Nasi Kerabu Kelantan Azie Kitchen

Kuah tumis ni saya buat malam tadi kerana ianya lebih sedap jika disediakan at least semalaman. Tapi frust sikit sebab kejadiannya tak berapa mengancam kerana walaupun memasak berjam lamanya, macam tak berapa naik minyak. 

Saya rasa santan yang diguna telah dicampur dengan tepung kot. Zaman sekarang ramai orang suka mengaut untung dengan cara begini.  Zaman dulu saya tak tumis pun bahan kisar. Semuanya dimasak lama lama sehingga pecah minyak. Tapi kini kita perlu menjimatkan masa dan kos juga.

Ulam ulaman ni kalau di zaman dulu, kami masuk hutan untuk mencari ulaman dibuat nasi kerabu seperti daun penna, pucuk gajus dan macam macam lagi lah. Tapi zaman sekarang susah nak mendapatkan ulam macam tu, jadi sayur kubis digunakan sebagai ulam utama.  

Kalau dah ada ulam ulaman ni, bolehlah sekali buat Laksam Kelantan sebab ianya menggunakan ulam yang sama. Klik di SINI untuk resepi Laksam.

Nasi Kerabu Kelantan Azie Kitchen

Kelapa parut pun telah digoreng malam tadi. Begitu juga ikan rebus. Pagi ini tinggal menyiapkannya sahaja serta memasak nasi dan menghiris ulam ulaman. Saya memang suka meratah sambal kelapa ini. Masa kecik dulu, sambil menumbuk sambal kelapa, sambil masuk mulut juga.


Nasi Kerabu Kelantan Azie Kitchen

Walaupun nasi kerabu biru tapi saya sediakan juga kuah tumis. Kiranya nasi kerabu ni dah kawin kedua dua versi nasi kerabu lah. Sebab saya memang suka nasi kerabu original yang menggunakan kuah tumis. Sebab tak ada bunga telang, letak jer sikit pewarna biru. Tak nak letak warna pun tak apa, biarkan putih. Jom layan lah resepinya dulu...


Nasi Kerabu Kelantan Azie Kitchen

Nasi Kerabu Kelantan
Oleh: Azie Kitchen


Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.


Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 biji bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula 
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 



Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.


Sambal Kelapa

1 ekor ikan kembung - rebus & ambik isi

1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. 

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.


Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

Lauk pauk
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa jer yang disukai

Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.

Nasi Kerabu Kelantan Azie Kitchen

Nasi Kerabu Kelantan Azie Kitchen

Gaul rata dan sedia untuk dinikmati...

Nasi Kerabu Kelantan Azie Kitchen

 Enjoy...





80 ulasan

Nasi Kerabu Ori Kelantan yang dimasak oleh orang Kelantan, memanglah sedap. Sebab rasanya ori seperti nasi kerabu di Kelantan juga.

ermmmm mmg suker nasik nie xpandai nk buat ...time kasih bg resepi nyer...Penah pi kelantan umah kakak ipar mkn xtau ketam masak ape cam rendang ade cam kari ade but sedap sgt..sampai skrg xpenah rase lg..satu lg suker laksam xtau masak gak hehhehe...D5 mmg suker mkn sebab tu suker tgk resepi pastu cube2 masak..sonok biler tgk blog yg ade resepi nie best...:D

D5, cuba ikut resepi di atas, memang berbaloi. Saya sejak kecil selalu menolong my mom membuat nasi kerabu. Cuma lama tak membuatnya sendiri kerana agak banyak benda yang nak disediakan. tapi kalau ada pembantu, tak ada masalah. Sediakan awal awal mana yang perlu. Kerja menjadi bertambah mudah. Nanti ada cadangan nak buat laksam juga. Tengok masa yang sesuai.

nasi kerabu mmg fav....kalau time pasar je wajib beli ,nk buat x pandai...nanti2 nk belajar buat jugak....btw,thanks sudi share resepi nasi kerabu ini....

Myda, kalau ramai yang ada, bagus juga cuba dimasak sendiri kerana jimat dan boleh makan dengan bertambah tambah. Tak susah sangat.Saya seronok sangat tengok anak anak saya hari ini makan bertambah tambah dan mengulang ulang. Berbaloi dan puashati sekali.

sedap nya Zie nak try lah nnti bunga telang dah ada utk buat nasi tu resepi pun dah ada tunggu mood rajin je lagi ni..

Memang nasi kerabu best sangatttttttt:) Makan dengan keropok..Aduhai..Tambah nasi la jawabnya kejab lagi:) Kalau dekat kampung, nenek selalu buat nasi kerabu bila bulan puasa..ulam ulaman still cam biasa..bukan kubis..tp ulam yang dipetik di hutan..best sangat:) Lepas tu makan dengan ayam bakar.Menjilat jari sangat..Saya pun orang Kelantan...Duk mana2 pun, rasa nak makan nasi kerabu je.Lidah orang Kelantan memang tak dapat nak berpisah dari masakan Kelantan :)

salam kenal Azie...Iza memang suka nasi kerabu,tapi nasi kerabu kelantan x pernah rasa lagi,nampak sedap sangat...

wah orang Brunei pulak yang ada bunga telang ya. I dulu ada diberi benih oleh my friend. tapi tak tanam hingga lah biji benih pun hilang. jangan lupa taruk serai atau daun limau purut dalam nasi. wangi jer.

Hi statemate. Betul sekali, walau di mana berada, masakan Kelantan juga yang sedap di tekak ni. Sekarang macam macam lauk yang boleh digandingkan dengan nasi kerabu. Bergerak ikut arus pemodenan lah tu. zaman dulu hanya ikan celup tepung dan telur masin serta bawang putih jeruk

wslm Ilham. Yang saya tahu dulu, nasi kerabu berasal dari Kelantan. Tapi bila orang Kelantan bergerak ke mana mana negeri, maka nasi kerabu juga terdapat di negeri negeri lain. Asalnya nasi kerabu Kelantan juga tapi mungkin diubahsuai.

Kalau makan pagi di Kelantan, 3 menu utama ialah nasi berlauk, nasi dagang dan nasi kerabu. Banyak gerai dan kedai makan menjual samada salah satu dari menu atau kesemuanya sekali.

mmg best nasik nie ditambah pule kalau mkn ngan solok lada kan perrrghhhhh mmg mengancam..Btw thanks sbb bg resepi laksam jugak suker...suker..suker...hehhehe :D

huhuhu bila lah nak slim ni. Makan semuanya rasa sedap di tekak. Apa nak buat ni, camne nak buat ni. tolooooongg

Salam Pn Azie, Nasi kerabu ni memang one of my favourite dishes....yummy yummy sedap sangat tengok Pn Azie punya nasi kerabu tu...shima klu rasa nak mkn selalu pegi ke kelantan delight or Belanga....:D

Shima, my feveret too. Nasi kerabu hari ini bukan sahaja nampak sedap tetapi memang rasa sedap. ceewahh puji diri sendiri. Saya memang makan menambah nambah hari tu. Anak anak pun bukan saja makan menambah tetapi juga makan berulang ulang sampai habis.

Pn Azie....memang benar yr nasi kerabu looks so tempting la...together-gather with the telur masin tu..waduh waduh..mesti terangkat habis ni...:D

Shima, inilah masalahnya. Asyik dok teringat jer. I ada buat extra kuah tumis dan simpan dalam freezer sebab proses memasak lama, jadi bila buat banyak berbaloi dengan masa. Untuk makan kali kedua, tinggal panaskan jer.

suka la blos akak ni...

Terima kasih kr mengikuti blog saya. Yg nyata blog saya tak ramai follower, kerana ramai silent reader

buat saya terliur ni akak azie...meme sedap nasi kerabu ni. jemputlah ke blog sy yg suam2 kuku tu.

salam. nasi kerabu meme la my favourite...jemputlah ke blog sy plak. tq.

Insya Allah. Terima kasih kr mengunjungi

terliurnya tgk ns kerabu akk..sy mmg penggemar ns kerabu...:-)

Insya Allah, resepi ini menghasilkan nasi kerabu yg sangat sedap

since saya dah jd org klate tahun ni..maka wajib saya blajar resepi ni, menggiurkan lah nasi kerabu akak..thanks akak coz sudi share resepi

Haa kalau macam tu, boleh cuba belajar buat Nasi Kerabu kerana ore Klate pasti suka nasi kerabu

assalam akak mohon amek resepi ek..nk try buat la.nmpak mcm sedaapppp.. :)

Wslm. Silakan. Nnt boleh share dg bagi feedback akan hasilnya.

Salam puan. Resepi puan memang hebat dan terbaik. Berbaloi saya masak selama 4 jam. Sehingga x larat nak buat ikan celup tepung. Semua saya ikut. Tambah solok. Tumis tu, memang terbaik. Terima kasih.

Alhamdulillah. Sejak kecil lagi, memang biasa buat nasi kerabu kerana tolong emak. Kuah tumis memang resepi cousin saya yg mmg sedap sekali nasi kerabunya. Saya minta dia bagi sukatannya sekali.

Assalamualaikum.... kak azie tq so much sudi share resepi mmg sedap husbnd puji hehehehe.... dah try masak mmg berbaloi2..... :)

Alhamdulillah. Bolehlah buat selalu sebab ia mmg menjimatkan

Wawa suka nasi krabu......susah nk cri nasi krabu sedap kt sarawak walaupun org malaya yg buat...kalo yg ori mesti sedap kn...yummy...

tgk gambar pun dh nampak menyelerakan,saya nk try buat ptg ni....x sabar nk rasa ns kerabu hasil air tgn sendri pasti sedap.Selalunya beli je ngn org2 kelatan...he2...thanks for ur resepi

Assalamualaikum Azie

tertelan air liuq ct pepagi ni, fav betul dengan nasi dari Cik Siti Wan Kembang ni..mengancammm!

Nasi kerabu memang makanan sarapan yg sangat popular di Kelantan.

Sedapnya nk try my hubby suka sgt bl kat pasar mlm, hope org png leh wat nasi kerabu gak. Thank akak yer :)

Nurul,
Insya Allah boleh. Nasi kerabu dah jadi makanan Malaysia, bukan lagi di Kelantan. Kat KL ni, malam pun ada nasi kerabu. Saya tak pernah jemu. Lagi pulak ulam ulamnya berkhasiat

Tq k.azie,sabtu ni sy nk bt kalu jd hehe

wahhhhhhhhhhhhhhh

tq kak atas resepinya..nak tnya, bunga telang tu sama dgn bunga kantan ka?

Salam kak.. sy ni tak pandai masak.. tp ada hati nk cuba buat nasi kerabu ni.. kalau ikut sukatan resepi di atas utk berapa org makan ye? mcm sambal tumis dan kelapa tu..tq:)

Bergantung kpd individu juga. Rasanya 7 org pun boleh. Sambal tumis tu, ambil beberapa sudu jer utk sepinggan. Kalau terlebih pun tak sedap pulak

Tq Kak Azie...dah 2 resepi saya cuba....almaklum suami asal dari kelate....selalu tengok mak mertua buat tp tak sempat nak catat.....

BESTNYaaaa..kene buat ayam percik lagi lah menyangkut..hehehe..kena cuba buat lahh ..ore klate tp malas nk cuba buat :)

Salam kak azie, tumpang tanya, santan untuk tumis tu berapa banyak kuantitinya ? Harap akak sudi balas :-)

Terima kasih.senang je rupanya.memang jd.dh cuba buat td..bestla.Santan tu agak2 je..xde masalah. :-)

Assalamualaikum...mohon share kat blog link akak ye!

Kak Azie terima kasih byk2......dah cuba mmg sedap dan siap ada yg buat temphan lg..Alhamdulillah - umidiana

Alhamdulillah...sedap sgt. terima kasih kak

salam..kak azie..stiap kali buat nasi kerabu mesti sy refer kat sini..resepi akak sebijik ngn resepi mak sy..tp sbb sy nih jenis malas nak salin resepi..so blog akak mcm buku nota saya la..thanX kak azie for great sharing..may Allah bless you.:)

Best la blog akak..sy selera ganu..husband selera kelate..memang kena dengan tekak kami..hehehe

kak azie kuah tumis tu untuk dimakan berapa orang?

kak azie, kuah tumis tu untuk dimakan berapa orang? santan tu sukatannyya macam mana?

Tuk brapa org mkn yer kak resepi ni??

Tak pasti lak. Kami buat utk makan sendiri jer. Rasanya 10 org pun cukup.

akk, mohon copy semua resepi akk ni ye..sy nk try buat..terima kasih..

Salam Sis,

I was still searching what to serve for the upcoming family gathering when i came across your blog for nasi kerabu. Decided to try cz was confident that it will turn out fine since you were from Kelantan. made it for my family gathering and all of them loved it.. It was awesome.. thx sis.!!

Sy nk cb resepi ni.. Wpun sy xmkn nsi krabu.. Tp suami sy suka sgt nsi kerabu.. Msk dmi utk dia.. Trm ksh for resepi.. Mcm sdap je.. Tp sy xde pwarna biru.. Ingt ni buh warna kuning.. Ok je kn.. Huhuhu

salam sis,

hee thanks for this awesome recipe. saya dah buat banyak kali, dan ada juga saya ubah sikit ,.
saya ada post kat page entry saya dan kreditkan blog sis. tq ya ^^

http://dumtaradumdum.blogspot.com/

berapa sukatan santan untuk resepi di atas

Saya guna 1 pek besar. Banyak mana pun ok sb akan dimasak aehingga pekat

Hi Kak Azie,

I just want to say thank you because I've tried your recipes for Soto, Nasi Ayam and many other dishes and they turned out so perfect! Sedap sangat sangat. Basically you've taught me how to cook a bunch of Malay dishes and taklah susah mana :)

I'll be making your Satay Goreng this Hari Raya.

Thanks again for sharing your recipes, passion and cooking adventures! May Allah bless you for your generosity.

asslmkm
saya nak copy resepi ni untuk tujuan pembelajaran
terima kasih

saya nk cuba masak..mcm best jew

Assalam Kak Azie, sy dah cuba buat nasi kerabu ni masa bulan Ramadhan tahun lepas, dan tahun ni nak buat lagi. Memang serius sedap! terima kasih kak! Moga murah rezeki akak kongsi resepi2 sedap.. Sy pun dah cuba byk resepi2 lain yg akak kongsi, eg. Sate goreng (sedap dan senang hokey!) , nasi briyani Pakistan, kuih pau etc. Semua mmg reliable recipes! Thanks again akak!!! :)

assalam kak azie,

sorry kalau dh ade org tanya atau akak dah ade mention , sy nk tnye part yg santan utk kuah tumis tu berapa ml/ cup?

Biasa saya guna satu pek plastik sederhana santan segar

As salam kak azie sambal cili padi tu cili padi ditumbuk ke? macam mana sukatan cuka? TQ

Tq untuk resepi .
Nak try buat esok.

Jom singgah ke blog saya
Aalishaku.blogspot.com

Tengok gambar pun dah rasa lapar. sedapnya nasi kerabu..hu

sedapnye nasi kerabu.. pn.azie, kelapa parut tu kena tumbuk ke selepas goreng? mohon halalkan resepinye ye..nak cuba buat :-)

Ikan dicelup dalam tepung yg dibancuh spt tepung utk pisang goreng. Sama macam goreng pisang lah.

Nasi kerabu yg warna biru tu sebenarnya berasal dr golok. Sbb tu ada org panggil nasi kerabu golok. Tp kalau di negeri lain byk org panggil nasi kerabu kelantan. Sebenarnya nasi kerabu tumis tu yg asal kelantan

Assalamualaikum.memang sedap.berbaloi rasanya.tq


EmoticonEmoticon