2 Apr 2012

Sotong Masak Lada Hitam

Sotong Masak Lada Hitam

Kami ada beli sotong lama dulu, disiang dan disimpan dalam freezer. Dah lama nak memasaknya, asyik tertangguh tangguh. Jadi bila hari ini, teringat nak memasak untuik makan malam, saya terus hantar bbm kat anak lelaki minta dia mengeluarkan sotong dari peti ais.  

Jadi sampai jer di rumah saya boleh terus memasak tanpa perlu menunggu ianya di  defrost. Saya memang tak suka defrost menggunakan microvave.

Sotong Masak Lada Hitam

Kalau biasa, sotong akan digoreng menggunakan garam kunyit jer atau paling paling pun saya akan membuat sotong goreng kicap. 

Tapi bila google mencari resepi yang lain, terkeluarlah resepi Sotong Masak Lada Hitam dari dapur Ummi yang gambar nya sangat mengancam dan membuat saya terus terasa lapar.

Jom layan resepi di bawah..

Sotong Masak Lada Hitam

Sotong Masak lada Hitam
sumber: Ummi

Bahan:-
500 gm sotong sederhana besar (dipotong kecil)
1 labu bawangbesar (dipotong gelang)
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 pokok daun bawang
1 biji tomato - dibelah 6
Garam secukup rasa (sos lada hitam sudah masin)


Bahan Tumis:-
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 tangkai cili merah & hijau - dihiris

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.

Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam, kacau sebentar.




Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.




Siap untuk dihidangkan. Taburkan daun bawang.



2 ulasan

sedap nya Zie tapi dah malam lah tk boleh makan lagi ada ni sotong dlm frezer tu haa boleh lah try esuk lusa pasti ngancam ni kan

Tadi seronok baca coretan Noor masa di London. Seronok kan pernah tinggal di sana. I pun patut nak diet ni sebab kononnya sebelum bercuti, nak slim dan fit kan sikit. Tak ada termengah mengah. Tapi tadi dah termakan malam juga lah sebab kena sangat kombinasi sotong, sardin dan kacang botol goreng belacan tu


EmoticonEmoticon