22 Apr 2012

Sotong Goreng Sempoi

Sotong Goreng Sempoi
Hubby balik dari kedai runcit, dibelinya juga beberapa ekor sotong yang kelihatan agak fresh. Saya sebenarnya suka memasak sotong dengan resepi ringkas jer untuk tidak menghilangkan keenakan sotong yang sebenar. 

Tapi saya tak mahu lah goreng kosong jer. Jadi main campak campak jer. Hmm hasilnya sedap sekali. Jom layan resepi...


Sotong Goreng Sempoi

Sotong Goreng Sempoi
Oleh: Azie Kitchen

Sotong - dikelar dan hiris kecil
3 bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
1 cili merah - hiris
3 helai daun limau purut
1 batang serai - hiris halus
Kunyit hidup - tumbuk
Garam

Tumbuk kunyit hidup dan garam. Lumurkan pada sotong dan biarkan sebentar.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai sehingga wangi. Masukkan sotong dan masak sehingga air kering. Jika air banyak, boleh dibuang keluar sedikit.



Masukkan minyak masak sedikit lagi supaya sotong bergoreng.

Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan terus tutup api.


Sotong Goreng Sempoi

Bolehlah dihidangkan panas panas.


EmoticonEmoticon