Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kacang Botol Goreng Belacan

Kacang Botol Goreng Belacan

Banyak pulak stok kacang botol di rumah kerana hubby beli lagi di kedai runcit semalam tanpa menyedari yang saya telah membelinya di Giant. Kalau sekadar dimakan sebagai ulam, nampak gaya akan masuk food disposer jer lah. 

Jadi itu yang terus teringat untuk digoreng. Pasti sedap dimakan kerana ianya akan rangup sekali. Krup krup krup bila dikunyah, serius ... tak percaya cuba kunyah...

Kacang Botol Goreng Belacan

Dulu masa rumah di USJ, kami menanam 2 pokok jer kacang botol tapi berbuah buah sampai tak termakan. Saya ni jenis yang akan makan kalau dihidangkan depan mata, kalau mengharapkan saya menghidang sendiri ulam ulaman ni, memang susah lah sikit. Maknanya saya ni kurang menggemari ulamlah tu... 

Kacang Botol Goreng Belacan
Kacang Botol Goreng Belacan 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Kacang botol- potong menyerong
1/3 cawan minyak masak 
Garam secukupnya 
Secubit serbuk perasa - opsyenal

Bahan tumbuk:
1-2 tangkai cili merah -jika suka pedas tambah cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam udang kering - boleh guna ikan bilis
1 sudu besar belacan

Cara cara:
Bahan tumbuk ditumbuk kasar kasar. Jangan hancur sangat.


Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing.


Masukkan kacang botol, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan goreng sekejab sahaja supaya kacang kekal rangup.


Kacang Botol Goreng Belacan

Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan panas panas.

Kacang Botol Goreng Belacan

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Kacang Botol Goreng Belacan"

  1. Nampak best nak try la cantik lak tu

    BalasPadam
  2. Nak try right now. Ada kacang botol banyak i beli dri tesco. Later will comment ok taste cam ne

    BalasPadam
  3. Resepi ni dah ada kt blog hasue thn 2009 dia amik dari blog love..resepi sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya goreng belacan ni sejak berpuluh tahun dahulu. Biasanya goreng sayur kangkung tp zaman tu tk ada blog. Kalau sama dg resepi orang lain, maknanya saya google mencari idea utk dimasak dan ikut resepi yg dikongsi sebagai jalan mudah utk memasak. Biasanya resepi macam ni sama jer dg masakan mak mak zaman dulu. Jadi tak perlu disebut sebut kr resepi macam ni bukan sesuatu yg unik.

      Padam
  4. Betul tu Kak Azie, x semestinyo kalu resepi tu samo hok demo, bermakna kita copy hok samo..jame tok nenek dlu lg eh duk buat kace botol gore nih..x suka x pyh ikot..bobe bobe jah panda..sy sokmo ikot resepi kak azie kalu nk masok..hihihi..x yoh caro ko hater2 tu azie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat. Zaman nenek moyang kita lagi orang dah goreng macam ni. Bukannya ada keunikan pun. Hahaha cuma zaman tak ada blog, ya

      Padam
  5. Setuju!!sy pun goreng cara ni..ikut mak nenek dulu2..bkn bermakna kita ikut resepi org..cara kita,kitala..

    BalasPadam