18 Mar 2012

Saudi Beef Kabsa Untuk Hidangan Brunch


Saudi Beef Kabsa

Hari ini saya memang tak plan pun nak masak apa apa, bila masuk dapur jer, baru dapat idea untuk memasak Beef Kabsa kerana tidak ada stock lamb di dalam freezer. Kalau ada, tentu menunya Lamb Kabsa kerana saya ada resepi Saudi Lamb Kabsa yang disalin dari internet yang ditulis oleh orang Arab.  

Kebetulan hari itu, saya membeli daging batang pinang segar dari Giant, jadi sesuai untuk dibuat nasi Kabsa kerana daging batang pinang tidak perlu direbus terlalu lama. 

Saya dah ubahsuai sikit dengan memasak secara mengasapkannya dengan arang kerana teringinkan bauan nasi yang dimasak dengan arang seperti cara memasak Mandy Rice sebelum ini. Memang sedap jadinya nasi kita bila diselaputi aroma asap arang.

Saudi Beef Kabsa

Memang berbaloi memasak sendiri nasi arab ni, jimat dan cara penyediaannya juga sangat mudah. Kalau makan di kedai sepinggan dah RM15, itu di gerai biasa tapi kalau di Al Rawsa, tentunya RM20 lebih. 

Dan yang paling saya suka sebab tak perlu lagi menyediakan lain lain lauk pauk. Siap sahaja dah boleh makan. Tak perlu nak mencari lauk lain lagi. Cuma pagi ini saya dah terlebih rajin, saya menyediakan Boiled Parslied Potatoes, resepi Laura Calder dari rancangan AFC. Klik resepinya di SINI.

Jom layan resepi yang dah lama terperap dalam ipad saya... 


Saudi Beef Kabsa
Saudi Beef Kabsa

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging – potong kecil (batang pinang)
5 cawan beras basmathi - basuh & rendam 15 minit
3 sudu besar olive oil
2 tomato – potong dadu
2 bawang besar - potong dadu
1 sudu kecil halia - tumbuk
5 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk black pepper
8 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
2 batang kayu manis

2 black limes (tak letak)
4 ounce tomato sauce
1 chicken bouillon cube
Saffron (tak letak)
1 sudu kecil garam
2 helai bay leaves
Pine nuts and raisins (optional)

Cara cara:
Menggunakan api yang besar, masukkan daging, air dan chicken cube ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian tutup periuk dan perlahankan api sehingga daging empuk.





Menggunakan api sederhana, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, tomato dan halia sehingga kekuningan. 

Masukkan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Ditumis sehingga wangi.  




Masukkan tomato sauce, bay leave, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk black pepper dan garam. Kacau rata dalam 1 minit.





Masukkan beras yang ditos dan kacau supaya bergaul rata dengan rempah.



Masukkan daging dan kacau lagi.  Masukkan air rebusan daging ½ inci atas atau secukupnya dan pastikan beras berada di bawah daging.




Saudi Beef Kabsa


Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering. 

Buat lubang di tengah tengah nasi. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadi bara ke dalam foil berisi minyak tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. 

Balut periuk dengan aluminium foil sebelum ditutup periuk letrik dan biarkan sehingga nasi masak dalam 30 – 40 minit. Jangan buka penutup periuk sebelum waktunya. 


Saudi Beef Kabsa


Saudi Beef Kabsa


Bolehlah dihidangkan.


Saudi Beef Kabsa


 Enjoy...


2 ulasan

Sedapnya! InsyaAllah, nak cuba masak minggu ni.

Memang sedap nasi beriani Pakistan


EmoticonEmoticon