19 Feb 2012

Best Ever Cheesecake



Best Ever Cheesecake


Betul betul ia buat jiwa kacau. Hmmm jiwa jadi kacau. Isshhh geramnya. Saya memang tak suka dan tak mahu. Apa dia tu, yang buat jiwa saya kacau nih. Apa lagi the best cheesecake di SACC yang dihidangkan masa tea break lah. Sedap giler, kata budak budak sekarang. 

Saya memang tak berapa suka cheesecake, jarang beli, tak pernah beli pun rasanya. Kalau makan di hotel hotel dan ada cheesecake sebagai dessert, saya tak pernah mengambilnya. Anak saya minta dibuat cheesecake pun, saya buat tak tahu jer. Pendek kata tak terbuka hati lah.



Best Ever Cheesecake


Tapi hari ini, memang betul betul jatuh cinta dengan cheesecake. Cinta pandang pertama. Aduhaaaiii, teringat ingat nih. Malam tadi, kami ke City Bakers dan Village Grocer mencari bahan bahan untuk membuat cheesecake. Mula masuk dapur pun dah hampir 11 malam tadi, tunggu kek masak dah hampir pukul 1 pagi. Keluar dari oven tentunya dah pukul 2 pagi. Bangun pagi baru dimasukkan dalam peti ais. 

Masalah yang common dengan cheesecake adalah untuk mengetahui kalau kek sudah masak. Tapi kita mesti ingat yang kita mahu cheesecake yang nampak firm tapi bila digoncang loyangnya, kelihatan wobble and the centre will still look a little wet. Tapi bila sejuk, ia pasti mencapai tahap yang kita ingini untuk cheesecake. I decided untuk membuat juga kek malam ni walaupun dah lewat kerana cheesecake bukan kek yang boleh terus dimakan sebaik masak, sebaliknya perlu disejuk dan dimasukkan dalam peti sejuk untuk beberapa jam atau semalaman supaya keenakan cheese sebenar dapat dinikmati.

Ada banyak resepi tapi saya pilih resepi yang menggunakan bahan yang lebih mudah dan senang dicari. Resepi crust saya ambil dari resepi lain dan filling pulak dari resepi lain. 


Jom layan resepi dan gambar gambarnya... 



Best Ever Cheesecake

Best-ever Cheesecake 
Oleh: Azie Kitchen

Crust:
114g butter, melted 
200g of finely crushed Digestive/wheatmeal biscuits
50g granulated white sugar

Filling:
500g cream cheese, at room temperature
200g caster sugar
1 tbsp cornflour/cornstarch
3 eggs, at room temperature
2 tbsp of lemon, or more for tang
few drops of pure vanilla/vanilla extract to taste
pinch of salt
2 cups sour cream

Cara cara:
Sediakan bahan bahan supaya berada pada suhu bilik. Panaskan oven pada suhu 180C. Sapu butter cair pada loyang springfoam bulat saiz 22cm. 





Masukkan biskut ke dalam plastik dan ditumbuk hingga hancur. Masukkan gula, kacau rata dan tuang butter cair. 





Tekan adunan di atas base dengan menggunakan gelas, tekan dan ratakan.





Buka aluminium foil dan letak springform di atasnya. Balut springform. Letak satu lagi foil dan ulang supaya air dipastikan tidak masuk.





Putar cream cheese dan gula di dalam mixer sehingga gebu. Masukkan tepung jagung, kemudian telur satu biji dalam satu masa sambil diputar sehingga kembang dan gebu.







Masukkan lemon juice, vanilla dan garam. Akhir sekali masukkan sour cream dan putar sehingga rata.




Letakkan springform di dalam loyang lebih besar. Tuang adunan ke dalam springform dan masukkan loyang ke dalam oven 








Tuang air yang mendidih ke dalam loyang besar untuk membakar secara teknik "water bath".



Bakar pada suhu 180C selama 50 minit. Bila cukup masa, tutup oven tetapi jangan buka pintu oven sehingga 1 - 2 jam. Biarkan sejuk di dalam oven.





Tengok permukaannya di tengah tengah kelihatan agak lembab dan wobble bila digoncang springform.



Angkat springform dari water bath dan buka foil rata. Biarkan sehingga betul betul sejuk dalam springform di atas wire rack. Tutup permukaan springform dengan foil. Sejukkan selama beberapa jam atau semalaman di dalam peti ais sebelum dihidangkan. Lalukan pisau nipis tajam disekeliling springorm untuk mudah mengeluarkan kek.





Keluarkan kek dari springform. Potong kek dengan menggunakan dental floss atau pisau nipis yang tajam. Basuh pisau setiap kali selepas memotong.

 





Hias dengan topping yang disukai. Hidangkan kosong atau diletak apa apa topping (strawberries, cherries, whipped cream).


Best Ever Cheesecake


Best Ever Cheesecake



Saya tidak membuat sos topping, tapi jika ingin membuatnya, boleh cuba resepi sos topping di bawah. Enjoy ....


Sauce:
4 cups sliced strawberries (about 1 1/2 pounds)
1/2 cup water
2 tablespoons sugar
1 tablespoon water
2 teaspoons cornstarch
2 teaspoons fresh lemon juice

Satukan sliced strawberry, 1/2 cawan air dan gula di dalam kuali kecil atas api sederhana. Masak sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan simmer selama 5 minit. 

Angkat dan tapis dengan menekan nekan dengan spatula. Buangkan solids. Sos dimasukkan semula ke dalam pan. 

Satukan dan whisk 1 sudu besar air dan tepung jagung di dalam mangkuk kecil. Tuangkan dalam kuali dan masak hingga mendidih selama 1 minit. 

Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan ke suhu bilik dan akhir sekali masukkan lemon juice.


To Freeze:
Letakkan cheesecake yang telah disejuk atas baking pan dan masukkan dalam freezer tanpa ditutup sehingga agak keras sedikit.

Keluarkan cheesecake dari freezer, bungkus di dalam heavy duty aluminium foil dan letakkan dalam freezer bag. Seal dan masukkan semula dalam freezer. Boleh disimpan di dalam freezer untuk beberapa bulan.

Untuk dimakan, keluarkan cheesecake dari freezer, buka bungkusan dan letak dalam peti ais semalaman.



10 ulasan

Assalamualaikum kak Azie,

saya baru seminggu menemui blog kak azie dan rasa best sgt dgn setiap resepi yang di kongsikan.

Soalan saya simple saja. macamana nak ubahkan cheese kek tu dari lapik loyang ke atas cake stant tu? terima kasih byk2

Guna acuan yang boleh dibuka dari bawah

salam kak azie, sour cream tu boleh tukar kepada yougart tak?

Salam,kak bestnye resepi akak.nk cuba thanks kak share

Kalau cream cheese tukar jadi soft cheese boleh tak?

kak...sya dh try buat, cuma derhaka resepi skit...guna bahan ape yg ade. nk tanye, tekstur kek bile dh lembut, mmg mcm aiskrim skit ke kak? biasa beli ciskek, tak mcm tu sgt teksturnye

Kak azie..guna api baeah sahaja/ api atas bawah ye?

Atas dan bawah. Kecuali resepi ditulis atas atau bawah sahaja

Tq azie mmg sedap sangat2 ni dah kali ke 2 buat ank2 dan suami suka thankss


EmoticonEmoticon