22 Feb 2012

Apam Beras Yang Gebu

Apam Beras Yang Gebu

Sebaik tiba di rumah saya terus mengukus apam.  Sebelum balik, saya dah minta Juita tolong membancuh adunan dan memerapnya dulu. Jadi cepat disediakan kerana saya tak perlu lagi menunggu beberapa jam untuk adunan mengembang. 

Dari kecil saya memang suka makan apam. Maklumlah apam ni kira masakan yang banyak terjual di pasar pasar di kampung. Harga pun murah, makan pun memang mengenyangkan. Dapat pulak cicah dengan kelapa muda. Kelapa yang muda tau, baru sedap. Tapi kat sini susah sekali nak mencari kelapa muda, jadi terpaksa lah menggunakan apa apa kelapa parut yang ada.

Sementara dah ada TRIO steamer ni, tengahlah bersemangat nak membuat kuih kuih yang berkukus ni. Lebih lebih lagi sahabat saya, Yarina dok bercerita yang dia baru jer buat kuih apam. Lagilah teruja nak mencubanya.

Jom layan resepinya....




Apam Beras Yang Gebu

Apam Beras 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan (11gm)
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara
Kisar nasi dan air hingga betul betul hancur. Satukan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul sebati.

Tuang campuran nasi yang telah diblend dan kacau sebati.  Perap adunan selama 1 jam atau lebih.



Sapu sedikit minyak pada acuan. Selepas 1 jam, tuang  adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit.



Bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang dikukus dan diletakkan garam.





Enjoy...

3 ulasan

memang sedap resepi ni....terima kasih ats perkongsian

memang sedap! terima kasih ats perkongsian resepi

memang sedap dan gebus!!! thanks ats perkongsian resepi


EmoticonEmoticon