Cup Cake Untuk Majlis Hi Tea ...





Saya juga menyediakan cupcake untuk hi tea yang diadakan esok. Resepinya boleh rujuk dengan klik di SINI jer. Seperti biasa untuk meringkaskan kerja kerja, saya membeli pre mixed sahaja. Maklum esokkan hari bekerja dan anak anak pula bersekolah, jadi penyediaan akhir perlu dilakukan saya sendirian.

Kek ini dimasak petang tadi oleh anak anak dara saya. Senang hati sebab bila balik dari pejabat, dah tersusun cantik cup cake di bekas yang dibeli. Ini kali pertama nak merasmikan bekas hidangan cup cake ni. Kalau rajin, esok bolehlah dihias topping cup cake dengan diletak frosting. Yes, yes, yes memang cantik sekali dengan cawan kertas berwarna merah.


Jom kita layan gambar gambar cupcake yang disediakan oleh Juita. Balik dari sekolah, sempat lagi dia membuat final touch up dengan meletakkan frosting cream cheese.  Sedap tu.  Jom layannnn....




Cup Cake Untuk Majlis Hi Tea ... Cup Cake Untuk Majlis Hi Tea ... Reviewed by Azie on January 19, 2012 Rating: 5

No comments