Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Panggang Istimewa


Ayam Panggang Istimewa


Saya memang dah lama ingin cuba membuat ayam panggang atau ayam golek ke, tapi dulu tak berkesempatan sahaja walaupun bermacam macam jenis oven ada di rumah USJ. Tapi kini bila tak ada maid, rajin lah saya ke dapur untuk menyediakan juadah untuk my laling hubby dan 2 orang anak kami yang tengah membesar tu.

Saya dah lama menyimpan resepi dari Dapur Mina ini tapi baru hari ini berkesempatan untuk mencubanya. Memang sedap dimakan begitu sahaja terutama semasa masih panas panas.

Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya...  


Ayam Panggang Istimewa

Ayam Panggang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor  ayam (belah 2 atau potong 4)
Kunyit serbuk atau hidup sedikit
Sedikit halia
Bawang putih
Bawang merah
Sedikit lada kering (jika suka pedas)
1 paket rempah kari ayam (brand Babas)
Jintan manis sedikit
Jintan putih sedikit
ketumbar sedikit
2 batang serai yang dititik
Garam
sedikit serbuk perasa jika suka

Cara cara:

Kisar halus semua bahan-bahan kecuali serai. Jika suka, boleh tumbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar, biar rasanya tidak hilang semasa menggigit ayam panggang nanti. 

Bersihkan ayam dan potong ikut suka dan kemudian, ambik garpu dan cucuk-cucuk badan ayam tu supaya bila dilumur dengan rempah yang telah dikisar itu rempah ratus itu akan menyerap masuk ke dalam daging ayam dengan sekata. 

Lumur ayam dengan rempah dan bahan kisar bersama garam dan serbuk perasa. Rasalah terus garam dan gula. Jika suka manis, bolehlah masukkan sedikit gula atau madu. Perap dahulu. 

Masukkan dalam loyang pembakar yang disapu dengan minyak. Susun ayam dan selitkan serai yang dititik di dalam kulit ayam untuk menyerbakkan aroma semasa dibakar. 

Masukkan kentang yang sudah dikupas sebiji-sebiji, bawang besar dan tomato. Renjiskan 2 atau 3 tompok mentega atau marjerin ke atas ayam.  

Panaskan oven 180 degree. Bakar dalam oven selama 2 jam.  Bolehlah dihiaskan dengan daun salad dan tomato.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Ayam Panggang Istimewa"

  1. Sy suda try masak either bakar or gulai. Menjadi pilihan kalau mau masak ayam masak kari. Mr Husband pun suka :)

    BalasPadam