10 Dec 2011

Apam Pelangi Ombak Rindu




Apam Pelangi

 
Saya teringat untuk membuat apam ini adalah secara tak dirancang. Semuanya bermula apabila saya terpandang gambar kuih ini yang cantik berwarna warni dalam internet. Kebetulan saya memang bercadang untuk memasak kuih untuk di bawa ke pejabat pada hari isnin nanti. Jadi dari memasak kuih yang telahpun saya buat sebelum ini, lebih baik saya mencuba membuat kuih baru yang belum dibuat lagi. Kalau menjadi dan sedap, baru saya masak untuk dibawa ke pejabat.

Pagi pagi lagi saya dah masuk dapur untuk memasak apam ini di samping membakar apam bakar untuk sarapan pagi.  Apam ini memang sedap, gebu dan sangat lembut. Memang tak muak dimakan lah. Seperti yang dicadangkan oleh Yus, kawan sekolah saya, saya menamakan apam pelangi ini sebagai Apam Pelangi Ombak Rindu sempena mood saya yang masih terbuai dengan filem dan lagu lagu Ombak Rindu. Hmm jiwang jiwang melihat Aaron Aziz sebagai Hariz.  Terasa pula diri masih muda remaja bila menonton cerita cinta seperti itu. Aduhaaii sekali sekala..

Apakata anda cuba membuatnya sendiri dan letakkan warna warna kesukaan.  Sangat mudah menyediakannya apalagi kalau mempunyai mixer eletkrik.  Jom kita tengok gambar gambar di bawah... layannn ...





Apam Pelangi

Apam Pelangi Ombak Rindu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus (guna 200 gm)
250 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
3 pewarna yg disukai

Caranya:
Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar acuan dengan kertas minyak. atau boleh lenser dg majerin dan tabur tepung gandum. Ketepikan.

Putar gula dengan ovallate dan telur dengan kelajuan tinggi hingga sebati.

Perlahankan speed, tuang santan dan esen vanilla, pukul rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.

Bagi adunan pada 3 bahagian, letak warna kegemaran pada setiap bahagian tadi. Sudukan secara bergilir gilir setiap warna.

Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk sesuai dan kukus 30 minit gunakan api sederhana. Bila masak, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan. Boleh hidangkan

antara bahan diperlukan

Apam Pelangi
sedia untuk dikukus

siap dikukus selama 30 minit

Apam Pelangi
siap untuk dihidangkan

Apam Pelangi
aduhai ada jerawat lah pulak





EmoticonEmoticon